backup og meta

Ini Senarai Kedai Makan, Restoran Tawarkan Menu Rahmah Di Seluruh Negara, RM5 Sahaja!

Ini Senarai Kedai Makan, Restoran Tawarkan Menu Rahmah Di Seluruh Negara, RM5 Sahaja!

Menu Rahmah merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dalam membantu rakyat di negara ini untuk mendapatkan makanan dengan harga yang berpatutan. Walaupun kebanyakan menu ini ditawarkan dengan harga yang cukup murah, bukan bermakna ia tidak berkhasiat atau berkualiti rendah. Mencari Menu Rahmah near me?

Kami juga ada senaraikan beberapa kedai yang menawarkan menu ini di bawah. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu Menu Rahmah?

Menu ini adalah satu usaha yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada awal tahun 2023.

Ia dilancarkan sebagai respons terhadap masalah kos hidangan makanan berikutan krisis ekonomi semasa.

menu rahmah

Program ini bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan dengan menyediakan makan tengah hari atau makan malam pada harga yang berpatutan.

Hidangan ini merupakan set makanan seimbang yang dilancarkan dan disediakan di restoran-restoran seluruh negara.

Salah satu lokasi pertama yang menerima inisiatif menu ini adalah rangkaian pasar raya Mydin.

Mydin menawarkan set makan tengah hari dan makan malam dengan harga RM4.90 di semua 28 cawangannya, seluruh negara. 

Jenis menu yang ditawarkan

menu rahmah

Menu ini menawarkan pelbagai jenis makanan yang lazat dan berkhasiat. Antara menu yang banyak dijual adalah seperti nasi goreng biasa, nasi lemak biasa, mi goreng dan bihun goreng.

Setiap set makanan ini dijual dengan harga RM4.90 sahaja dan turut dilengkapi dengan air minuman.

Selain itu, terdapat juga set makanan yang berbeza setiap hari seperti nasi putih, ayam masak kicap, kacang panjang goreng dan air minuman yang ditawarkan oleh Mydin.

Perbezaan menu ini bergantung kepada restoran yang menawarkannya. 

Nutrisi daripada inisiatif menu ini

Seperti yang kita tahu, makanan adalah hak asasi manusia yang sangat penting untuk kelangsungan hidup dan kesejahteraan kerana ia adalah keperluan asas.

Walaupun dijual dengan harga sekitar RM5, tidak bermakna hidangan ini rendah kualitinya.

Ia boleh dikatakan hidangan yang seimbang, lazat dan juga sihat bagi memenuhi keperluan nutrisi tubuh.

Setiap menu yang ditawarkan mengandungi sumber protein seperti ayam atau ikan, dan juga sayur-sayuran.

Ini untuk memastikan agar golongan sasaran seperti kelompok B40 mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.

Restoran atau kedai yang menawarkan menu ini

menu rahmah

Terdapat banyak restoran dan kedai makan yang menawarkan hidangan ini.

Antara restoran yang terkenal adalah seperti Menu Rahmah KFC, McDonald’s, Burger King dan OldTown White Coffee.

Sebagai contoh, Burger King menawarkan pilihan BK Chick’N Crisp atau Cheesy Beef Burger bersama sebotol air mineral dengan harga RM5.

OldTown White Coffee pula menjual variasi pilihan Nasi Lemak Rahmah bersama air minuman dengan harga antara RM4.50 hingga RM5.

McDonald’s memberi pilihan kepada pembeli untuk mendapatkan sama ada burger ayam, Bubur Ayam McD atau McEgg bersama teh ais limau juga dengan harga RM5 sahaja. 

Cara mencari menu

Anda boleh mencari restoran yang menawarkan menu ini dengan mudah melalui laman web rasmi Menu Rahmah near me.

Anda hanya perlu memasukkan negeri atau bandar anda dan klik ‘Search’.

Senarai restoran, kafe dan kedai makanan lain akan muncul untuk anda pilih.

Klik di sini untuk mula mencari restoran di sekitar anda. 

Kesimpulan

Menu ini adalah satu inisiatif yang sangat baik untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan makanan berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Dengan pelbagai pilihan menu yang ditawarkan, anda dapat menikmati makanan yang lazat dan sihat setiap hari dengan harga yang sangat berpatutan. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Menu Rahmah Madani. https://menurahmah.kpdn.gov.my/. Diakses pada Jun 28, 2023. 

Kempen Menu Rahmah. https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/menurahmah.html. Diakses pada Jun 28, 2023.

15,000 Premis Sediakan Menu Rahmah. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/02/02/15000-premis-sediakan-menu-rahmah-inisiatif-bantu-golongan-kurang-berkemampuan-dapatkan-menu-berkhasiat/. Diakses pada Jun 28, 2023.

Special Discounts for Menu Rahmah Operators. https://www.pmo.gov.my/2023/04/special-discounts-for-menu-rahmah-operators-pm/. Diakses pada Jun 28, 2023.

Senarai Lokasi Kedai Menu Rahmah. https://menurahmah.iks.my/senarai-lokasi-kedai-menu-rahmah/. Diakses pada Jun 28, 2023.

Versi Terbaru

28/06/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Risau Pilih Makanan Sebab Ada Diabetes? Ini Menu Sesuai Untuk Anda

6 Manfaat Chia Seed Yang Tak Ramai Orang Tahu, No. 2 Confirm Anda Suka!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan