Kemudian, tambah kuning telur perlahan-lahan ke dalam telur putih. Gaul perlahan-lahan sehingga ia sebati.
Langkah 3: Pilih cara memasak telur dadar
Cara memasak terpulang kepada anda. Anda boleh goreng telur di dalam kuali nonstick.
Tutup kuali dan masak selama 5 minit atau sehingga bahagian atas masak sepenuhnya. Anda juga boleh tambahkan parutan keju. Barulah sedap!
Anda boleh lipat dua atau terbalikkan telur tersebut semasa masak. Namun, jika anda sukakan atasnya berwarna putih dan sedikit lembut, anda boleh biarkannya begitu sahaja.
Selain itu, anda juga boleh sediakan telur dadar menggunakan oven. Masak selama 2-4 minit dalam mod panggang (broil).
Nak tambah perasa? Letakkan beberapa sudu mentega sebelum goreng. Anda pasti dapat merasai perbezaannya. Senang bukan!
Tambah perasa sendiri!

Telur yang gebu merupakan satu hidangan yang sangat versatil. Anda boleh tambah macam-macam bahan mengikut kegemaran anak.
Nak tambah sayur? Boleh, tiada masalah! Tambahkan sahaja hirisan bayam. Anda juga boleh letakkan keju, herba atau sos pedas untuk buatkan omelet anda bertambah sedap!
Walau bagaimanapun, elakkan menambah daging ke dalam telur jika anda inginkan hasil yang gebu. Daging akan buatkan telur tidak dapat kembang dengan sempurna. Jadi, pastikan anda masak secara berasingan.
Selepas ini, anda tidak perlu takut sekiranya anak memilih dan perengus pada waktu makan. Dengan adanya omelet gebu ini, anak pasti tak sabar-sabar untuk menghabiskan makanan depan mata!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen