backup og meta

Jangan Makan Sports Candy Secara Berlebihan Sebagai 'Penyegar Nafas', Ini Sebabnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/01/2022

    Jangan Makan Sports Candy Secara Berlebihan Sebagai 'Penyegar Nafas', Ini Sebabnya

    Anda selalu makan gula-gula untuk segarkan nafas, kan? Apa pilihan gula-gula yang selalu anda ambil? Mungkin Hacks, Woods, Fisherman’s, sports candy (gula gula Himalaya salt) dan pilihan gula-gula biasa yang lain.

    Tetapi tahukah anda, sports candy atau gula gula Himalaya salt adalah gula-gula yang mengandungi garam yang tidak boleh diambil secara sembarangan. Walaupun ia disebut sebagai gula-gula, dan juga dijual seperti gula-gula yang lain, penggunaannya amatlah berbeza, tidak seperti yang kita fikirkan.

    Agak-agak anda, mengapa gula-gula ini tidak boleh dimakan sembarangan? Lihat artikel di bawah ini untuk anda mendapatkan jawapannya yang sebenar.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Sports candy tidak boleh diambil sembarangan – kenapa?

    Sports candy sebenarnya dimakan dengan tujuan untuk menggantikan jumlah garam atau sodium yang telah hilang daripada tubuh.

    Gula-gula ini sesuai untuk mereka yang sedang bersenam, melakukan hiking dalam jangka masa yang panjang, atau mereka yang banyak kehilangan peluh.

    Mengapa gula gula Himalaya Salt tidak boleh dimakan secara sembarangan?

    sports candy

    Walaupun salah satu bahan yang terkandung dalam gula-gula ini adalah garam Himalaya, ia tetap sodium dan kandungan garamnya tetap sama dengan garam biasa.

    Anda tidak boleh menambahkan pengambilan sodium secara berlebihan setiap hari. Makanan yang anda makan setiap hari sudah mengandungi banyak kandungan garam, dan ia bukanlah satu cara yang baik untuk kesihatan anda jika anda menambahkannya lagi melalui gula-gula ini. 

    Menurut Persatuan Jantung Amerika, mereka mencadangkan untuk setiap individu agar mengambil tidak lebih daripada 2,300 milligram garam setiap hari.

    Jika anda mengambil terlalu banyak kandungan garam setiap hari, buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan lebihan sodium dalam tubuh.

    Garam yang banyak di dalam darah akan menyukarkan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa cecair dengan berkesan. 

    Jadi, gula-gula biasa lagi sihat berbanding sports candy?

    Kami juga tidak mengatakan bahawa gula-gula biasa lebih sihat. Jika sports candy tinggi kandungan sodium, gula-gula biasa pula tinggi kandungan gula.

    Kedua-duanya mempunyai mudarat jika anda memakan secara berlebihan.

    Tidaklah salah untuk anda memakan gula-gula, cuma anda hanya perlu mengawal kuantiti pengambilannya agar tidak melebihi cadangan pengambilan harian.

    sports candy

    Jika garam dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah atau penyakit hipertensi, gula pula meningkatkan risiko anda mendapat penyakit diabetes atau juga lebih dikenali dengan nama kencing manis.

    Kedua-duanya mempunyai kesan buruk yang tersendiri jika diambil secara berlebihan melebihi sekadar keperluan tubuh.

    Bagaimana mahu memilih jenis gula-gula yang lebih sihat?

    Anda mungkin terfikir, bagaimana hendak memilih atau makan gula-gula selepas ni?

    Senang sahaja. Walaupun hampir kesemua jenis gula-gula berasaskan gula sebagai bahan utama, cuba pilih jenis gula-gula atau manisan yang mengandungi bahan coklat yang lebih banyak berbanding gula.

    sports candy

    Kedua, pilih yang mengandungi kandungan coklat dan campuran mentega kacang berbanding gula semata-mata.

    Apa yang paling penting, hadkan pengambilan setiap gula-gula dan manisan anda. Ia jauh lebih baik dan lebih sihat untuk anda.

    Ketiga, cuba gunakan alternatif sebagai pengganti pengambilan gula-gula. Makan yogurt atau potongan buah-buahan sebagai ganti gula-gula. Ia ternyata lebih sihat, segar dan bermanfaat untuk tubuh anda.

    Jika anda mengajar anda untuk banyakkan makan buah-buahan sejak mereka masih kecil, tidak sukar untuk mengelakkan mereka daripada kerap makan gula-gula apabila mereka mula membesar kelak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan