Ramai remaja fikir guna pencuci muka jerawat sahaja sudah cukup untuk hilangkan jerawat. Tapi hakikatnya, kalau salah pilih atau salah guna, jerawat boleh jadi semakin banyak!
Ramai remaja fikir guna pencuci muka jerawat sahaja sudah cukup untuk hilangkan jerawat. Tapi hakikatnya, kalau salah pilih atau salah guna, jerawat boleh jadi semakin banyak!

Ini kerana pencuci muka jerawat berfungsi membersihkan minyak, kotoran dan bakteria, tapi ia juga boleh menyebabkan iritasi kalau tidak sesuai dengan jenis kulit.
Untuk elak keadaan jadi lebih teruk, mari kita faham dahulu jenis pencuci muka untuk kulit berminyak dan berjerawat dan di mana silap ramai remaja ketika mencuci muka.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Tak semua pencuci muka untuk kulit berminyak dan berjerawat sesuai untuk semua orang.
Kulit setiap orang berbeza, jadi penting untuk tahu bahan apa yang membantu dan bahan apa yang boleh menyebabkan kulit makin sensitif.
Antara bahan aktif yang bagus untuk kulit berminyak dan berjerawat:
Kalau guna pencuci muka untuk kulit berminyak dan berjerawat yang terlalu kuat, ia boleh hilangkan minyak semula jadi kulit dan buat kulit jadi lebih kering.
Ini menyebabkan jerawat muncul semula.
Jerawat pasir selalunya berpunca daripada liang pori tersumbat dan sel kulit mati.
Ramai yang sangka kena gosok kuat-kuat supaya cepat hilang, tapi ini antara kesilapan paling besar.
Untuk mengelak jerawat pasir jadi makin banyak:
Tekstur pencuci muka untuk jerawat pasir yang lembut lebih sesuai untuk remaja kerana kulit mereka masih sensitif dan mudah meradang jika digosok terlalu kuat.

Jika anda pernah perasan kulit cepat merah atau rasa pedih selepas mencuci muka, mungkin pencuci muka organik lebih sesuai.
Produk organik biasanya bebas daripada bahan kimia keras seperti paraben, SLS dan pewangi tiruan.
Antara bahan semula jadi dalam pencuci muka organik yang bagus untuk kulit remaja:
Walaupun pencuci muka organik lembut, pastikan ia mempunyai label yang sah dan diuji secara dermatologi untuk mengelakkan alahan.
Ramai remaja berjerawat tak tahu, bahawa teknik mencuci muka juga memainkan peranan besar.
Berikut cara betul menggunakan pencuci muka remaja berjerawat:
Gunakan pencuci muka remaja berjerawat dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
Mencuci terlalu kerap boleh menyebabkan kulit hilang lembapan dan menghasilkan lebih banyak minyak.
Inilah bahagian paling penting! Kadang-kadang jerawat makin banyak bukan sebab produk tak berkesan, tapi sebab rutin penjagaan yang salah.
Antara silap paling biasa:
Jadi, jangan salahkan pencuci muka jerawat dulu. Kadang-kadang, cara penggunaannya yang salah jadi punca sebenar jerawat makin banyak.

Pemilihan pencuci muka jerawat yang betul bergantung pada jenis kulit dan cara penggunaannya.
Sama ada anda guna pencuci muka untuk kulit berminyak dan berjerawat, pencuci muka organik, atau pencuci muka untuk jerawat pasir, pastikan ia sesuai dengan keperluan kulit anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
What Causes Acne. https://www.aad.org/public/diseases/acne/causes. Diakses pada Oktober 28, 2025.
Acne. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12233-acne. Diakses pada Oktober 28, 2025.
Acne. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047. Diakses pada Oktober 28, 2025.
Acne vulgaris. https://dermnetnz.org/topics/acne-vulgaris. Diakses pada Oktober 28, 2025.
Best Face Forward: How To Choose an Acne Face Wash. https://health.clevelandclinic.org/best-acne-face-wash. Diakses pada Oktober 28, 2025.
Versi Terbaru
02/12/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa