backup og meta

Ini 8 Tip Yang Anda Boleh Ikut Jika Mahu Elak Obesiti Dengan Berkesan!

Ini 8 Tip Yang Anda Boleh Ikut Jika Mahu Elak Obesiti Dengan Berkesan!

Ramai daripada kita sering tercari-cari tips kuruskan badan apabila tubuh sudah mula berisi. Bagi anda yang masih tidak tahu apakah caranya, ini tips untuk kurus dan juga rawatan yang boleh anda cuba. 

Tips kuruskan badan: Ini cara mengelakkan obesiti

Terdapat empat fokus utama yang perlu anda berikan perhatian apabila ingin menguruskan badan dengan komited.

Empat fokus tersebut ialah diet atau pemakanan, senaman, pengurusan stres dan juga kualiti tidur. 

Tips kuruskan badan 1: Diet dan pemakanan yang bersesuaian

Untuk mengelakkan masalah obesiti daripada berlaku, anda boleh mengikuti pelan diet seperti berikut:

Tips kuruskan badan 2: Bersenam

Kebanyakan saranan di peringkat antarabangsa menyarankan agar individu dewasa meluangkan masa selama 150 minit seminggu dengan bersenam atau bersukan.

Ini bermakna, kita perlu bersenam atau melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari selama lima hari seminggu. 

Tips kuruskan badan 3: Pengurusan stres atau relaks

tips kuruskan badan

Tekanan atau stres yang kronik juga boleh meningkatkan tahap hormon stres kortisol dan membawa kepada kenaikan berat badan.

Kesannya, ia boleh menyebabkan diri kita memilih makanan yang tidak sihat memandangkan kortisol dan hormon stres lain dapat meningkatkan keinginan kita kepada karbohidrat.

Hormon ini juga menyukarkan kita untuk menggunakan pertimbangan dan juga kemahuan yang betul serta tepat.

Tips kuruskan badan 4: Kualiti tidur

Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat mengesyorkan antara tujuh atau lebih waktu tidur untuk individu dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Bagi individu yang lebih muda pula, mereka digalakkan untuk mendapatkan waktu tidur lebih daripada saranan tersebut.

Kajian terhadap 3500 individu dewasa menunjukkan bahawa, tidur lewat setiap hari bagi mereka yang bekerja telah dikaitkan dengan peningkatan nilai BMI.

Kajian ini jelas membuktikan bahawa tidur yang tidak mencukupi boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan secara tidak langsung.

Ini pula kaedah rawatan yang tersedia bagi merawat obesiti

Bagi mereka yang sedang mengalami masalah obesiti, ada beberapa cara dan juga kaedah rawatan bagi mengatasi masalah tersebut. Berikut ialah penerangannya:

Tips untuk kurus 1: Penglibatan pelbagai pihak untuk menurunkan berat badan

Bagi mereka yang mempunyai obesiti morbid, mereka mungkin memerlukan beberapa pakar untuk membantu menurunkan berat badan.

Inilah yang disebut sebagai kumpulan multidisiplin.

Pasukan multidisiplin ini mungkin merangkumi doktor dengan kepakaran dalam farmakoterapi, jururawat, pakar pemakanan, ahli fisiologi senaman, dan pakar psikologi.

Kumpulan ini dapat menyediakan program penurunan berat badan komprehensif yang menggabungkan intervensi paling berkesan daripada setiap disiplin.

Tips untuk kurus 2: Diet, aktiviti dan gaya hidup

Perubahan diet sememangnya amat penting jika anda merancang untuk menurunkan berat badan dengan berkesan.

Antara yang perlu dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan kalori harian, menukar saiz hidangan kepada saiz yang lebih kecil, pilih makanan sihat dan elakkan jenis makanan penyebab kegemukan.

Selain itu, anda juga perlu banyak melakukan senaman atau bersukan.

Bersukan atau bersenam boleh membantu tubuh badan anda untuk membakar lebih lemak dan juga kalori.

Selain itu juga, anda perlu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan juga aktif.

Jika sebelum ini anda banyak berehat dan hanya duduk di rumah, keluarlah dan banyakkan bergerak seperti berjalan laju atau mengemas halaman rumah. 

Tips untuk kurus 3: Pengambilan ubat-ubatan preskripsi

tips kuruskan badan

Perlu diingatkan bahawa ubat kuruskan badan bertujuan untuk digunakan bersama dengan diet, senaman dan perubahan gaya hidup.

Tujuan utama ubat-ubatan penurunan berat badan ini ialah untuk membantu anda mengikuti diet rendah kalori dengan mengurangkan rasa lapar. 

Doktor mungkin akan mengesyorkan ubat penurunan berat badan jika program diet dan senaman lain tidak berkesan terhadap diri anda ketika ingin turunkan berat badan. 

Tips kuruskan badan 4: Pembedahan

Bagi sesetengah individu, pembedahan bariatrik mungkin pilihan terbaik.

Pembedahan bariatrik ini akan mengehadkan jumlah makanan atau mengurangkan penyerapan makanan dan kalori.

Kaedah ini mungkin dipertimbangkan jika anda telah mencuba cara lain untuk menurunkan berat badan namun tidak berkesan.

Selain itu, ia juga boleh dipertimbangkan jika anda memiliki ciri-ciri berikut:

  • Anda mempunyai obesiti yang melampau (BMI 40 atau lebih tinggi)
  • BMI anda antara 35 hingga 39.9, dan mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan berat badan, seperti diabetes atau tekanan darah tinggi
  • Anda komited untuk membuat perubahan gaya hidup yang diperlukan agar pembedahan dapat dijalankan

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/obesity/diagnosis-treatment/drc-2037574

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11209-weight-control-and-obesity#management-and-treatment

https://wexnermedical.osu.edu/blog/overweight-but-healthy

https://www.cdc.gov/obesity/strategies/index.html

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5687103/

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini 13 Tanda Utama Untuk Tahu Jika Anda Alami Obesiti Atau Tidak. Semak Di Sini Sekarang!

Membimbangkan, Kajian Kata Obesiti Boleh Sebabkan 13 Jenis Penyakit Kanser Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan