Masyarakat kita dan gula adalah berpisah tiada. Perhatikan sahaja pengambilan makanan dan minuman kita. Tidak sah rasanya jika tiada gula, bukan? Pun begitu, tahukah anda bahawa ada alternatif selain gula yang boleh kita ambil iaitu gula stevia? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.
Adakah gula stevia selamat?
Terdapat kajian haiwan yang menyatakan bagaimana ia boleh menjadi toksik kepada buah pinggang serta sistem pembiakan. Ia mungkin juga bermutasi gen. Yang mana salah satu sebabnya FDA tidak membenarkan gula stevia seluruh daun atau tidak sempurna dalam makanan.
Kajian lain menyatakan ia selamat dalam jumlah yang sederhana. FDA pada 2008, telah dianugerahkan statusnya yang dikenali secara umum sebagai status selamat kepada ekstraknya, dan ia telah berada di pasaran tanpa sebarang kebimbangan keselamatan utama.
Manfaat gula stevia terhadap kesihatan
Ia adalah sejenis pemanis semula jadi yang tidak langsung mengandungi kalori. Jika anda berazam mahu menurunkan berat badan, ini adalah sangat sesuai buat anda. Pun begitu, impaknya terhadap kesihatan mungkin bergantung kepada amaun herba ini diambil dan juga masa ia diambil. Oleh itu, tidak semua individu akan mendapat manfaat yang sama bagi setiapnya.
Jika anda mempunyai diabetes, sudah pasti herba ini akan membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah anda agar ia sentiasa stabil.
Menurut satu kajian pada tahun 2010 yang menggunakan 19 orang individu normal dan 12 orang individu obesiti, didapati bahawa ia akan menurunkan kadar insulin dan glukosa. Ia juga akan membuat peserta kajian itu berasa lebih kenyang dan puas walaupun hanya mengambil kalori yang rendah.
Pun begitu, kajian ini hanya dilakukan di dalam makmal, yang mana sudah tentu jauh sekali berbeza dengan situasi hidup manusia di dalam persekitaran yang normal.
Menurut satu kajian pada tahun 2009 pula, serbuk daun herba ini mampu untuk mengawal kolesterol, kajian ini dilakukan dengan peserta kajian mengambil 400 mililiter ekstrak herba ini satu hari dalam masa satu tahun.
Hasilnya,didapati bahawa ia mampu mengurangkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat dan triglycerides tanpa sebarang kesan sampingan yang lain. Selain itu, tidak pasti juga sama ada ia akan penggunaannya yang agak kurang amaunnya akan mendatangkan impak yang sama.
Selain itu, terdapat lagi beberapa manfaat untuk kesihatan herba ini sebagai alternatif gula, iaitu:
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Melawan jangkitan rotavirus
- Membantu metabolisma gula
- Membantu meningkatkan fungsi buah pinggang
- Mendorong vasodilatasi sistemik dan buah pinggang
Namun demikian, ia juga mempunyai beberapa mudarat yang kadangkala kita terlepas pandang. Pertama sekali, pemanis gula stevia yang telah dipaket dan diproses biasanya telah ditambah dengan bahan perasa lain seperti pati glukosa yang telah diekstrak daripada jagung, gandum atau beras.
Selain itu, spesifikasi produk ini yang tidak mencapai regulatori bagi kebanyakan negara serta tidak mempunyai data secukupnya untuk menyokong keselamatan penggunaannya merupakan punca mengapa produk ini kurang mendapat sambutan di kebanyakan negara terutamanya negara kita.
Di Malaysia, keberkesanan penggunaan produk ini masih dalam perdebatan kerana terdapat banyak penemuan saintifik yang bercanggah antara satu sama lain. Badan regulatori seperti United States Food and Drug Administration (FDA) telah melarang penggunaan ekstrak herba ini kerana terdapat kebimbangan terhadap keselamatan penggunaannya terhadap kawalan paras gula dalam darah, kesan kepada sistem reproduktif, sistem kardiovaskular dan buah pinggang.
Dalam erti kata yang lain, ia adalah produk yang masih samar-samar akan keselamatan dan keberkesanannya.
Konklusi
Konklusinya, pemanis stevia adalah sejenis produk berasaskan herba yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada gula. Ia sebenarnya mendatangkan pelbagai manfaat tetapi juga akan mengakibatkan mudarat pada masa yang sama. Jadi, apa yang anda boleh lakukan?
Pilihan sebenarnya terletak di tangan anda. Bagi anda yang masih mahu mengambilnya, sila pastikan produk itu adalah produk yang terbaik dan telah menepati apa yang ditulis di dalam artikel ini atau yang disarankan oleh doktor.
[embed-health-tool-bmr]