backup og meta

Peliknya, Berat Badan Naik Tanpa Sebab? Mungkin 7 Penyakit Ini Puncanya!

Sebab berat badan naik bukan sekadar isu penampilan, tetapi juga petanda bahawa tubuh sedang mengalami ketidakseimbangan. Daripada corak pemakanan yang tidak teratur hingga tekanan emosi, terdapat banyak faktor tersembunyi yang menyumbang kepada peningkatan berat badan tanpa disedari.

Peliknya, Berat Badan Naik Tanpa Sebab? Mungkin 7 Penyakit Ini Puncanya!

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebab berat badan naik lain mungkin kerana penyakit tertentu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Di bawah, kami senaraikan beberapa kondisi atau penyakit yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan dengan mendadak.

Apa penyebab berat badan naik ? Ada 7 sebab yang anda perlu tahu! 

1. Masalah tiroid

Masalah tiroid yang tidak aktif atau hipotiroidisme merupakan satu penyakit yang berlaku apabila kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon yang mencukupi.

Hormon penyebab berat badan naik kerana hormon tiroid memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal metabolisme badan.

Apabila hormon yang dirembeskan tidak mencukupi, metabolisme badan akan menjadi perlahan.

Oleh sebab itu, pesakit akan mula mengalami simptom-simptom hipotiroidisme seperti suhu badan yang rendah, anemia, kegagalan jantung dan sering rasa keliru.

Hipotiroidisme juga boleh menyebabkan pesakit koma. Malah, masalah tiroid yang serius juga boleh membawa maut.

Pada masa yang sama, sistem metabolisme badan yang perlahan juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Jadi, tidak hairanlah jika pesakit mengalami peningkatan berat badan yang mendadak.

Masalah tiroid merupakan satu kondisi yang boleh dirawat. Ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan serta pemeriksaan berkala dengan doktor.

2. Pengambilan ubat kencing manis mungkin sebab berat badan naik

sebab berat badan naik
Ubat kencing manis antara punca berat badan naik mendadak. 

Ramai pesakit diabetes mempunyai masalah untuk mengekalkan berat badan masing-masing ketika mengambil insulin.

Manakan tidak, peningkatan berat badan sebenarnya merupakan salah satu kesan sampingan pengambilan ubat kencing manis.

Malah, individu yang sudah lama menghidap diabetes sudah terbiasa mengambil lebih banyak kalori setiap hari untuk mengelakkan tahap gula dalam darah menurun.

Sebab itulah, pesakit diabetes yang mengambil insulin mudah mengalami peningkatan berat badan.

3. Sebab berat badan naik kerana peningkatan usia

Apabila kita semakin berusia, kita akan mula kehilangan banyak jisim otot. Selalunya, keadaan ini berlaku kerana kita tidak lagi aktif bergerak dan kurang bersenam.

Otot manusia dapat membakar kalori dengan sangat efektif. Oleh sebab itu, kehilangan jisim otot akan membuatkan badan kita membakar kalori dalam jumlah yang lebih sedikit.

Tambah lagi, jika kita makan dan minum seperti biasa, berat badan kita akan mulai bertambah.

Untuk mengelakkan masalah ini, kita perlulah kekal aktif dan lakukan senaman khas yang boleh menguatkan otot.

4. Sedang mengambil ubat steroid

Steroid, yang turut dikenali sebagai kortikosteroid digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit, termasuklah asma dan arthritis.

Penggunaan kortikosteroid dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan selera makan dan menjadi sebab berat badan naik.

Semakin tinggi dos yang diambil, semakin banyaklah peningkatan berat badan pesakit.

Manakan tidak, pengambilan steroid akan menyebabkan rasa lapar kerana kortikosteroid mempengaruhi bahagian otak yang mengawal selera makan dan juga rasa lapar.

Oleh sebab itu, individu yang mengambil kortikosteroid perlu lebih berhati-hati dalam pemakanan.

Selain itu, jangan berhenti mengambil ubat separuh jalan kerana masalah berat badan naik. 

Tindakan ini mungkin akan menimbulkan masalah pada masa hadapan. Berbincanglah dengan doktor sebelum melakukan apa-apa keputusan.

5. Kenaikan berat badan disebabkan sindrom Cushing 

Sindrom Cushing merupakan satu kondisi yang amat jarang berlaku. Penyakit ini hanya terjadi pada 1 dalam 50,000 orang dan berlaku disebabkan hormon kortisol yang tinggi.

Sindrom ini berpunca disebabkan rawatan steroid jangka panjang atau kerana pembentukan tumor.

Peningkatan berat badan merupakan simptom lazim Sindrom Cushing. 

Malah, pesakit sindrom ini juga sering mengalami penambahan berat badan pada kawasan dada, muka dan juga perut.

Bergantung pada puncanya, rawatan untuk sindrom ini sama ada menghentikan penggunaan steroid atau melakukan pembedahan untuk membuang tumor.

Sebab berat badan naik #6. Tekanan perasaan dan mood yang tidak baik

sebab berat badan naik
Tekanan perasaan juga boleh menjadi sebab berat badan naik mendadak. 

Setiap orang mempunyai respons yang tersendiri terhadap stres, keresahan dan juga depresi. 

Ada orang yang akan hilang berat badan dan ada juga yang akan mengalami penambahan berat badan.

Walau bagaimanapun, peningkatan berat badan disebabkan depresi boleh mendatangkan bahaya yang lebih besar. Ia boleh membuatkan pesakit terjerumus ke dalam kitaran depresi yang teruk.

Manakan tidak, penambahan berat badan yang berlaku ketika seseorang itu menghidap depresi boleh menyebabkan individu itu semakin tertekan dengan imej diri.

Jika suka makan mengikut emosi, anda perlu mencari alternatif lain untuk mengawal masalah ini. 

Sebagai contoh, cari aktiviti lain yang boleh mengalih perhatian anda seperti keluar dengan kawan, mandi lama-lama atau berjalan di pusat membeli belah.

7. Rasa penat dan letih

Kajian menunjukkan, orang yang tidur kurang 7 jam sehari lebih berisiko untuk mengalami kenaikan berat badan berbanding mereka yang tidur 9 jam atau lebih.

Puncanya masih belum diketahui, namun orang yang tidak cukup tidur selalunya mempunyai tahap leptin yang rendah. Leptin merupakan sejenis bahan kimia atau hormon yang menyebabkan kita rasa kenyang.

Pada masa yang sama, mereka juga mempunyai tahap ghrelin yang tinggi. Hormon ghrelin pula bertindak membuatkan kita rasa lapar.

Jika anda sering penat dan selalu mengambil makanan yang tinggi kalori untuk kekal aktif sepanjang hari, berat badan akan naik secara mendadak, lebih-lebih lagi jika anda jarang bersenam.

Oleh sebab itu, pastikan anda tidur dengan mencukupi. 

Kurang tidur bukan sahaja boleh menjadi sebab berat badan naik, ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti stres, kegelisahan dan juga depresi jika tidak dibendung.

sebab berat badan naik
Cara makan dengan lebih sihat di mamak. 

Ada banyak sebab berat badan naik

Obesiti bukan sekadar isu berat badan, tetapi berkait rapat dengan masalah kesihatan dan tabiat harian.

Sokongan profesional daripada doktor di klinik atau hospital boleh membantu anda mencapai berat badan yang lebih sihat.

Klik di sini untuk memulakan konsultasi bersama doktor di klinik atau hospital berhampiran anda.

Jika anda tidak tergolong di dalam kategori ini dan ingin dapatkan nilai BMI, anda boleh mencuba Kalkulator Indeks Jisim Berat yang kami sediakan ini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cushing’s Syndrome. https://www.niddk.nih.gov/health-information/endocrine-diseases/cushings-syndrome. Accessed December 30, 2021.
  2. Cushing syndrome – Symptoms and causes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cushing-syndrome/symptoms-causes/syc-20351310. Accessed December 30, 2021.
  3. Hypothyroidism: Symptoms, Causes, Treatment & Medication. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12120-hypothyroidism. Accessed December 30, 2021.
  4. 9 medical reasons for putting on weight. https://www.ridgmountpractice.nhs.uk/syndication/live-well/healthy-weight/nine-medical-reasons-for-putting-on-weight. Accessed December 30, 2021.
  5. 9 medical reasons for putting on weight. https://www.ridgmountpractice.nhs.uk/syndication/live-well/healthy-weight/nine-medical-reasons-for-putting-on-weight. Accessed December 30, 2021.
  6. Why lack of sleep is bad for your health. https://www.nhs.uk/live-well/sleep-and-tiredness/why-lack-of-sleep-is-bad-for-your-health/. Accessed December 30, 2021.

Versi Terbaru

13/01/2026

Ditulis oleh Nurul Aishah Jamaludin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Berat Naik Mendadak Ketika Hamil & Doktor Suruh Kurangkannya? Apa Kata Cuba Cara Ini

AWAS, Jangan Ambil Berlebihan 5 Jenis Buah-Buahan Ini, Boleh Buat Berat NAIK!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Aishah Jamaludin · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan