backup og meta

Sediakan Makan Malam Keluarga Anda dalam Masa 30 Minit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    Sediakan Makan Malam Keluarga Anda dalam Masa 30 Minit

    Kebanyakan wanita kini terlalu sibuk membahagikan masa antara kerja dengan kehidupan seharian. Namun bagi mereka, memasak untuk yang tersayang tetap menjadi keutamaan. Anda tidak perlu menjadi chef yang terhandal untuk memastikan masakan anda sedap dan berkhasiat. Apa yang anda perlukan hanya 30 minit serta bahan masakan yang asas untuk mencipta hidangan lengkap dan lazat untuk anda sekeluarga.

    Sesibuk mana anda sekalipun, 30 minit ini mencukupi untuk menyediakan hidangan-hidangan ini. Selain itu, jika anda bukan seorang tukang masak yang baik, anda tidak perlu risau. Hidangan-hidangan berikut merupakan hidangan yang mudah untuk dimasak.

    Apa yang boleh dimasak dalam masa 30 minit?

    Hidangan berasaskan daging ayam adalah pilihan yang paling utama. Terdapat banyak rencah dan rempah yang sesuai untuk dimasak bersama daging ayam. Hidangan berasaskan bahan ini juga tidak memerlukan masa yang lama untuk memasaknya. Jika anda mencari hidangan yang sesuai dimakan bersama ahli keluarga anda sambil bergurau senda, hidangan ini merupakan contoh hidangan makan malam yang tepat.

    Hidangan berasaskan daging lembu juga tidak memerlukan masa memasak yang lama. Daging lembu merupakan hidangan yang sangat disukai oleh kebanyakan individu terutamanya kanak-kanak. Dengan memasak hidangan daripada bahan ini, anda bukan sahaja mampu memenuhi selera anak anda malahan anda juga mampu membuat seisi keluarga anda berselera untuk makan malam.

    Pasta dan hidangan berasaskan makanan laut adalah sangat sesuai bagi mereka yang tidak menyukai hidangan berasaskan daging. Pasta lebih cepat dan mudah untuk dimasak berbanding hidangan yang lain. Makanan laut juga merupakan hidangan yang sesuai dimakan bersama ahli keluarga yang lain tanpa mengira peringkat umur mereka. Berikut merupakan contoh resepi yang boleh digunakan:

    Fettucine Brokoli

    Bahan-bahan:

    • 300 g hirisan sayur bayam
    • 2 cawan hirisan sayur brokoli
    • 15 g Fettucine
    • 4 sudu kecil mentega
    • 3 sudu kecil minyak zaitun
    • Bawang putih yang dipotong kecil
    • ¾ sudu kecil garam
    • ½ sudu kecil lada hitam
    • 1 cawan krim masam
    • 2 atau 3 cawan keju parmesan

    Cara memasak:

    1. Masak air di dalam satu periuk besar.
    2. Masukkan bayam dan brokoli (satu persatu) ke dalam ketuhar mikro. Kemudian asingkan sayur-sayur ini ke dalam satu bekas lain.
    3. Masukkan pasta ke dalam air yang mendidih dan masak selama 10 hingga 12 minit.
    4. Masukkan mentega dan minyak zaitun ke dalam kuali dan panaskan sehingga mentega cair.
    5. Tambahkan bawang putih dan gaulkan sehingga bahan masakan bertukar keemasan.
    6. Campurkan bayam, brokoli, garam dan lada hitam ke dalam kuali.
    7. Masak dan gaulkan kira-kira 5 minit.
    8. Tuang krim masam ke dalam kuali di atas bahan-bahan masakan tadi.
    9. Hidangkan pasta bersama dengan keju.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan