Topik mengenai penjagaan warga emas mungkin agak kurang dibincangkan, apatah lagi berkenaan hal ehwal pemakanan yang berkait rapat dengan kesihatan warga emas.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Topik mengenai penjagaan warga emas mungkin agak kurang dibincangkan, apatah lagi berkenaan hal ehwal pemakanan yang berkait rapat dengan kesihatan warga emas.
Selain daripada kanak-kanak, warga emas juga adalah antara golongan yang mudah terdedah kepada isu malnutrisi atau kekurangan zat makanan.
Melalui artikel ini, anda akan dapat mengetahui tanda-tanda kekurangan zat dalam kalangan warga emas selain cara terbaik bagi membantu mereka mengatasinya.
Seperti yang kita sedia maklum, makanan yang baik semestinya memberi kesan yang baik pada tubuh.
Namun, tidak semua golongan mendapat kadar nutrisi yang mencukupi.
Ini termasuklah golongan warga emas yang mungkin akan menghadapi beberapa kesan atau masalah akibat daripada kekurangan zat makanan.
Antara masalah-masalah yang mungkin terjadi jika golongan ini tidak mendapat zat yang mencukupi ialah:
Kekurangan zat makanan atau malnutrisi tidak semestinya hanya disebabkan tidak cukup makan semata-mata.
Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor lain yang mungkin melibatkan soal fizikal, sosial dan juga psikologi.
Berikut adalah 9 faktor yang memungkinkan penjagaan warga emas menjadi sedikit terabai sehingga menyebabkan malnutrisi berlaku:
Untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dan diambil berat berkenaan dengan pemakanan warga emas ini.
Berikan mereka jenis makanan yang kaya dengan zat yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan sumber protein seperti ikan dan juga daging.
Mereka mungkin sudah hilang selera makan dan perlu mengurangkan pengambilan garam pada masa yang sama.
Oleh itu, cuba ubah gaya masakan anda dengan memasukkan beberapa jenis herba atau rempah mengikut kesesuaian hidangan.
Ia mungkin akan membangkitkan selera mereka untuk makan dengan baik.
Warga emas juga mungkin teringin untuk mengambil sedikit snek ketika mereka kebosanan.
Oleh itu, sediakan beberapa jenis snek sihat untuk mereka seperti buah-buahan dan juga produk tenusu seperti yogurt.
Luangkan sedikit masa untuk menemani mereka makan setiap hari.
Dengan cara ini, mereka akan lebih seronok kerana dapat makan bersama-sama.
Selain itu, ia juga memberi peluang kepada anda memerhatikan jenis makanan yang digemari mereka agar anda dapat menyediakannya dengan lebih tepat pada hidangan seterusnya.
Kebanyakan daripada warga emas sememangnya memilih untuk berdiam diri walaupun mereka mempunyai masalah.
Masalah yang mereka alami mungkin menyebabkan mereka kurang berselera untuk makan.
Oleh itu, cuba fikirkan sebarang perkara atau aktiviti yang boleh meningkatkan selera makan mereka bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan malnutrisi.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen