Dalam banyak-banyak cuaca, guruh dan petir kilat menjadi antara keadaan yang kurang menyenangkan dan digeruni, terutama dalam kalangan kanak-kanak. Tetapi, bolehkah cuaca sebegini mencetuskan masalah kesukaran bernafas? Jawapan pendeknya, adalah ya!
Nak tahu lebih lanjut, baca artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.
Punca kesukaran bernafas
Terdapat kajian telah mengkaji fenomena yang jarang berlaku ini dan ia dikenal pasti sebagai ‘asma ribut petir.’
Dalam keadaan tertentu, ribut petir sebenarnya boleh mencetuskan isu kesukaran bernafas akibat serangan asma!
[embed-health-tool-bmi]
Asma ribut petir, atau turut dikenali demam thunder merujuk kepada cuaca ribut tertentu yang meningkatkan risiko serangan asma, punca susah bernafas.
Cuaca ribut petir yang teruk ternyata bukan sahaja berupaya membahayakan nyawa dan merosakkan harta benda.
Bahkan, ia turut dikaitkan dengan peningkatan masalah kesihatan yang berkaitan dengan alergi dan asma, menurut kajian 2016 yang diterbitkan dalam jurnal Alergi Klinikal & Eksperimen.
Di seluruh dunia, wabak asma yang teruk telah dipicu oleh angin kencang dan hujan ribut petir.
Sejak tahun 1980-an, terdapat beberapa wabak yang dilaporkan di United Kingdom, Kanada, Itali, Australia dan Amerika Syarikat.
Semasa ribut petir berlangsung, peningkatan tahap alergen debunga dan spora kulat boleh memicu gejala asma.
Malah, tidak hanya terhad kepada penderita asma, mereka yang tidak pernah menghidap penyakit ini juga boleh terkesan!
1 perkara yang membingungkan mengenai fenomena ini, kehadiran hujan kebiasaannya bermanfaat bagi penghidap asma kerana ia ‘mencuci’debunga di udara.
Oleh itu, mengapa ribut yang teruk memberi kesan yang sebaliknya? Ingin tahu dengan lebih lanjut?
Demam thunder, apa puncanya?
Baru-baru ini, para saintis mula memahami penyebab di sebalik masalah kesukaran bernafas ini.
Masih tidak jelas mengapa fenomena ribut yang tertentu menyebabkan penderita asma berada pada risiko lebih tinggi untuk alami serangan ketika hujan, yang biasanya dapat bantu membersihkan debunga di udara.
Perkara lain yang turut menjadi misteri, timbul persoalan mengapa kawasan yang didominasi oleh debunga rumput rai (debunga besar yang biasanya terperangkap di hidung dan sinus sebelum sampai ke paru-paru) adalah kawasan yang dipengaruhi oleh cuaca ini.
Penyelidik di University of Georgia mengkaji wabak 2016 di Australia untuk menjawab persoalan-persoalan ini.
Kajian mereka, yang diterbitkan dalam Journal of Applied Meteorology and Climatology, menunjukkan bahawa corak aliran udara tertentu adalah pemicunya!
Para saintis mendapati, aliran bawah udara sejuk telah ‘memekatkan’ debunga dan zarah spora kulat sebelum ia disebarkan melalui angin ke awan berkelembapan tinggi.
Mereka kemudiannya dipecah menjadi serpihan kecil, yang akan memudahkannya melalui bahagian hidung dan sinus untuk ke paru-paru.
Akhirnya, cuaca berangin ini bakal menyebarkan zarah-zarah debunga ini dengan lebih meluas ke seluruh kawasan yang dilanda ribut.
Adakah ini bermaksud, penderita penyakit asma harus menahan nafas setiap kali tempat mereka berlaku ribut petir? Tidak semestinya.
Untuk makluman, kejadian meteorologi spesifik ini sangat jarang berlaku dan ia juga bergantung pada kombinasi cuaca, alergen dan populasi yang sensitif.
Justeru, risiko untuk penghidap asma mengalami masalah kesukaran bernafas dalam cuaca ini adalah rendah.
Kejadian pertama demam thunder sebenarnya berlaku pada tahun 1983 di Birmingham, England.
Di tempat lain, pada tahun 1987 di Melbourne, Australia, ribut petir yang teruk berserta jumlah debunga yang tinggi juga telah menyebabkan gelombang serangan asma yang meluas.
Sejak itu, sejumlah kes lain telah dilaporkan di England dan Itali. Pada musim luruh tahun 2016, ‘kumpulan’ ribut petir yang serupa turut terjadi di seluruh tenggara Australia dan mencetuskan lagi serangan asma.
Malangnya di Melbourne, 8 orang mangsa terkorban dan lebih daripada 8,000 pesakit dimasukkan ke bilik kecemasan.
Dapat kita lihat dengan jelas, serangan asma ini tidak boleh dipandang enteng sama sekali!
Baca juga: