backup og meta

5 Tip Memilih Rumah Jagaan Warga Emas Untuk Orang Tua Anda

5 Tip Memilih Rumah Jagaan Warga Emas Untuk Orang Tua Anda

Ramai yang keliru, sama ada ingin menghantar orang tua mereka ke rumah penjagaan orang tua atau mendapatkan perkhidmatan penjagaan orang tua di rumah.

Jadi, mana satu pilihan yang terbaik?

Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya 5 tip memilih rumah jagaan untuk orang tua anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

Buang persepsi negatif mengenai rumah penjagaan orang tua

rumah penjagaan orang tua

Apabila ada yang menyebut mengenai rumah penjagaan orang tua, ramai daripada kita yang akan mula berfikiran negatif.

Kita mungkin cenderung untuk menyatakan bahawa mereka yang ingin menghantar ibu bapa ke rumah penjagaan orang tua sebagai anak derhaka.

Sebenarnya, ada daripada kalangan kita yang sememangnya tidak mahu menghantar orang tua mereka ke pusat penjagaan warga emas.

Adakalanya mereka memikirkan sama ada ingin menghantar warga tua mereka ke sana atau mendapatkan perkhidmatan penjagaan warga emas di rumah.

Namun, disebabkan beberapa kekangan, maka ada yang terpaksa menghantar orang tuanya ke rumah penjagaan orang tua.

Antara sebab atau kekangan yang sering berlaku ialah:

  1. Kekangan masa dan waktu untuk menguruskan orang tua di rumah. Ada keluarga di mana suami dan juga isteri sama-sama bekerja mencari rezeki. Oleh itu, mereka tidak mempunyai waktu untuk menjaga orang tua di rumah.
  2. Memastikan orang tua mendapat penjagaan yang baik. Jika kedua-dua suami dan juga isteri keluar bekerja, maka tiada siapa yang berada di rumah untuk menjaga dan memantau orang tua yang sudah uzur. Jika ditinggalkan bersendirian di rumah, maka ia lebih berbahaya untuk orang tua mereka.
  3. Penjagaan kesihatan yang lebih baik. Ada sesetengah warga emas yang mungkin sudah uzur dan mempunyai penyakit kronik seperti diabetes. Oleh itu, pusat jagaan warga emas boleh membantu menguruskan keadaan mereka dengan lebih baik dan terjamin. 

Pusat jagaan atau perkhidmatan penjagaan orang tua di rumah?

Ia sebenarnya bergantung kepada kemampuan waris dan keadaan semasa warga emas tersebut.

Bagi waris yang berkemampuan, anda boleh mendapatkan perkhidmatan penjagaan warga tua di rumah.

Kos perkhidmatan ini jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan menghantar orang tua di pusat jagaan warga emas.

Apatah lagi, jika anda memerlukan servis ini setiap hari, maka kos pengurusan pastilah akan semakin meningkat. Begitu juga dengan keadaan warga emas tersebut.

Jika semakin banyak perkara yang perlu diuruskan seperti mencuci luka, memberi makan dan memandikan mereka, maka kosnya juga akan menjadi semakin mahal.

Oleh itu, jika anda mahu mendapatkan pilihan yang lebih berpatutan, anda boleh menghantar orang tua anda ke pusat penjagaan warga emas berdasarkan kriteria tertentu.

Tip memilih rumah penjagaan warga tua

perkhidmatan penjagaan orang tua di rumah

Untuk memilih rumah penjagaan warga tua yang bersesuaian dengan keperluan orang tua anda, maka anda boleh melihat kepada tip ini:

#1. Tempoh masa

Anda boleh memilih untuk menghantar orang tua anda ke pusat jagaan warga emas mengikut keperluan mereka.

Terdapat tiga jenis pusat jagaan yang boleh anda pilih iaitu pusat jagaan jangka panjang atau tetap, pusat jagaan masa pendek dan pusat rawatan harian.

Pemilihan ini bergantung kepada keadaan semasa orang tua anda.

#2. Tentukan jenis rawatan yang diperlukan

Jika orang tua anda tidak mempunyai penyakit atau masalah yang kronik, maka anda boleh memilih pusat jagaan yang tidak berasaskan kepada perubatan.

Bagi warga emas yang memerlukan rawatan khas, maka anda perlu memilih pusat jagaan yang mempunyai perkhidmatan jururawat dan jurupulih terlatih.

Anda boleh bertanya kepada pusat jagaan tersebut sekiranya mereka mempunyai staf terlatih yang boleh mengendalikan keadaan orang tua anda.

Namun, jika anda sekadar mahu menghantar orang tua untuk sementara waktu disebabkan urusan kerja, maka anda boleh memilih pusat jagaan harian. 

rumah penjagaan orang tua

#3. Faktor kewangan

Faktor kewangan juga menjadi antara faktor terpenting bagi pemilihan rumah penjagaan orang tua.

Bagi pusat jagaan warga emas swasta, kosnya pastilah agak tinggi.

Namun, jika anda mahu mendapatkan kos penjagaan yang lebih murah, anda boleh memilih rumah orang tua kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan sebut harga untuk maklumat terperinci berkaitan pembayaran yang akan dilakukan.

#4. Fasiliti rumah 

Salah satu kriteria penting bagi pemilihan rumah jagaan warga emas ialah fasiliti yang dimilikinya.

Adakah ia sesak dengan penghuni? Adakah bilangan staf mencukupi? Adakah bilik tidur berada dalam keadaan yang baik?

Semua ini perlu diberikan perhatian kerana ia melibatkan keselesaan orang tua anda. 

#5. Penyediaan makanan dan juga ubat-ubatan

Anda boleh bertanya kepada pengurus pusat jagaan mengenai jenis makanan yang disediakan kepada warga emas.

Dapatkan kepastian mengenai jenis makanan sama ada ia adalah makanan yang seimbang dan bernutrisi.

Anda juga perlu menyatakan keadaan semasa orang tua anda kepada pusat jagaan tersebut agar mereka boleh memberikan perhatian kepada ubatan yang diperlukan. 

Kesimpulan

Jangan sesekali memandang negatif kepada mereka yang menghantar orang tua mereka ke rumah penjagaan orang tua.

Adalah lebih baik untuk menghantar orang tua ke pusat jagaan berbanding meninggalkan mereka bersendirian dalam keadaan yang bahaya.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Petua memilih pusat jagaan orang tua. http://www.myhealth.gov.my/petua-memilih-pusat-jagaan-orang-tua/. Diakses pada Nov 28, 2023.

Guide To Choosing A Nursing Home. https://my.clevelandclinic.org/-/scassets/files/org/medicine-institute/patient-caregiver/guides/choosing-a-nursing-home.ashx?la=en. Diakses pada Nov 28, 2023.

Home Care Vs. The Alternatives: How To Choose? https://aginginplace.org/complete-guide-to-in-home-senior-health-care/. Diakses pada Nov 28, 2023.

Tips On Choosing The Right Caregiver For An Older Loved One. https://www.ioaging.org/caregiving/tips-on-choosing-the-right-caregiver-for-an-older-loved-one/. Diakses pada Nov 28, 2023.

Aging in Place: Growing Older At Home. https://www.nia.nih.gov/health/aging-place/aging-place-growing-older-home. Diakses pada Nov 28, 2023.

 

Versi Terbaru

29/11/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

Warga Emas Boleh Main 'Skuba Diving'? Usah Terkejut! Ada 3 Lagi Sukan Lasak Untuk Atuk Nenek!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan