backup og meta

Tak Boleh Makan Pisang Dengan Susu? Ini Kombinasi Makanan Sesuai Diambil Bersama Pisang

Tak Boleh Makan Pisang Dengan Susu? Ini Kombinasi Makanan Sesuai Diambil Bersama Pisang

Kalau kita lihat di internet, ada banyak resepi susu pisang untuk kita cuba. Menariknya, minuman ini bukan sahaja sedap malah punya banyak manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita. Apakah kebaikannya?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Khasiat susu pisang kepada individu

Tanpa mengira usia dan jantina, minuman susu daripada hasil haiwan termasuk lembu atau kambing memang sangat bagus bagi kesihatan tubuh badan. Namun, mungkin masih ramai yang kurang menggemarinya.

Berita baik buat anda, susu kini datang dengan pelbagai kombinasi warna serta rasa yang menarik. Antara yang paling popular adalah kombinasi bersama buah pisang di mana ia telah menjadi antara minuman ‘viral’.

Menurut Healthline, sebiji pisang yang dikisar dan dicampur secawan air 237 mL mengandungi nutrisi di bawah:

  • Kalori – 105 kcal
  • Karbohidrat – 27 gram
  • Gula – 14 gram
  • Serat – 3.1 gram
  • Protein – 1.3 gram
  • Lemak – kurang daripada 1 gram

susu pisang

Ditambah pula dengan susu hasil haiwan yang sarat mineral penting seperti kalsium, magnesium dan fosforus serta vitamin seperti tiamina, niasina, riboflavina dan vitamin A, ia menjadi salah satu minuman serba lengkap!

Dengan nutrisi-nutrisi penting di atas, ia menunjukkan bahawa minuman ini sudah tentu mampu menguatkan tulang, menyihatkan organ serta melancarkan sistem lantas memicu fungsi tubuh badan lebih optimum.

Pun begitu, ketahuilah bahawa minuman serba lengkap ini mungkin tidak begitu sesuai untuk semua individu ya!

[embed-health-tool-bmi]

Jangan minum kalau anda ada alergi

Berdasarkan maklumat di atas, tentu sahaja ramai orang yang mahu mendapat khasiat susu pisang ini bukan? Malangnya, anda yang ada masalah intoleransi laktosa mungkin perlu fikir banyak kali sebelum ambil minuman ini.

Ini kerana ia mungkin boleh memicu reaksi alergi kepada tubuh badan sekali gus membawa gejala buruk seperti sakit perut, pening kepala, mual, muntah, kegatalan dan keradangan kulit atau lebih bahaya, anafilaksis.

Sebagai alternatif, anda boleh mencampurkan buah ini dengan susu yang berasaskan kekacang terutama soya, badam dan lain-lain dalam usaha untuk mengelakkan sebarang efek sampingan kesan daripada alahan itu.

Ataupun, individu boleh sahaja memilih untuk meminum jus pisang yang sudah tentu bebas daripada bahan ini!

susu pisang

Meskipun susu pisang adalah antara minuman popular masa kini, namun ia mungkin tidak sesuai buat semua individu. Jika anda anda ada sebarang masalah selepas minum, segera jumpa doktor untuk mendapatkan perhatian perubatan.

Apa lagi yang anda boleh campur dengan pisang?

Sekiranya anda adalah penggemar buah pisang tetapi ada masalah intoleransi laktosa, lupakan minuman tular ini. Ada beberapa lagi kombinasi yang lebih baik dan unik untuk anda jadikan sebagai makanan atau minuman yang sihat.

Memetik Public Health Malaysia, anda juga boleh mengambil pisang bersama jenis makanan di bawah:

Pisang + tembikai

Seperti ramai sedia maklum, pisang memang kaya dengan protein, serat serta potasium manakala tembikai pula tinggi dengan air, likopena dan vitamin C. Apabila digabungkan, ia sangat menyelerakan dan menyegarkan.

Pisang + kentang

Walaupun kombinasi ini sangat jarang kita jumpa, tetapi ia bukan mustahil. Dengan menggabungkan nutrisi-nutrisi di dalam pisang dan kentang, ia bukan sahaja sihat dan sedap malah dapat mengenyangkan perut dengan cepat.

susu pisang

Apa yang lebih menarik, kombinasi pisang dengan tembikai dan kentang ini mungkin tidak ada kesan sampingan yang berbahaya. Namun, dapatkan informasi dan nasihat pakar diet terlebih dahulu.

Bagaimana dengan produk susu pisang di pasaran?

Tidak dinafikan, terdapat lambakan produk ini di pasaran ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Malangnya, ia mungkin tidak memberikan anda manfaat seperti mana yang digembar-gemburkan di media sosial.

Hakikatnya, kebanyakan produk ini di pasaran diperbuat daripada bahan-bahan tambahan seperti pewarna, pengawet, pemanis dan macam-macam kandungan tidak sihat lain lalu menjatuhkan kualiti minuman tersebut.

Pilihan yang lebih bagus, anda boleh buat sahaja sendiri di rumah. Oleh itu, anda mungkin tidak lagi perlu risau. Cubalah!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Are Bananas Good for You?, https://foodrevolution.org/blog/are-bananas-good-for-you/, Accessed Mar 1 2023.
  2. 5 Health Benefits of Bananas, https://health.clevelandclinic.org/benefits-of-bananas/, Accessed Mar 1 2023.
  3. Lactose Intolerance, https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/lactose-intolerance, Accessed Mar 1 2023.
  4. Milk Allergy, https://www.foodallergy.org/living-food-allergies/food-allergy-essentials/common-allergens/milk, Accessed Mar 1 2023.
  5. Bananas, https://www.foodhero.org/bananas, Accessed Mar 1 2023.

Versi Terbaru

02/03/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Bagi Badan Kurus, Bila Waktu Sesuai Minum Teh Hijau?

10 Khasiat Cuka Epal Yang TAK Disangka, No. 1 Paling Kerap Diperkatakan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/03/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan