Kekakuan aorta adalah antara punca terbesar penyakit kardiovaskular seperti strok.
Aktiviti sukan lasak 3: Mendaki bukit atau gunung
Mungkin ada yang menganggap bahawa mendaki bukit bukanlah sejenis sukan lasak.
Namun, ia sebenarnya bergantung kepada laluan atau trek itu sendiri.
Sekiranya laluan tersebut adalah laluan yang mudah, maka ia mungkin sekadar pendakian biasa.
Namun, jika trek tersebut adalah trek yang ekstrem, maka ia boleh dikatakan sebagai satu sukan lasak.
Pemilihan laluan pendakian untuk warga emas bergantung kepada kemampuan serta staminanya.
Jika dia masih kuat dan mampu untuk melakukan pendakian yang ekstrem, maka bolehlah menggunakan laluan pendakian yang sedikit mencabar.
Yuichiro Miura adalah contoh bagaimana seorang warga emas yang berjaya melakukan pendakian lasak dengan mendaki Gunung Everest.
Beliau telah mendaki Gunung Everest sebanyak tiga kali iaitu ketika berumur 70, 75 dan 80 tahun.
Ini menjadikannya sebagai manusia paling tua yang berjaya mendaki gunung tertinggi di dunia itu.
Aktiviti sukan lasak 4: Rock climbing

Rock climbing atau memanjat bongkahan batu adalah antara sukan lasak yang boleh dilakukan di luar atau di dalam bangunan.
Namun, bagi warga emas, mereka dinasihatkan untuk melakukan aktivti rock climbing di dalam bangunan sahaja.
Ini kerana persekitarannya yang lebih selamat, terjaga dan dipantau oleh pelatih.
Warga emas boleh berlatih sedikit demi sedikit untuk melakukan aktiviti rock climbing ini.
Jangan risau kerana aktiviti rock climbing ini bukan hanya bergantung kepada kekuatan tubuh anda semata-mata.
Ia lebih banyak bergantung kepada teknik yang akan anda gunakan sewaktu memanjat.
Antara faedah menyertai sukan lasak jenis ini ialah ia membantu membina kekuatan tubuh dan menguatkan otot warga emas.
Hati-hati sebelum memulakan sebarang aktiviti
Apa pun aktiviti sukan lasak yang ingin disertai oleh warga emas, kesihatan tubuh badan mereka perlulah dipantau terlebih dahulu.
Antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah:
- Pastikan warga emas bersedia dan berkemampaun dari segi fizikal dan juga mental.
- Lebih baik untuk mendapatkan nasihat dan panduan daripada doktor terlebih dahulu. Ini untuk memastikan agar warga emas tersebut benar-benar sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti lasak.
- Elakkan warga emas terlibat dalam sebarang pertandingan sukan lasak kerana ia akan merisikokan mereka kepada bahaya yang tidak dijangka.
- Pastikan warga emas tidak melakukan sukan lasak dengan cara yang terlalu keras atau memaksa yang mungkin di luar kemampuan tubuh mereka.
- Pastikan mereka memakai pakaian yang sesuai dan menggunakan alat keselamatan dan perlindungan tubuh. Mereka perlulah memakai helmet, sarung tangan, pelindung lutut dan kasut yang sesuai dengan aktiviti tersebut.
- Pantau mereka sepanjang masa untuk mengelakkan hipotermia iaitu suhu badan jatuh.
- Pastikan warga emas banyak meminum air kosong bagi mengelakkan dehidrasi daripada berlaku.
- Ajak mereka untuk melakukan latihan terlebih dahulu agar mereka boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sukan lasak yang sebenar.
- Bawa kit pertolongan cemas sebagai langkah persediaan awal jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan.
[health_tool_article id=”60419″]
Kesimpulan
Warga emas sememangnya akan mendapat faedah menyertai sukan lasak ini.
Ia boleh membantu menguatkan otot, memberikan kekuatan tubuh serta membantu mereka dalam keseimbangan.
Namun, pastikan mereka benar-benar bersedia dan berkemampuan untuk melakukan sukan tersebut.