backup og meta

Keliru Nak Pilih Jenis Roti yang Mana? Ikuti Panduan Ini

Keliru Nak Pilih Jenis Roti yang Mana? Ikuti Panduan Ini

Walaupun nasi adalah makanan ruji atau pilihan makanan utama penduduk di Malaysia, roti juga bukanlah sejenis makanan yang jarang dimakan. Terdapat pelbagai jenis roti yang boleh dipilih di pasar raya atau kedai roti berdekatan anda.

Ia mungkin boleh dikatakan makanan ruji kedua selepas nasi dan diambil setiap hari ketika sarapan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Roti juga merupakan pilihan makanan yang sesuai untuk sarapan disebabkan sifatnya yang lebih ringan berbanding nasi dan mudah untuk disediakan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Jenis roti yang mungkin anda keliru sebelum ini

Jika anda ke pasar raya, anda akan mudah menjumpai rak-rak roti dengan pelbagai pilihan roti.

Seperti penulis, kadangkala jenis yang ingin dipilih juga boleh memeningkan kepala.

Membelek-belek bungkusan roti berulang kali adalah perkara biasa ketika memilih roti yang diinginkan.

Jika anda mengalami masalah yang sama, ikuti panduan jenis roti di bawah yang mungkin boleh membantu anda selepas ini.

#1. Roti gandum penuh (wholemeal bread)

jenis roti

Roti ini juga dikenali dengan nama ‘whole-wheat bread’. Ia diperbuat daripada tepung gandum yang mana ia mengandungi 100% ekstrak bijian gandum.

Pilihan roti ini adalah lebih sihat disebabkan oleh kandungan nutrisinya yang lebih tinggi.

#2. Roti putih (white bread)

jenis roti

Roti ini adalah jenis roti yang biasa dibeli oleh ramai pengguna.

Roti putih diperbuat daripada tepung roti atau tepung pelbagai guna, oleh sebab itu ia mempunyai tekstur yang lebih halus dan mudah untuk dipotong. 

Walau bagaimanapun, roti jenis ini tidak disarankan kepada golongan yang menghidap diabetes mellitus.

#3. Roti pelbagai bijirin (multigrain bread)

jenis roti

Untuk menghasilkan roti jenis ini, pelbagai jenis tepung akan digunakan.

Antara jenis tepung yang sering digunakan ialah tepung gandum penuh, tepung pelbagai guna, dan tepung rai.

Sesetengah bijirin penuh juga biasa ditambah ke dalam adunan tepung untuk menjadikannya lebih enak dan bernutrisi.

#4. Roti sourdough

jenis roti

Ia biasa tidak dijual dalam bentuk yang sudah dipotong, tetapi dalam bentuk sebuku roti yang besar.

Ia adalah sejenis roti beragi atau beryis yang dihasilkan daripada campuran tepung dan air yang ditapai.

Roti ini mempunyai kerak roti yang besar dengan bahagian tengah roti yang agak kenyal. Ia boleh disimpan dalam jangka waktu yang lama.

#5. Roti rai (rye bread)

jenis roti

Ia adalah roti yang berasal dari Eropah dan terbuat daripada tepung rai atau campuran antara tepung rai dan tepung gandum.

Ia adalah roti gandum penuh yang mempunyai warna sedikit gelap dan rasa yang kuat. 

Kesimpulan berkenaan jenis roti

Jika anda masih pening untuk memilih roti di pasar raya, buat sahaja roti sendiri di rumah. Resepi roti bukanlah satu resepi yang sukar.

Campurkan sahaja jenis tepung pilihan anda, air, garam, sedikit lemak tambahan jika mahu dan yis atau baking soda.

Tambahkan kekacang atau bijian seperti oat dan bijan untuk menaikkan rasa roti.

Silap haribulan, anda boleh mencipta jenis dan rasa roti anda sendiri dan seterusnya boleh dijual.

Jika anda cuba menjual roti buatan anda secara kecil-kecilan, mungkin akan ada peminatnya yang tersendiri secara perlahan-lahan.

Paling penting, jangan sesekali berputus asa dalam mencipta resepi roti yang terbaik untuk dimakan oleh keluarga anda.

Untuk jualan juga, pastikan roti yang dijual juga berkualiti tinggi dengan penggunaan bahan atau ramuan yang terbaik agar rasa dan teksturnya kekal terpelihara.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

An A-Z of breads from around the world. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/nutrition/cooking-skills/dough/a-to-z-of-breads. Accessed on October 24, 2019.

Bread. https://en.citizendium.org/wiki/Bread. Accessed on October 24, 2019.

How 30 Types of Bread Are Made. https://howlongtocook.org/tips/how-30-types-bread-made. Accessed on October 24, 2019.

BREAD ART. https://www.exploratorium.edu/cooking/bread/links.html. Accessed on October 24, 2019.

Bread: A nutritious staple. https://www.eufic.org/en/healthy-living/article/bread-a-nutritious-staple. Accessed on October 24, 2019.

Versi Terbaru

28/07/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Susah Nak Tidur Malam? Mungkin Ia Kerana Roti Putih Yang Anda Makan Tadi!

Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin, Yang Mana Satu Lebih Sihat?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan