backup og meta

Kenapa Perlu Membeli Secara Panik? Cari 7 Barang Penting Ini Sahaja Ketika PKPB!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/11/2020

    Kenapa Perlu Membeli Secara Panik? Cari 7 Barang Penting Ini Sahaja Ketika PKPB!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Ketika lockdown, pastinya terdapat beberapa senarai keperluan barangan semasa COVID-19 yang perlu ada di dalam rumah.

    Ada juga langkah pencegahan COVID-19 ketika membeli-belah yang perlu anda ikuti.

    Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Mengehadkan pergerakan di ambang COVID-19

    Sebelum Kerajaan Malaysia membuat pengumuman tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada ura-ura kononnya pengisytiharan lockdown.

    Penularan berita yang tiada kesahihan itu, menyebabkan ramai individu awam keluar membuat pembelian panik.

    Maka adalah barangan yang sebenarnya tidak menjadi keperluan pun turut dicapai dan dibeli.

    Pembelian paniklah katakan. Pada akhirnya, ia adalah 1 pembaziran apabila tidak digunakan pun.

    Artikel berkaitan:

    Apakah senarai keperluan ketika COVID-19?

    Barang keperluan yang perlu ketika menjalani PKP sudah tentu meliputi barangan kegunaan harian bagi seisi rumah sepanjang tempoh kawalan berlangsung.

    Ini termasuklah barangan keperluan binatang peliharaan (jika ada).

    Selalunya apabila melakukan pembelian panik, barangan yang tidak pernah dibeli atau digunakan, turut dicapai. Akhirnya berlakulah pembaziran.

    Sebab itu anda perlu tahu apakah senarai keperluan ketika COVID-19 yang harus anda ada dan sediakan untuk keperluan isi rumah sepanjang PKP.

    Berikut adalah 7 barangan yang diperlukan:

    1. Makanan kering, dalam tin

    Pastinya keperluan utama adalah makanan. Menyediakan stok makanan yang mencukupi mengikut jumlah ahli keluarga adalah sangat penting .

    Makanan kering seperti beras, pasta atau oat merupakan antara makanan asas yang harus ada dalam stok.

    Makanan dalam tin seperti sos pasta, tuna atau sardin juga boleh dijadikan stok makanan. 

    Tetapi pastikan anda menyemak tarikh luput dan jangan lupa untuk sediakan juga alat pembuka tin makanan. Comfort food seperti kopi dan coklat juga perlu disediakan. 

    Ia bukanlah keperluan. Tetapi makanan seperti itu dapat membantu menenangkan mental dan moral sepanjang PKP. 

    senarai-keperluan-ketika-covid-19

    Senarai barangan makanan lain yang boleh dibeli:

    • Makanan protein dan serat tinggi seperti cereal
    • Buah-buahan dan sayuran
    • Sapuan roti – mentega kacang, coklat dan sebagainya
    • Buah-buahan kering, buah-buahan dalam tin
    • Produk tenusu seperti susu kotak, keju
    1. Penjagaan kebersihan diri

    Jangan hanya fikirkan tentang makanan sahaja.

    Sebaliknya produk penjagaan kebersihan diri seperti sabun, gel pembersih tangan, tisu, pad dan lampin pakai buang (jika mempunyai anak kecil), juga termasuk dalam senarai keperluan ketika COVID-19.

    Pastikan juga anda membeli produk penjagaan rumah seperti produk pencuci dan semburan pembasmi kuman.

    Kenapa? Sudah tentu selain untuk menjaga kebersihan rumah, ia sebagai 1 langkah pencegahan COVID-19.

    langkah pencegahan covid-19

    1. Ubatan dan bekalan perubatan

    Untuk tempoh PKP, anda disarankan untuk menyediakan keperluan perubatan bagi tempoh 30 hari.

    Periksa jumlah ubatan anda mahupun ahli keluarga agar mencukupi sepanjang kawalan pergerakan berlangsung. 

    Sesetengah ubatan mungkin memerlukan pengesahan doktor, maka dapatkan bantuan doktor untuk memudahkan urusan anda.

    Sediakan juga bekalan perubatan lain seperti bateri bagi alat bantuan pendengaran, syringes, cecair pencuci kanta lekap, ubatan seperti ubat batuk, ubat tahan sakit dan sebagainya.

    1. Bantuan kecemasan

    Perkara yang sering kita terlepas pandang.

    Kit bantuan kecemasan antara barangan yang perlu disediakan. Kit ini diperlukan sekiranya terjadi sebarang kecederaan ringan seperti terluka, calar, bengkak, terseliuh dan sebagainya.

    Pastikan kit bantuan kecemasan anda mengandungi barangan seperti salap antibiotik, pembalut luka, termometer dan gunting.

    1. Air

    Jika kawasan kediaman sering berdepan isu ketiadaan air, maka anda perlu menyediakan stok bekalan air. Ia sama ada untuk keperluan minum atau kebersihan diri yang lain. 

    Paling tidak sediakan air botol minuman yang secukupnya. Baik sediakan payung sebelum hujan, bukan?

    Artikel berkaitan:

    1. Salinan rekod perubatan

    Ketika berdepan dengan situasi pandemik, anda disarankan untuk mendapatkan salinan rekod perubatan daripada doktor, hospital atau farmasi. Ia antara senarai keperluan ketika COVID-19 yang sering terlepas pandang. 

    1. Kesihatan mental

    Sesetengah individu berasakan tempoh PKP adalah masa untuk melayan drama dan filem kegemaran. Ada juga yang memilih untuk membaca buku.

    Tidak kira apa pilihan anda, pastikan kesihatan mental menjadi antara perkara yang dititikberatkan. Mustahil untuk anda menghadap telefon dan gajet 24 jam sehari. 

    Sediakan permainan kegemaran seperti board games atau card games, pasti menyeronokkan anak-anak. Sekurangnya-kurangnya ia dapat  mengeratkan ikatan bersama keluarga.

    Jadi, bersamalah kita mencegah penularan virus ini dengan mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 ketika di luar rumah okay!

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/11/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan