backup og meta

Ini 2 Resipi Nasi Goreng Terlajak Sedap, Kena Guna Nasi Sejuk Semalaman Baru Jadi!

Ini 2 Resipi Nasi Goreng Terlajak Sedap, Kena Guna Nasi Sejuk Semalaman Baru Jadi!

Nasi goreng merupakan antara jenis sarapan yang biasa dimakan setiap pagi. esepi nasi goreng simple mempunyai pelbagai versi dan resipi yang tersendiri. Namun, apa yang kami ingin kongsikan di sini bukan hanya resipi nasi goreng sedap, tetapi juga cara masak nasi goreng yang lebih sihat.

Ikuti resipi nasi goreng simple di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Tahukah anda, nasi sejuk lebih sihat!

Untuk membuat nasi goreng sama ada resepi nasi goreng cina, resepi nasi goreng kampung atau sebagainya, nasi yang telah sejuk adalah lebih baik berbanding nasi panas.

Tahukah anda, nasi goreng lebih enak jika dibuat dengan menggunakan nasi sejuk pada hari semalam?

Ya, itu benar. Ini kerana nasi yang masih panas atau baru dimasak mempunyai tekstur yang lebih lembut dan agak lembik manakala nasi yang telah sejuk mempunyai tekstur yang kenyal dan kering. Jadi, nasi sejuk lebih sesuai!

Malah, nasi sejuk lebih peroi dan sangat sesuai serta sedap untuk dibuat nasi goreng. Namun, tahukah anda bahawa nasi sejuk juga sebenarnya lebih sihat berbanding nasi panas.

sarapan pagi
Luangkan masa setiap hari dengan sarapan pagi.

Hal ini kerana, nasi yang telah sejuk mempunyai paras gula yang jauh lebih rendah berbanding nasi panas.

Ini secara tidak langsung sangat bermanfaat kepada pesakit diabetes dalam mengawal paras gula darah harian mereka. 

2 resipi dan cara masak nasi goreng sedap

Jika anda mempunyai lebihan nasi semalam, lebih baik ia disimpan dalam peti sejuk untuk dibuat nasi goreng keesokan harinya.

Boleh cuba dua resipi nasi goreng sedap di bawah ini.

Resepi nasi goreng biasa ala nenek-nenek

nasi goreng sedap
Resipi nasi goreng style nenek-nenek kita zaman dahulu.

Resipi ini boleh dikatakan agak klasik dan legend kerana ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas tetapi sedap.

Ia biasa digunakan oleh ‘mak-mak’ atau nenek di kampung dan berbeza dengan resipi nasi goreng di kedai makan.

Ini caranya:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Nasi sejuk
  • 6 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Ikan goreng (yang telah diambil isinya sahaja)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur

Cara memasak:

  1. Rendam cili kering ke dalam air panas. Setelah itu, tumbuk cili kering hingga lumat bersama-sama bawang merah, bawah putih dan juga isi ikan goreng.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masak telur kacau terlebih dahulu. Angkat telur setelah ia masak.
  3. Kemudian, tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga masak dan garing. Setelah itu, masukkan garam.
  4. Setelah bahan tumisan menjadi garing, masukkan nasi sejuk dan gaul sehingga rata dan sempurna.
  5. Masukkan telur kacau yang telah dimasak sebelum ini. Gaul sehingga sebati.
  6. Setelah nasi goreng masak sempurna, angkat dan sedia untuk dihidang.

Cara masak nasi goreng sedap bersama ayam

nasi goreng sedap
Nasi goreng ayam bersama telur mata.

Resipi kedua ini pula boleh dikatakan agak ringkas tetapi masih lagi enak dan akan menarik minat kanak-kanak untuk makan.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Nasi sejuk
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 tangkai cili padi (ditumbuk)
  • Isi ayam secukupnya
  • Sayur kubis atau sawi
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 biji telur

Cara memasak: 

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Masak telur kacau dan angkat setelah masak.
  2. Tumiskan kesemua bahan tumbuk di dalam kuali. Jika anda agak malas untuk menumbuknya, anda boleh menghirisnya dengan halus sahaja. 
  3. Setelah bahan tumbuk agak masak dan garing, masukkan isi ayam dan gaul sebati. 
  4. Apabila isi ayam masak, masukkan garam dan juga sedikit serbuk kunyit. Serbuk kunyit digunakan untuk memberikan sedikit warna pada nasi goreng sedap anda. Oleh itu, jangan masukkan serbuk kunyit terlalu banyak.
  5. Setelah kesemua bahan masak sekata, masukkan nasi dan juga sayur. Gaul rata dan tunggu sehingga sayur-sayuran agak masak.
  6. Akhir sekali, masukkan telur kacau tadi dan gaul sebati.
  7. Tutup api kuali dan nasi goreng sedia untuk dihidang.

Kesimpulan

Membuat nasi goreng sedap tidaklah sesukar mana. Asalkan anda tahu teknik yang betul serta resipi yang tepat.

Gunakan resipi yang digemari oleh ahli keluarga anda terutamanya kanak-kanak.

Jika kanak-kanak tidak tahan rasa pedas, kurangkan penggunaan cili kering atau cili padi.

Ingat, simpan dahulu nasi putih semalaman dalam peti sejuk sebelum dibuat nasi goreng sedap. Nasi bukan sahaja lebih peroi, tetapi juga lebih sihat.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Fried Rice. https://myfcd.moh.gov.my/index.php/1997-food-compositon-database/611-rice,-fried-(nasi-goreng).html.tmp. Accessed on September 26, 2022.
  2. Fried rice. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/recipes/fried-rice/rcp-20049761. Accessed on September 26, 2022.
  3. Easy Fried Rice. https://www.pbs.org/food/recipes/easy-fried-rice/. Accessed on September 26, 2022.
  4. Fried Rice for the Family. https://www.freshfarm.org/app/uploads/2020/05/Cooking-Fried-Rice-for-the-Family.pdf. Accessed on September 26, 2022.
  5. Egg fried rice. https://www.foodafactoflife.org.uk/recipes/aset-global-cuisines/eastern-asian/egg-fried-rice/. Accessed on September 26, 2022.

Versi Terbaru

22/08/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Makan Nasi Buat Badan Cepat Gemuk? SALAH! Ini Dia 5 Manfaat Nasi Putih!

Nak Makan Nasi Putih Tapi Tak Nak Gemuk? Ikut 3 Tip Ini Elak Obesiti


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan