Ramai pasangan perasan satu perubahan selepas berkahwin iaitu berat badan naik mendadak tanpa disedari. Seluar mula terasa ketat, muka nampak lebih berisi dan angka pada penimbang semakin meningkat!

Ramai pasangan perasan satu perubahan selepas berkahwin iaitu berat badan naik mendadak tanpa disedari. Seluar mula terasa ketat, muka nampak lebih berisi dan angka pada penimbang semakin meningkat!
Malah, ada yang bergurau mengatakan “ini tanda bahagia selepas kahwin”. Ada juga yang kata berat badan naik mendadak tanda hamil atau hanya sekadar kebetulan?
Sebenarnya, fenomena berat badan naik selepas kahwin adalah perkara yang agak biasa berlaku kepada ramai pasangan. Perubahan gaya hidup, rutin makan dan aktiviti harian memainkan peranan besar dalam perubahan ini.
Mari kita lihat beberapa punca utama yang mungkin menjadi sebab kenapa berat badan naik mendadak selepas berkahwin.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klik di sini.
Di dalam isu berat bertambah selepas kahwin, Ralph Hertwig, Pengarah di Institut Pembangunan Manusia Max Planck mengatakan pasangan cenderung mengalami kenaikan berat badan disebabkan perubahan dalam status sesuatu perhubungan. Hal ini kerana, apabila pasangan hidup bersama selalunya membawa perubahan dalam tabiat makan dalam seharian.
Contohnya, seseorang yang skip sarapan pagi atau hanya mengambil sepotong buah ketika tinggal bersendirian mungkin mula makan sarapan yang lebih banyak selepas berpindah bersama pasangan. Mari kita ketahui dengan lebih lanjut.
Apa punca berat badan naik? Adakah disebabkan terlalu bahagia? Berikut ialah punca berat badan naik.
Punca berat badan anda naik disebabkan ketika ini anda sedang menikmati momen-momen indah bersama. Ketika ini anda cenderung melupakan rutin pemakanan harian anda dan menikmati makanan yang lazat apabila anda berbulan madu.
Anda akan beli dan makan apa saja makanan yang diinginkan dan tidur tanpa mengikut jadual yang tetap.
Sebelum berkahwin, sesetengah individu mungkin lebih aktif bersenam atau melakukan aktiviti luar bersama rakan. Namun selepas berkahwin, rutin harian mula berubah tanpa disedari.
Anda menjadi kurang bersenam dan mungkin memerlukan masa untuk kembali aktif.

Makan dalam kuantiti yang besar sudah tentu menjadi punca berat badan naik. Hal ini kerana, pasangan anda mempunyai mempunyai selera makan yang lebih besar daripada yang lain. Jadi secara tidak sengaja, anda pun turut serta makan bersama-sama juga. Jika dibiarkan berterusan, sememangnya berat badan anda akan bertambah!
Pasangan yang baru berkahwin sudah tentu akan ‘berkepit’ seperti belangkas, setiap masa ingin bersama-sama. Sudah tentu jadual orang baru berkahwin akan dipenuhi dengan menonton filem, bermain permainan online, memasak bersama-sama, berbulan madu dan macam-macam lagi!
Ini membuatkan aktiviti seharian anda tidak seaktif dahulu jika sebelum ini anda rajin beriadah.
Selepas berkahwin, ramai orang merasa lebih selesa dengan pasangan mereka. Perasaan ini sebenarnya positif kerana ia menunjukkan hubungan yang stabil dan selamat.
Namun, rasa terlalu selesa kadangkala membuatkan seseorang kurang memberi perhatian kepada penampilan atau kesihatan diri.
Sewaktu sedang honeymoon waktu ini lagi rancak untuk anda meluangkan masa kerana anda bebas meluangkan masa bersama tanpa batasan.
Selain itu, waktu makan juga menjadi lebih tidak teratur. Ada pasangan yang gemar makan lewat malam sambil menonton televisyen atau berbual santai. Ada juga yang ingin mencuba makanan di restoran.
Tidak lupa juga, ada sesetengah pasangan lebih suka memasak hidangan yang baru di hujung minggu. Tanpa sedar, kalori yang diambil setiap hari semakin meningkat sehingga membuatkan berat badan naik mendadak.
Jika kini badan anda telah meningkat, usah gusar. Isu berat badan naik mendadak selepas kahwin adalah perkara yang biasa berlaku kepada ramai pasangan. Ia sering berpunca daripada perubahan gaya hidup, tabiat pemakanan serta tahap aktiviti fizikal yang berbeza.
Walaupun perkahwinan membawa kebahagiaan dan keselesaan, menjaga kesihatan diri tetap penting untuk jangka panjang. Ingat, perkahwinan yang bahagia bukan sahaja tentang hubungan yang harmoni, tetapi juga tentang menjaga kesihatan bersama.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Why Couples Gain Weight and How to Reverse it. https://integrishealth.org/resources/on-your-health/2023/june/why-couples-gain-weight-and-how-to-reverse-it . Accessed on March 10, 2026
Obesity Prevention. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/obesity/preventing-obesity . Accessed on March 10, 2026
Unexplained Weight Gain. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/unexplained-weight-gain . Accessed on March 10, 2026
The Weight of Love: Moving in Together Leads to Weight Gain. https://www.mpib-berlin.mpg.de/press-releases/the-weight-of-love . Accessed on March 10, 2026
6 Reasons Why Both Men and Women Gain Weight After Marriage. https://www.drdaragiuada.ro/en/6-reasons-why-both-men-and-women-gain-weight-after-marriage/ . Accessed on March 10, 2026
Versi Terbaru
12/03/2026
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor