backup og meta

Tangan Rasa Pijar Lepas Tumbuk Cili? Nah, Ini 7 Petua Hilangkan Rasa Bahang Pada Tangan!

Tangan Rasa Pijar Lepas Tumbuk Cili? Nah, Ini 7 Petua Hilangkan Rasa Bahang Pada Tangan!

Tangan kerap terasa bahang selepas menumbuk cili, tetapi tidak tahu cara hilangkan pedas di tangan? Anda tidak perlu berasa risau lagi. Simpan artikel ini sekarang kerana kami akan kongsikan cara hilangkan pedas cili di tangan selepas menumbuk.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Mengapa tangan boleh terasa pijar atau bahang?

Bagi mereka yang biasa di dapur, aktiviti menumbuk cili dengan menggunakan lesung batu atau menggunting cili kering perlu dilakukan berhati-hati.

Manakan tidak, jika tersilap cara, tangan boleh terasa pijar dan bahang.

Lebih teruk lagi, pijar tangan tak hilang dengan cepat kerana kebiasaannya ia akan hilang dalam tempoh satu atau dua jam jika hanya dicuci dengan air biasa.

Persoalannya, mengapa tangan juga boleh terasa ‘pedas’?

Untuk pengetahuan anda, punca tangan pijar sebenarnya berpunca daripada bahan yang sama menyebabkan rasa pedas dalam mulut, iaitu capsaicin.

Ia boleh dikatakan sebagai minyak daripada cili yang memberikan rasa pedas pada cabai yang kita makan.

Apabila ia terembes pada kulit, capsaicin ini akan mengikat pada reseptor kulit dan mewujudkan tindak balas sistem saraf yang serupa dengan perasaan ketika terdedah kepada suhu tinggi.

Oleh sebab itu, tangan akan terasa pijar atau bahang jika terkena cebisan cili.

Cuba 7 cara hilangkan pedas di tangan ini

Jika dibasuh dengan air paip, kesannya masih ada dan tidak akan hilang. Ini kerana capsaicin yang dirembeskan itu berbentuk seperti minyak.

Oleh itu, anda perlu tahu petua yang betul untuk menghilangkannya dengan berkesan.

Ikuti tip di bawah ini:

#1. Cuka, antara cara hilangkan pijar cili kering

Percaya atau tidak, bahan dapur seperti cuka juga berkesan sebagai cara hilangkan pedas di tangan.

Memandangkan capsaicin bersifat alkali, maka mana-mana bahan berasid seperti cuka boleh membantu meneutralkan capsaicin tersebut.

Selain cuka, anda juga boleh menggunakan bahan masam lain seperti jus limau, air asam jawa atau buah lemon.

Cara hilangkan pedas di tangan #2. Susu

cara hilangkan pedas di tangan
Susu dapat menghilangkan pedas di tangan.

Ya, susu juga boleh membantu melemahkan kesan pedas daripada capsaicin. Ini kerana, susu mengandungi sejenis protein yang disebut casein.

Casein boleh membantu memutuskan ikatan capsaicin pada reseptor kulit.

Selain susu, anda juga boleh mencuba dengan menggunakan produk tenusu yang lain seperti yogurt

Cara hilangkan pedas di tangan #3. Sabun pencuci pinggan

Seperti yang anda tahu, sabun pencuci pinggan amat berkesan menanggalkan kesan minyak pada peralatan dapur.

Oleh sebab itu, ia juga amat berkesan menanggalkan kesan minyak capsaicin pada tangan anda. 

Cara hilangkan pedas cili di tangan #4. Alkohol

petua tradisional hilangkan pijar tangan
Bahan untuk meredakan pijar tangan.

Alkohol juga boleh membantu menanggalkan capsaicin yang masih menempel pada reseptor kulit.

Anda boleh menggunakan bahan beralkohol seperti cecair sanitasi tangan atau alcohol swab untuk menghilangkan rasa pijar dan bahang pada tangan. 

#5. Garam

Ada juga petua yang menggunakan garam untuk menghilangkan rasa pijar pada tangan.

Caranya adalah dengan melumurkan keseluruhan tangan dengan garam halus.

Selain itu, anda juga boleh melarutkan garam terlebih dahulu di dalam air suam sebelum merendamkan tangan anda ke dalamnya.

Rendamkan tangan selama 5 minit atau sehingga rasa bahang mula reda. 

cara hilangkan pedas di tangan
Tip menggunakan garam dalam masakan.

Cara hilangkan pedas di tangan #6. Minyak masak

Antara petua orang lama untuk menghilangkan rasa pedas pada tangan adalah dengan menggunakan minyak masak.

Caranya, dengan mengambil sedikit minyak masak dan lumurkan pada tangan yang terasa pijar.

Ia akan membantu menghilangkan rasa pedas secara perlahan-lahan.

Cara hilangkan pijar cili kering #7. Beras

Akhir sekali, anda juga boleh menggunakan beras untuk menghilangkan rasa pijar pada tangan.

Cara yang paling mudah adalah dengan merendamkan terus tangan anda ke dalam bekas atau tong beras dan biarkan seketika.

Jika tidak, anda juga boleh menggenggam beras jika tidak mahu menyeluk tangan ke dalam bekas beras.

Walau bagaimanapun, pastikan tangan anda telah dicuci bersih sebelum menggenggam atau merendam tangan ke dalam beras. 

Kesimpulan

  • Pijar di tangan akan hilang dalam tempoh satu atau dua jam jika hanya dicuci dengan air biasa
  • Rasa pedas yang dialami pada tangan berpunca daripada capsaicin
  • Capsaicin akan mengikat pada reseptor kulit dan mewujudkan tindak balas sistem saraf yang serupa dengan perasaan ketika terdedah kepada suhu tinggi

Tangan yang terasa pijar sememangnya boleh memberikan ketidakselesaan yang berpanjangan.

Tip

Cuba 7 cara hilangkan pijar cili kering seperti di atas untuk menghilangkannya dengan kadar segera.

Selamat mencuba! 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Chili Pepper Burns. https://healthy.kaiserpermanente.org/health-wellness/health-encyclopedia/he.chili-pepper-burns.not254494#:~:text=The%20best%20treatment%20is%20to,vegetable%20oil%20for%20the%20hour. Accessed on September 15, 2022. 

How to Make Hot Peppers Stop Burning. https://sciencenotes.org/how-to-make-hot-peppers-stop-burning/. Accessed on September 15, 2022.

Capsaicin: When the “Chili” Is Too Hot. https://www.poison.org/articles/capsaicin-when-the-chili-is-too-hot. Accessed on September 15, 2022.

When Hot Peppers Burn. https://garden.org/ideas/view/OldGardener/2035/When-Hot-Peppers-Burn/. Accessed on September 15, 2022.

How Do You Measure the ‘Heat’ of a Pepper? https://www.nist.gov/how-do-you-measure-it/how-do-you-measure-heat-pepper. Accessed on September 15, 2022.

Versi Terbaru

04/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ada Khasiat Makan Pedas Pada Kaum Adam, Katanya Boleh Bantu Rawat MATI PUCUK

Tak Sah Jika Tak Kerap Ke Tandas Kalau Makan Pedas! Tapi Apa Sebabnya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan