backup og meta

Resipi Roti Jala Mudah Ada Di Sini! Ikut Tip Ini Betul-betul, 'Confirm' Menjadi!

Resipi Roti Jala Mudah Ada Di Sini! Ikut Tip Ini Betul-betul, 'Confirm' Menjadi!

Sedapnya roti jala! Paling sedap jika dimakan ketika sarapan atau pada waktu petang bersama sepinggan kari. Bagi mereka yang baru mahu cuba-cuba, cara buat roti jala sebenarnya sangat mudah. Anda cuma perlukan tepung gandum, telur, air, minyak masak dan garam sebagai perasa!

Dalam artikel kali ini, kami akan berikan anda resepi roti jala yang mudah dan confirm menjadi. Alang-alang, bolehlah ajak anak memasak sekali!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Sesuai dimakan ketika sarapan

cara buat roti jala

Ringkasan

  • Sarapan merupakan masa makan yang paling penting
  • Ia membekalkan anda dengan tenaga dan nutrisi yang cukup sepanjang hari
  • Individu yang tidak mengambil sarapan mungkin akan alami kekurangan vitamin dan mineral

Benar, sarapan sangat penting untuk kesihatan kita. Ia dapat membantu anda fokus dan mengawal berat badan. Kajian juga menunjukkan bahawa sarapan dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes jenis 2 pada masa hadapan!

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mengambil sarapan disebabkan kekangan masa. Namun, ada satu sajian mudah yang boleh anda sediakan pada waktu pagi sebagai sarapan iaitu roti jala! Jom, ikuti penerangan ringkas kami tentang cara buat roti jala di bawah:

Cara buat roti jala tradisional

cara buat roti jala

Roti jala merupakan makanan yang sangat popular untuk sarapan dan minum petang. Ia juga dimakan sebagai juadah berbuka puasa dan merupakan menu yang sangat popular ketika kenduri.

Benar, makanan ini nampak rumit untuk dimasak. Namun, cara untuk membuatnya tidaklah sesukar seperti apa yang disangkakan!

Pertama sekali, anda perlukan bahan-bahan berikut:

Jika anda tidak mahu menggunakan air, anda boleh menggantikannya dengan santan cair. Nanti, ia akan rasa lebih lemak dan sedap.

Cara buat roti jala:

  1. Masukkan semua bahan tersebut ke dalam mangkuk. Kemudian, kacau hingga sebati. Anda juga boleh gunakan pemukul telur atau blender untuk memudahkan kerja.
  2. Masukkan adunan ke dalam botol sos atau botol yang mempunyai 3/5 corong. Pastikan anda beli botol yang tidak berlubang supaya anda boleh potong sendiri hujungnya.
  3. Tak ada botol sos? Guna sahaja botol mineral kosong, kemudian, tebuk penutupnya menggunakan paku. Tapi, pastikan lubang tidak terlalu besar!
  4. Jika adunan keluar dengan lancar tanpa putus-putus, itu tanda adunan sudah sebati. Jika adunan putus-putus, anda perlu tambah sedikit air.
  5. Pegang botol secara menegak, muncung pula menghala ke luar kuali. Buat gerakan membulat dari luar ke dalam.
  6. Gunakan kuali non stick untuk menjala roti. Kalau tidak ada kuali non stick, guna kuali biasa pun tidak mengapa asalkan tidak melekat.
  7. Jika anda guna kuali biasa, celup tisu dalam minyak dan sapukan atas kuali. Kemudian, masak seperti biasa. Setiap kali anda ingin memasak, lap kuali dengan tisu tadi.
  8. Roti tidak perlu diterbalikkan. Selepas beberapa saat, angkat dan terus gulung.
  9. Kalau nak mudah, lipat 3 segi dan terus hidang.

Baca juga:

Cara buat roti jala nampak cantik

cara buat roti jala

Bagi mereka yang baru mencuba, pasti anda rasa kurang yakin dengan kelikatan adunan. Bagaimana untuk pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat?

Jangan risau… Kami ada tip untuk pastikan adunan anda betul-betul sempurna supaya roti yang dihasilkan perfect!

  1. Semasa mengisar adunan, lihat lubang pusaran. Jika lubang lebih besar daripada jari kelingking, tambah sedikit tepung untuk melikatkan adunan.
  2. Jika lubang sebesar jari kelingking, ini tanda adunan sudah sempurna!
  3. Tambah air jika adunan mempunyai lubang pusaran yang lebih kecil daripada jari kelingking.

Mudah bukan, lepas ni bolehlah selalu sediakan untuk anak-anak!

Kesimpulan

Selain kari ayam, roti jala juga boleh dipadankan dengan kuah lain, contohnya serawa durian. Kanak-kanak juga suka memadankan roti dengan susu pekat.

Tidak kiralah apapun pilihan anda sebagai pencicah, roti ini merupakan satu makanan wajib yang sesuai dinikmati oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Kami berharap, perkongsian kami tentang cara buat roti jala kali ini dapat memberikan faedah untuk anda. Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Breakfast. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/breakfast. Accessed on November 7, 2022.
  2. Wake Up To The Benefit Of Breakfast. https://www.hopkinsmedicine.org/johns-hopkins-childrens-center/what-we-treat/specialties/nephrology/programs-centers/obesity-hypertension-clinic/_documents/eating-right-wake-up-benefits-breakfast2.pdf. Accessed on November 7, 2022.
  3. Why You Should Eat Breakfast. https://www.rush.edu/news/why-you-should-eat-breakfast. Accessed on November 7, 2022.
  4. Nutrition Facts: Wheat flour, white, all-purpose, self-rising, enriched, 1 cup. https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=76&contentid=20082-1. Accessed on November 7, 2022.
  5. Egg Nutrition. https://www.australianeggs.org.au/nutrition. Accessed on November 7, 2022.

Versi Terbaru

07/12/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Tiada Idea Nak Bagi Anak Makan Apa? Ibu Ayah, Jom Cuba Resepi Mashed Potato!

5 Manfaat Durian Untuk Badan, BONUS: Cuba Resepi Serawa Durian Paling Sedap Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan