backup og meta

Ini 5 Kesan Tekanan Pada Warga Emas & Cara Atasinya

Ini 5 Kesan Tekanan Pada Warga Emas & Cara Atasinya

Kesan tekanan pada kesihatan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, dalam aspek penjagaan warga emas, stres yang dialami mungkin lebih sukar ditangani. 

Penjagaan warga emas: Punca tekanan

Punca tekanan yang dialami akan berubah seiring peningkatan usia. 

Jika pada zaman persekolahan, tekanan biasanya berlaku melibatkan pencapaian akademik. Berikut pula adalah beberapa jenis tekanan yang sering terjadi pada warga emas, seperti:

Perubahan kesihatan atau keupayaan fizikal

Kesan tekanan pada kesihatan dan keupayaan diri adalah keadaan yang paling membimbangkan bagi mereka yang lebih berusia.

Ia boleh melibatkan keadaan seperti:

  • Kesihatan yang merosot
  • Peningkatan kebergantungan pada individu lain
  • Kos penjagaan kesihatan meningkat
  • Kehilangan tenaga – Keadaan ini boleh menyebabkan rasa sedih apabila terpaksa memperlahankan pergerakan dalam kehidupan seharian
  • Hilang keupayaan untuk melakukan perkara yang menjadi kegemaran

Kesepian dan menyendiri

Kesepian dan keseorangan adalah 2 punca tekanan yang sangat biasa berlaku dalam penjagaan warga emas. 

kesan tekanan pada kesihatan

Berikut adalah contoh mengapa mereka cenderung berasa kesunyian dan terasing:

  • Kehilangan pasangan – Kematian atau perceraian adalah perkara biasa dalam kalangan individu dewasa berusia
  • Kehilangan ahli keluarga, rakan atau haiwan peliharaan – Ramai warga emas berasa kesepian setelah kehilangan ahli keluarga, rakan atau haiwan kesayangan

Hilang keupayaan berdikari

Ketidakmampuan untuk berdikari turut boleh menyebabkan mereka menjadi tertekan, contohnya:

  • Hilang keupayaan untuk memandu dengan selamat
  • Hilang kawalan terhadap rutin harian
  • Hilang keupayaan untuk hidup sendiri
  • Hilang kebebasan kewangan

Kenal pasti simptom tekanan

Sekiranya ibu atau bapa anda mengalami gejala di bawah, dapatkan bantuan untuk mengatasi tekanan yang dihadapi sebelum keadaan menjadi lebih kronik.

  • Keletihan
  • Sukar tidur
  • Kerengsaan
  • Rasa bimbang berterusan
  • Sakit kepala
  • Sikap atau perasaan negatif
  • Sukar mengawal perasaan
  • Sukar fokus
  • Kerap menangis
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Sesak nafas

Penjagaan warga emas dan tekanan

Pada dasarnya, agak sukar untuk menentukan sejauh mana tekanan kronik mempengaruhi kesihatan individu dewasa lebih berusia. 

Pun begitu, berikut adalah 5 kesan tekanan pada kesihatan warga emas yang cenderung untuk terjadi:

  1. Menurunkan sistem imun

Pastinya dalam 1 tempoh kehidupan, anda pernah mengalami stres dan jatuh sakit.

Keadaan hanya menjadi lebih tertekan apabila anda terpaksa menyimpan semua tekanan yang dihadapi untuk memulihkan kesihatan.

Seperkara yang mungkin tidak anda sedari adalah jika berada dalam keadaan tertekan mungkin merupakan punca anda jatuh sakit.

Tekanan dipercayai dapat menekan sistem imun, menjadikan anda lebih mudah diserang penyakit.

Dalam aspek penjagaan warga emas pula, mereka lebih mudah diserang penyakit kerana penekanan sistem imun yang berkaitan usia. 

Gabungan kedua-duanya, usia dan tekanan pada sistem imun, menyebabkan individu berusia mudah jatuh sakit dan berdepan proses pemulihan lebih lama. 

Secara tidak langsung, menjadikan tekanan sukar untuk dikesan.

sakit jantung

  1. Masalah jantung

Kesan tekanan pada kesihatan yang paling tidak asing adalah berkaitan jantung.

Tekanan boleh mengakibatkan badan diserang adrenalin. Ia sekali gus akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.

Tetapi, hubungan antara tekanan dan penyakit jantung mempunyai faktor hubung kait yang sukar untuk diukur. 

  1. Kehilangan penglihatan dan pendengaran

Pengeluaran adrenalin untuk tempoh jangka panjang boleh menyekat saluran darah. Pada akhirnya, ia boleh mengakibatkan masalah pendengaran dan penglihatan sementara. 

  1. Masalah pencernaan

Tekanan secara langsung boleh membuatkan anda berasa sakit perut. 

Ia berlaku apabila tekanan mengaktifkan tindak balas melawan atau mengelak (fight or flight) dalam sistem saraf pusat anda.

Sistem saraf pusat boleh menghentikan aliran darah, menyebabkan pengecutan otot pencernaan dan mengurangkan rembesan yang diperlukan untuk proses mencerna. 

Tekanan kronik atau teruk boleh mengakibatkan masalah pencernaan yang serius seperti sindrom iritasi usus (IBS) atau ulser di dalam perut

  1. Masalah pergigian

Dalam aspek penjagaan warga emas, masalah atau isu berkaitan pergigian adalah keadaan biasa seiring pertambahan usia. 

Namun, tekanan yang dialami boleh menyebabkan mereka lebih mudah dapat patah rahang mulut dan kaviti.

5 cara atasi kesan tekanan pada kesihatan warga emas

warga emas

Bantu atasi tekanan yang dialami ibu bapa anda dengan cara berikut:

1. Galakkan ibu bapa untuk bersenam secara teratur dan mengamalkan pemakanan yang seimbang. 

Anda boleh mengajar mereka teknik relaksasi dan meditasi yang dapat membantu menguruskan stres.

2. Ajak ibu bapa untuk terlibat dalam acara komuniti. Kehidupan sosial yang aktif, gaya hidup sihat dan senaman relaksasi amat bermanfaat untuk mengatasi tekanan.

3. Bantu ibu bapa untuk fokus pada perkara yang boleh dikawal berbanding keadaan yang tidak. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa kurang yakin diri.

4. Sentiasa mengajak ibu bapa anda untuk berfikiran positif atas setiap pencapaian dan kekuatan mereka.

Ia secara tidak langsung dapat membantu menaikkan keyakinan diri dan mengatasi tekanan.

5. Jika perlu, bawalah mereka untuk mendapatkan bantuan pakar. Pastinya mereka akan dibantu untuk mendapatkan penyelesaian terbaik bagi mengatasi tekanan yang dialami.

Sekiranya anda melihat dan perasan ibu bapa anda tampak murung dan gelisah, cuba untuk ajak mereka berbual. 

Mungkin ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang mereka alami. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Sept 27, 2020 from

https://www.health.harvard.edu/aging/how-stress-affects-seniors-and-how-to-manage-it 

https://www.elderly.gov.hk/english/healthy_ageing/mental_health/stress.html 

https://www.stress.org/how-stress-affects-seniors-and-how-to-manage-it

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3428505/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3092309/

https://www.judsonsmartliving.org/blog/5-ways-older-adults-can-reduce-stress/ 

Versi Terbaru

08/06/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Betul Ke Semakin Tua Akan Lebih Bahagia? Ini RAHSIA Patut Anda Tahu!

Ini Sebab Utama Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Kayap, Jaga Orang Tua Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan