Antara idea atau ikhtiar terbaik dalam usaha individu untuk menambah berat badan yang mungkin terlalu kurus adalah dengan mencari dan membeli vitamin gemuk di farmasi.
Pun begitu, umum juga sudah tahu bahawa vitamin itu memang ada banyak jenis dengan masing-masing akan memainkan lain-lain peranan mengikut keupayaan dan kepentingan.
Persoalannya, vitamin jenis apa bagus untuk tambah berat badan yang kurang dan boleh buat tubuh badan anda jadi lebih sihat lagi? Jom terus baca artikel ini dengan lebih lanjut!
Vitamin gemuk di farmasi: A, D, E, K
Untuk pengetahuan anda semua, kebanyakan vitamin itu bersifat larut dalam air (water-soluble) namun turut ada beberapa jenis vitamin yang bersifat larut dalam lemak (fat-soluble).
Vitamin yang larut dalam lemak ini boleh ditemui di dalam makanan, minuman serta suplemen tinggi lemak dan ia adalah lebih mudah untuk diserap ke dalam salur darah anda.
Terdapat 4 jenis vitamin yang tergolong atau termasuk di dalam kategori di atas tadi iaitu:
- Vitamin A
- Vitamin D
- Vitamin E
- Vitamin K
Apa yang agak menarik adalah vitamin-vitamin itu bukan sahaja mampu untuk membantu anda menambah berat badan malah juga ada pelbagai lagi manfaat lain pada kesihatan.
Manfaat dari vitamin A
Vitamin A memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek penjagaan organ mata dan sistem penglihatan anda. Tanpa pengambilan yang cukup, anda mungkin akan buta.
Sebenarnya, vitamin jenis ini bukan jenis sebatian tunggal kerana ia adalah hasil daripada gabungan atau kumpulan sebatian-sebatian tunggal lain dan dikenali sebagai retinoid.
Kepentingan mengambil bentuk utama vitamin ini sama ada retinol, retinal atau retinoik adalah:
- Mata & penglihatan – Ia penting untuk mengekalkan dan meningkatkan fungsi sel pengesanan cahaya di dalam mata serta pembentukan air mata
- Fungsi sistem imunisasi – Ia penting untuk memperbaiki kekuatan tubuh badan lantas meningkatkan kemampuan untuk melawan segala infeksi
- Fungsi sistem reproduktif – Ia penting untuk memperbaiki kesuburan tubuh badan lantas meningkatkan kemampuan untuk lebih mudah hamil
- Pertumbuhan rambut – Ia penting untuk rambut kerana kekurangannya akan mendorong kepada masalah keguguran atau kebotakan seperti alopecia
- Pertumbuhan badan – Ia penting untuk golongan kanak-kanak kerana kekurangannya akan memperlahan atau menghalang proses tumbesaran mereka
Manfaat dari jenis D
Vitamin D ini juga popular dengan gelaran vitamin dari sumber matahari kerana ia akan terhasil apabila kulit individu itu terkena atau terdedah dengan sinaran cahaya matahari.
Di sebalik kemampuan vitamin jenis ini untuk menambah berat badan, ia juga sangat bagus untuk membantu anda mendapatkan tulang badan yang lebih tumpat, kuat dan sihat.
Pengambilan vitamin D2 (ergocalciferol) dan D3 (cholecalciferol) juga ada manfaatnya dalam aspek:
- Kesihatan tulang & rangka – Ia penting untuk meregulasikan kalsium dan fosforus yang merupakan mineral utama di dalam ketumpatan serta kesihatan tulang dan rangka
- Sistem imun tubuh badan – Ia penting untuk meregulasikan serta menguatkan lagi sistem imun tubuh badan anda
Vitamin gemuk di farmasi jenis E
Vitamin E adalah antioksidan yang sangat hebat dan ia mampu untuk membantu melawan dan melindungi sel-sel tubuh badan anda daripada proses penuaan akibat radikal bebas.
Terbahagi kepada 2 iaitu Tocopherols dan Tocotrienols, ia bukan sahaja berfungsi sebagai vitamin gemuk di farmasi malah boleh bantu tubuh badan di dalam banyak aspek lain.
Berikut merupakan manfaat pada kesihatan yang anda mungkin boleh dapat daripada vitamin E:
- Antioksidan – Ia penting untuk mengelak oksidatif stres dan menjaga asid lemak di dalam sel membran daripada segala radikal bebas
- Mengelak daripada isu darah – Ia penting untuk menipiskan darah sekali gus menurunkan risiko untuk darah itu terkumpul dan tergumpal
Manfaat dari jenis K
Vitamin K ini wujud dalam banyak bentuk yakni K1 (phylloquinone), K2 (menaquinone), K3 (menadione), K4 (menadiol diacetate) serta K5 dengan fungsi yang sangat penting.
Selain mungkin mampu membantu anda menambah berat badan, ia juga akan memainkan peranan penting dalam mengelak masalah darah yang terkumpul atau tergumpal.
‘K’ itu sendiri hadir dari kata bahasa Denmark iaitu ‘koagulation‘ yang bawa maksud ‘coagulation‘ atau penggumpalan darah. Jadi, fungsinya mungkin sudah terang lagi bersuluh.
Ambil vitamin daripada makanan, minuman @ suplemen!
Konklusinya, vitamin gemuk di farmasi A, D, E dan K ini adalah sangat penting untuk tubuh badan agar ia dapat mengekalkan kesihatan anda. Jadi, sila ambil ia dengan jumlah yang cukup.
Jika vitamin-vitamin ini mungkin tidak cukup dari sumber makanan dan minuman, boleh juga cari dan beli ia dalam bentuk suplemen di farmasi. Yang penting, sebelum beli, dapatkan nasihat daripada doktor anda.
[embed-health-tool-bmr]