Anda boleh mencuba jus sayuran seperti jus tomato atau jus saderi. Anda juga boleh mencampurkan beberapa jenis sayuran untuk dijadikan satu jus campuran yang berkhasiat.
Sebagai contoh, kisarkan bersama batang saderi, timun dan juga daun pudina atau buah beri bagi mendapatkan satu cawan jus tinggi vitamin dan mineral.
Namun, cuba kurangkan kandungan buah-buahan kerana ia akan menambahkan kandungan gula dan karbohidrat dalam minuman anda.
Minuman untuk diabetes 4: Susu vegan
Susu vegan tidak sama dengan susu lembu atau mana-mana susu haiwan yang biasa kita minum.
Antara contoh susu vegan ialah seperti susu badam, susu oat, susu soya atau susu beras.
Susu vegan seperti ini lebih rendah kandungan karbohidrat berbanding susu haiwan.
Susu vegan juga mengandungi beberapa nutrien penting untuk kesihatan tubuh penghidap diabetes seperti kalsium dan juga vitamin D.
Disebabkan oleh nutrien dan ciri penting seperti ini, tidak hairanlah susu vegan menjadi antara minuman untuk kencing manis.
Walau bagaimanapun, susu seperti susu soya dan juga susu beras mengandungi kandungan karbohidrat yang agak tinggi.
Bukan itu sahaja, kebanyakan susu yang berasaskan kekacang mengandungi kandungan protein yang agak sedikit.
Oleh itu, cuba seimbangkan pengambilan protein harian anda melalui makanan pula.
Minuman untuk diabetes 5: Kombucha

Kombucha merupakan antara jenis minuman untuk kencing manis yang sesuai diminum penghidap diabetes.
Bagi mereka yang belum mengetahui mengenai minuman ini, kombucha merupakan sejenis minuman bertapai yang biasa dihasikan daripada teh hijau atau teh hitam sebagai asasnya.
Minuman ini kaya dengan sumber probiotik yang boleh membantu mengawal paras gula darah anda.
Selain itu, minuman ini juga rendah kandungan karbohidrat, menjadikan ia sebagai satu minuman yang amat sesuai untuk penghidap diabetes.
Kesimpulan
Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi jenis minuman yang sesuai untuk pesakit kencing manis.
Selagi mana minuman tersebut rendah kandungan gula dan kurang karbohidrat, ia masih selamat untuk diminum.
Namun, apa pun jenis minuman yang diambil, pastikan anda meminumnya dengan kadar yang sederhana sahaja.
Apa pun makanan atau minuman yang sihat, ia pasti akan memberikan beberapa kesan sampingan lain jika diambil secara berlebihan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen