backup og meta

7 Mudarat Meninggalkan Sarapan Pagi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    7 Mudarat Meninggalkan Sarapan Pagi

    Sarapan pagi merupakan waktu makan yang penting kerana ia merupakan sajian utama yang akan anda ambil sebagai bekalan tenaga untuk sepanjang hari. Pun begitu, kebanyakan individu masih tidak sedar akan kepentingan sarapan. Mereka selalu menggunakan alasan seperti mengejar masa untuk ke pejabat atau ke sekolah untuk menolak sarapan. Mereka mungkin tidak tahu perbuatan ini akan mengundang mudarat buat mereka. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 7 mudarat meninggalkan sarapan pagi

    #1. Emosi terganggu

    Jika anda terlihat seseorang individu itu seperti monyok sahaja di pagi hari, dia mungkin terlepas waktu sarapan. Ya, meninggalkan sarapan sememangnya akan mendatangkan kesan kepada emosi individu. Ia mungkin disebabkan oleh perasaan lapar dan dahaga yang terpaksa ditahan sehingga waktu makan yang seterusnya.

    #2. Tekanan

    Selain emosi terganggu, individu yang meninggalkan sarapan juga cenderung mengalami tekanan pada tubuh badannya. Bayangkan, badan anda terpaksa bekerja bermula pada pagi hari tanpa mendapatkan sebarang tenaga? Ya, ia memang boleh mendatangkan tekanan kepada badan anda yang kemudiannya akan memberi kesan kepada produktiviti kerja anda.

    #3. Lemah sistem imun badan

    Tidak mengambil sarapan juga akan mendatangkan kesan kepada sistem imun badan kita dan menjadikannya lebih lemah daripada biasa. Ini kerana sistem imun tidak mampu mendapatkan sumber tenaga daripada makanan yang secukupnya pada waktu pagi. Kesannya, badan anda akan menjadi lemah akibat tidak mendapat nutrisi secukupnya lalu meningkatkan risiko menghidapi pelbagai masalah kesihatan yang lain.

    #4. Masalah usus & sistem penghadaman

    Perbuatan meninggalkan sarapan juga akan menyebabkan seseorang individu itu mengidam makanan segera atau makanan ringan lalu memakannya sebagai ganti untuk sarapan. Ia sangat berbahaya kerana makanan jenis ini tidak langsung mempunyai nutrien dan mampu merosakkan usus dan sistem penghadaman.

    #5. Risiko obesiti meningkat

    Menurut kajian, individu yang meninggalkan sarapan akan makan lebih banyak pada waktu makan yang seterusnya berbanding individu yang mengambil sarapan. Ini menyebabkan mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami obesiti.

    #6. Risiko penyakit meningkat

    Selain obesiti, perbuatan meninggalkan sarapan juga akan meningkat risiko pelbagai penyakit lain seperti diabetes, hipoglikemia, sakit jantung, hipertensi, gangguan metabolisme dan gangguan kitaran haid bagi wanita. Ini adalah disebabkan ketidakseimbangan gula dalam darah, tekanan dan lain-lain.

    #7. Nafas berbau

    Apabila anda bangun pada waktu pagi, bau nafas sememangnya sudah tidak menyenangkan. Jika anda meninggalkan sarapan pagi pula, nafas akan lebih berbau. Ia disebabkan anda tidak mengambil apa-apa makanan untuk meneutralisasikan bau nafas anda. Ini sangat ditakuti dan perlu dielakkan terutamanya bagi golongan individu yang bekerja di pejabat.

    Hakikatnya, sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang paling penting buat individu. Meninggalkannya secara sengaja atau tanpa sengaja pula akan mendatangkan pelbagai mudarat kepada kita. Oleh itu, setiap kali bangun pada waktu, sarapan adalah perkara terawal yang perlu anda cari terlebih dahulu.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan