Sebenarnya, ada banyak cara bagi membantu anda mendapat lebih banyak tenaga, dan antara yang paling popular adalah dengan mengambil minuman untuk tenaga.
Mungkin ramai orang yang cenderung memilih minuman bertenaga ini sebagai alternatif ekoran ia boleh dibeli dengan mudah, murah serta dijamin akan berkesan.
Persoalannya, apakah antara contoh minuman untuk tenaga terbaik yang perlu dibeli oleh anda? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!
Apa yang ada di dalam minuman bertenaga?
Minuman untuk tenaga telah lama dipasarkan serta diiklankan sebagai produk yang boleh menambah kewaspadaan serta meningkatkan prestasi fizikal dan mental.
Seperti mana yang telah diuar-uarkan, memang benar minuman untuk tenaga ini adalah sesuai dengan namanya kerana ia memang mampu memberi tenaga.
Dari manakah datangnya tenaga ini? Jawapannya tentu sekali adalah daripada kandungan di dalamnya!
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan minuman bertenaga mempunyai kandungan berikut:
- Ephedrin: Ia adalah bahan sama digunakan dalam produk menurunkan berat badan dan berfungsi sebagai perangsang sistem saraf pusat
- Taurin: Ia adalah asid amino semula jadi yang berfungsi membantu mengawal degupan organ jantung serta kontraksi pada otot badan
- Kreatin: Ia adalah asid organik yang berfungsi membantu memberi tenaga untuk otot badan
- Kafein: Ia adalah bahan sama digunakan dalam teh dan kopi untuk mengelak mengantuk
- Inositol: Ia adalah kandungan kompleks vitamin yang membantu melancarkan isyarat sel badan
- Vitamin B: Ia adalah jenis vitamin yang boleh menukar gula kepada tenaga dan meningkatkan nada otot
- Ginseng: Ia boleh membantu mengurangkan keletihan dan meningkatkan kecergasan
- Ginkgo Biloba: Ia diekstrak daripada biji pokok ginkgo biloba untuk menguatkan memori
Namun setiap produk itu pastinya berbeza dan pilihan untuk memilih minuman bertenaga spesifik adalah hak masing-masing. Jadi, sila pilih yang terbaik.
Apa manfaat minuman bertenaga ini?
Selain daripada memberi tenaga kepada tubuh badan anda, terdapat beberapa lagi manfaat minuman untuk tenaga ini jika diambil termasuklah:
#1. Memberikan kecergasan
Minuman ini mampu membantu menghalang fungsi adenosine receptors yang wujud di dalam otak dan akan membuat tubuh badan hilang letih dan lebih segar.
#2. Melegakan kesakitan
Minuman ini mampu membantu mengurangkan persepsi rasa sakit di dalam otak selain mengurangkan radang atau rengsa yang berlaku pada tubuh badan.
#3. Meningkatkan ketahanan
Minuman ini mampu membantu tubuh badan menggunakan glycogen sepenuhnya oleh otot badan sebelum keletihan atau kelesuan itu muncul.
#4. Menyelesaikan masalah neurologi
Minuman ini boleh membantu mencegah atau mengelak penyakit berkaitan neurologi seperti Alzheimer, Parkinson serta kecelaruan hiperaktiviti yang lain.
Secara keseluruhannya, minuman untuk tenaga ini memang bagus bagi tujuan tersebut serta ada banyak lagi manfaat yang hadir bersamanya.
Apa mudarat minuman bertenaga ini?
Seperti mana produk lain juga, minuman untuk tenaga turut hadir dengan pro dan kontra yang mungkin tidak akan dapat dielakkan oleh penggemar minuman ini.
Pertama sekali, ia mungkin tidak mengandungi sebarang khasiat dari aspek nutrisi serta menyebabkan ketagihan jika diambil tanpa kawalan dan berlebihan.
Australian Poison Center juga telah menyenaraikan beberapa kesan sampingan minuman untuk tenaga ini seperti ketagihan, kegelisahan, termor, jantung laju, sakit dada, masalah pernafasan dan lain-lain.
Kajian sama turut menunjukkan bahawa pengamal minuman ini cenderung untuk melakukan perilaku berbahaya, penyalahgunaan dadah, pengamalan seks bebas serta pengambilan risiko yang tidak perlu.
Tambahan pula, ia turut mengandungi kandungan gula yang tinggi daripada monosaccharides yang menyerupai glukosa, fruktosa, sukrosa dan laktosa yang boleh jadi punca obesiti dan diabetes.
Disebabkan itu, adalah wajar untuk kita semua lebih bijak dalam memilih minuman untuk tenaga yang terbaik agar ia dapat diamalkan serta digunakan dengan rasa selamat dan tanpa was-was.
Minuman untuk tenaga yang terbaik!
Dalam usaha memilih minuman bertenaga yang terbaik, terdapat beberapa tip yang kalian perlu tahu sebelum membeli dan mengambil minuman ini dengan berpandukan:
- Sila pilih minuman bertenaga tanpa gula atau kurang gula (kurang daripada 10 gram setiap sajian 8 auns minuman ini).
- Sila pilih minuman bertenaga dengan kandungan kalori yang ideal (terlalu banyak akan membawa kepada masalah berat badan).
- Sila pilih minuman bertenaga dengan kafein yang terhad (had yang disarankan adalah tidak lebih 400 miligram).
- Sila pilih minuman bertenaga dengan vitamin B yang ideal (terlalu banyak mungkin tidak bagus untuk tubuh badan).
- Sila pilih minuman bertenaga yang sesuai dos adoptogen agar segala kebaikannya dapat diperoleh secara maksimum.
[embed-health-tool-bmi]