Ini kerana, pisang yang digoreng akan menjadi seperti cekodok dan tidak lagi rangup selepas ia sejuk.
Gunakan campuran antara tepung gandum dan juga tepung beras.
Ada yang menggunakan nisbah dua cawan tepung beras bersama satu cawan tepung gandum.
Ada juga yang menggunakan hanya separuh cawan tepung gandum, jadi terpulang kepada resipi masing-masing.
#2. Rahsia pisang goreng rangup, guna kapur makan
Kapur makan juga berfungsi sebagai agen bagi merangupkan tepung goreng pisang.
Namun, ia tidak boleh diletakkan terlalu banyak dalam bancuhan tepung anda.
Cukup sekadar 1 sudu besar atau 1 sudu kecil kapur makan sahaja. Jika tidak, tepung akan menjadi terlalu keras atau berasa agak pahit.
#3. Tepung jagung

Mungkin ada resipi yang pernah anda dengar menggunakan tepung jagung.
Ya, tepung jagung juga boleh membantu merangupkan tepung pisang walaupun sudah sejuk.
Tetapi, ia juga mestilah mengikut nisbah yang betul supaya tepung tidak menjadi terlalu keras apabila telah digoreng.
Jika anda meletakkan dua cawan tepung beras dan satu cawan tepung gandum, anda hanya perlu meletakkan setengah cawan tepung jagung sahaja.
#4. Minyak panas
Ini merupakan antara bahan yang paling popular digunakan bagi merangupkan tepung bancuhan pisang.
Caranya mudah sahaja, hanya panaskan minyak di dalam kuali.
Setelah minyak masak menjadi panas, tuangkan sahaja ke dalam bancuhan tepung yang telah disediakan sebelum ini.
Gaul sehingga sebati sebelum mula menggoreng pisang.
Anda juga boleh menggunakan marjerin atau mentega panas sebagai ganti minyak masak.
#5. Soda bikarbonat

Pisang goreng yang rangup juga boleh disediakan dengan menambahkan sedikit soda bikarbonat ke dalam bancuhan tepung.
Caranya, ambil sekitar satu sudu teh soda bikarbonat dan ayak bersama tepung lain sebelum membancuhnya dengan air atau minyak panas.
Ini untuk memastikan soda bikarbonat tersebut tercampur rata dengan tepung goreng pisang.
Ekstra, resipi pisang goreng rangup untuk anda
Ini resipi goreng pisang yang boleh anda cuba di rumah:
Bahan-bahannya:
- 2 cawan tepung beras
- Suku cawan tepung gandum
- 1 sudu serbuk kunyit. Jika tiada, gunakan pewarna kuning
- 1 sudu kecil kapur makan
- 1 sudu besar gula pasir
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- Pisang. Boleh gunakan pisang abu, pisang nangka atau pisang lain mengikut selera anda
Cara penyediaan:
- Bancuh kesemua bahan di atas kecuali pisang dalam satu bekas besar.
- Boleh tambahkan bijan putih atau kelapa parut untuk rasa pisang yang lebih berlemak dan enak.
- Potong pisang nipis-nipis atau mengikut ketebalan yang anda suka. Pisang yang dipotong nipis akan menjadi lebih rangup.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng sehingga rangup.
- Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen