backup og meta

Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/09/2022

    Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

    Hubungan suami istri secara seksual di usia tua mungkin merupakan perkara yang tidak lagi dipentingkan oleh pasangan di luar sana.

    Ini kerana kemampuan tubuh badan dari segi mental dan fizikal individu sudah pasti akan menurun seiring dengan perjalanan usia.

    Akibatnya, ramai pasangan warga emas yang sudah tidak berminat dengan seks. Benarkah?

    Ada kajian yang kata ia adalah sebaliknya. Jom ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Bagaimana hubungan suami isteri di usia tua?

    Jika difikirkan secara logik akal, mungkin ramai yang akan kata warga emas cenderung kurang aktif secara seksual bersama pasangan.

    Ini sudah pasti akan dikaitkan dengan faktor di mana pertambahan usia yang menjejaskan kemampuan tubuh badan untuk kekal aktif.

    Hakikatnya, tanggapan ini mungkin tidak begitu tepat kerana ada kajian kata pasangan berusia 70 tahun ke atas lebih aktif dalam seks.

    Kajian di Sweden

    Sejak tahun 1970 lagi, negara ini telah mengkaji mengenai kehidupan dan kepuasan seks bagi mereka yang berusia 70 tahun ke atas.

    Ini bermakna data-data yang telah dikumpul berpuluh tahun lamanya ini dapat dibandingkan mengikut peredaran masa atau zaman.

    Pada awalnya, kajian mendapati bahawa pada tahun 1971 hanya 52% lelaki dan 37% wanita sudah berkahwin dilaporkan masih aktif secara seksual.

    Apa yang menariknya adalah kajian pada tahun 2000 mendapati bahawa jumlah ini telah meningkat kepada 68% buat lelaki dan 56% buat wanita.

    makanan warga emas

    Bagi pasangan yang belum berkahwin namun aktif secara seksual, kajian awal pada tahun 1971 menunjukkan lelaki 30% manakala wanita 1%.

    Pada tahun 2000 pula, didapati jumlah ini telah meningkat kepada 54% buat lelaki dan 12% buat wanita yang aktif secara seksual selepas usia 70 tahun.

    Kajian di Belanda

    Pada tahun 2017, telah dijalankan sebuah soal selidik kepada warga emas di sana yang masih sihat tubuh badan mengenai aktiviti seks mereka.
    Didapati bahawa 49.5% lelaki dan 40.4% wanita sudah berkahwin di Belanda masih melakukan hubungan seksual bersama pasangan dalam tempoh 6 bulan terakhir kajian dilakukan.
    Namun berbeza pula dengan mereka yang masih bujang pada usia tua kerana hanya 13.7% lelaki dan 1.3% wanita yang melakukan aktiviti seksual dalam tempoh sama.

    Kendatipun angka-angka ini mungkin tidak begitu tinggi, kajian di luar negara ini telah menunjukkan bahawa usia bukan penghalang untuk hubungan suami istri.

    Hangatkan hubungan suami isteri di usia tua!

    penjagaan warga emas di rumah

    Trend kekal aktif secara seksual walaupun di usia emas adalah satu trend yang sangat bagus buat kesihatan fizikal dan juga mental individu.

    Sebenarnya, bukan hanya di luar negara malahan negara kita juga sepatutnya mengikuti trend ini untuk menjamin kesejahteraan hari tua kelak.

    Jika anda tertanya mengapa trend ini berlaku dan meningkat, berikut adalah penjelasannya:

    Sebagai suami isteri yang hampir atau sudah memasuki usia tua, bagaimana cara hangatkan aktiviti seksual kalian di ranjang?

    #1. Terima diri masing-masing

    Segala perubahan pada fizikal dan mental di usia emas adalah norma dunia yang normal, jadi terimalah ia sebagaimana pasangan menerima anda.

    #2. Amal diet sihat dan seimbang

    Kekal amalkan diet sihat dan seimbang bagi mengelakkan obesiti yang boleh menyebabkan penyakit kronik serta kemampuan dan kemahuan seks merudum.

    Tip seks warga emas #3. Berfikiran terbuka

    Jangan hanya menganggap seks itu adalah semata-mata penetrasi zakar ke dalam faraj sahaja kerana sentuhan, pelukan dan kucupan juga penting dalam hal keintiman.

    seks

    #4. Buang segala tabiat buruk

    Segera berhenti menghisap rokok atau meminum arak yang sudah pasti akan menjejaskan kemampuan dan kemahuan seksual serta kesihatan secara umumnya.

    Tip seks warga emas #5. Berkomunikasi

    Akhir sekali, jangan malu atau takut untuk berkomunikasi dengan pasangan tercinta dan doktor pakar tentang cara hangatkan hubungan suami isteri di usia tua.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan