Cara bersihkan kipas angin tanpa buka penutup!
Tanpa mengira jenis kipas angin sama ada yang melekat di siling atau berdiri (tinggi serta rendah), anda boleh membersihkan ia dengan menggunakan kaedah manual sahaja tetapi agak leceh.
Jadi, kami akan ajarkan cara mudah bersihkan kipas angin dengan hanya gunakan bahan berikut:
- Cuka
- Serbuk penaik
- Sabun pencuci
- Plastik besar
- Kain lap

Selepas anda berjaya mendapatkan dan mengumpulkan bahan-bahan di atas tadi, anda juga perlu menyediakan satu bekas kosong serta sudu untuk dijadikan tempat cecair ini dicampurkan.
Pertama, campurkan cuka, serbuk penaik dan sabun pencuci ke dalam bekas tadi. Kemudian, gaul dan kacau 3 bahan utama itu tadi sehingga sebati, menjadi sebatian pekat dengan warna putih susu.
Langkah seterusnya pula agak mudah di mana anda hanya perlu sapu atau spray sebatian itu pada permukaan penutup dan bilah kipas angin terutama di tempat yang dipenuhi dengan habuk.
Selepas itu, tutupkan kipas angin dengan plastik besar dan biarkan begitu kira-kira 20 ke 30 minit.
Seusai itu, lapkan kipas angin dengan kain lap untuk menanggalkan sisa habuk tadi dengan cermat.
Wujud alternatif lain yang lebih efektif?
Dengan cara bersihkan kipas angin tanpa buka di atas, segala habuk yang telah melekat pada alat elektrik ini akan dapat dikurangkan atau disingkirkan tanpa perlu banyak masa atau usaha.
Pun begitu, masih ada potensi untuk habuk yang lebih degil untuk kekal terutama apabila ia telah terlekat pada tempat atau celah tersembunyi. Dengan itu, langkah lebih besar perlu dijalankan.

Apa yang anda perlu buat untuk menyingkirkan habuk degil adalah dengan meleraikan setiap satu komponen kipas angin dan cuci secara manual. Ya, itu mungkin agak menyusahkan tetapi cara ini sudah tentu jauh lebih efektif dan membuahkan hasil yang baik.
Peringatan penting untuk anda, jangan lupa untuk mematikan suis kipas angin dan mengeringkan tangan terlebih dahulu untuk mengelakkan risiko terkena renjatan atau kejutan elektrik kelak.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen