Memahami diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana Daya Ingatan Merosot didiagnosis?
Bagi mengkaji daya ingatan merosot, doktor anda akan meminta riwayat perubatan, menjalankan ujian serta bertanya soalan untuk menguji keupayaan mental. Bergantung kepada keputusannya, kajian selanjutnya mungkin terdiri daripada ujian darah dan air kencing, ujian saraf, serta ujian pengimejan otak, seperti CAT atau MRI.
Bagaimana Daya Ingatan Merosot dirawat?
Rawatan untuk daya ingatan merosot bergantung kepada puncanya. Perubatan untuk kebanyakan jenis amnesia masih tidak wujud, buat masa sekarang. Bagi kekurangan pemakanan, rawatan melibatkan penggantian vitamin ini dengan pemakanan yang elok.
Seseorang yang menghidap manesia dapat bekerjasama dengan seorang jurupulih pekerjaan untuk mempelajari maklumat baru yang akan menggantikan maklumat yang hilang atau dengan menggunakan ingatan yang masih ada sebagai asas untuk mempelajari maklumat baru atau dengan menggunakan teknologi pintar untuk mengingatkan pesakit tentang peristiwa yang lalu atau masa untuk mengambil ubat.
Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas Daya Ingatan Merosot?
Berikut adalah gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang mungkin membantu anda semasa mengalami daya ingatan merosot:
- Mengelakkan pengambilan alkohol berlebihan;
- Kesihatan fizikal;
- Terus belajar;
- Tidak merokok;
- Memelihara diet sihat;
- Mendapatkan jangka masa tidur yang mencukupi.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen