Tahukah anda, pemakanan yang baik bermakna badan anda mendapat semua nutrien, vitamin dan mineral yang diperlukan di dalam badan? Tapi, macam mana anda nak pastikan yang semua nutrisi makan sihat itu telah diambil dan mencukupi?
Penggunaan smart watch menjadi trend kesihatan popular dan Malaysia tergolong di dalam 10 negara teratas dengan pengguna jam tangan pintar terbanyak1!
Dengan adanya teknologi seperti smart watch untuk memantau kesihatan, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk jam tangan pintar ini membantu anda menjejak, mengawal dan memperbaiki tabiat pemakanan.
Mari kita fahami mengapa pemakanan sihat itu penting, bagaimana cara mengamalkannya dan memahami bagaimana teknologi boleh menjadi “pembantu kesihatan peribadi” dalam kehidupan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Penting ke makan sihat untuk badan ?
Pemakanan dan pemakanan mempengaruhi hampir semua aspek kesihatan seseorang. Makan makanan yang sihat dan seimbang telah terbukti mengurangkan risiko pelbagai keadaan kesihatan2.
Antara kepentingannya adalah3, 4:
Makan sihat dapat mengurangkan risiko penyakit
Makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula boleh menjadi pencetus kepada obesiti, diabetes, kanser dan osteoporosis kerana di dalam badan tidak dapat nutrisi yang seimbang.
Ikuti cadangan piramid makanan sihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menggunakan konsep suku suku separuh ketika makan.
Mengurangkan tekanan darah tinggi
Jika anda amalkan makan sihat seperti buah dan sayur, tenusu rendah lemak dan bijirin penuh akan mengurangkan kemungkinan dan perkembangan tekanan darah tinggi 5.
Makanan yang tinggi sodium akan menyebabkan tekanan darah tinggi, kerosakan jantung, otak dan darah tinggi6.
Menurunkan kolesterol tinggi
Kajian NHMS 2023 menunjukkan 33.3% atau 1 daripada 3 dewasa di Malaysia mempunyai kolesterol tinggi7.
Dengan amalkan makan sihat seperti buah epal, aggur, buah bersitrus, barli dan bijiran penuh, kekacang dalam pemakanan seharian anda, tahap kolesterol di dalam badan pasti lebih stabil8.

Melindungi diri daripada virus dan bakteria
Sedar atau tidak, individu yang mengalami imuniti rendah cenderung untuk jatuh sakit? Tabiat makan sihat boleh menambah daya imuniti anda dengan pengambilan makanan yang betul9.
Antara makanan yang boleh tambahkan imuniti di dalam tubuh badan ialah buah beri, sayur yang berwarna gelap seperti bayam dan kangkung, yogurt, buah bersitrus dan kekacang10.
Membaiki kecederaan atau penyakit dengan cepat
Menurut OneSkin, tubuh akan mengalami kesukaran untuk membaiki luka dengan cepat jika tubuh anda tidak mempunyai nutrisi yang cukup11.
Sebab itulah, pemakanan yang tidak baik perlu dielakkan seperti contoh, makanan bergula dan tinggi sodium, alkohol dan kafein11.
Pada hari-hari biasa juga sebenarnya, anda telah makan sihat untuk diet sembuhkan luka seperti 12:
- Protein: Telur, ikan
- Tinggi vitamin C: Buah oren, kiwi
- Kaya antioksidan: Buah beri, kangkung, bayam
Makanan ini juga antara 10 makanan sihat dan terbaik!
6 Cara mudah untuk makan dengan sihat!
Ramai tahu tentang makan sihat, tetapi tidak semua mampu untuk melakukannya. Berikut ada beberapa tip mudah13, 14:
1. Merancang makanan harian
Luangkan masa untuk rancang makanan harian anda. Ini dapat elakkan anda daripada makan makanan segera disebabkan terlalu lapar atau kesuntukan masa.
Paling penting, belajar dan tambah baik menu seperti menggantikan lemak tepu dengan lemak sihat seperti menukar ayam goreng kepada ikan panggang untuk tingkatkan kualiti diet anda.
2. Sediakan sendiri menu masakan anda
Apabila anda sudah plan makanan untuk dimasak, mudah untuk sediakan untuk diet seimbang. Anda dapat mengawal portion makanan tersebut. Barulah kena dengan cita rasa sendiri dan lebih jimat!
3.Utamakan buah-buahan dan sayur-sayuran
Makan sihat dapat diaplikasikan dengan menggunakan konsep suku suku separuh dimana suku pinggan dengan karbohidrat sihat, suku lagi dengan protein dan separuh dengan sayur-sayuran serta buah.
Lebih banyak sayur dan buah, lebih baik untuk tubuh kerana ia kaya serat dan nutrisi penting.
4. Kekal terhidrat
Air kosong penting untuk sistem pencernaan, menstabilkan suhu badan, serta mencegah dehidrasi. Oleh itu, minum sekurang-kurangnya 6–8 gelas sehari.
Apabila hidrasi badan terjaga, ia akan membantu anda untuk makan lebih sedikit.
5. Semak label makanan
Awas, jangan tertipu dengan iklan “rendah lemak” atau “sihat”! Semak kandungan gula, garam dan lemak pada label bungkusan kerana makan sihat sebenarnya mempunyai sedikit bahan tambahan di dalamnya.

Galaxy Watch8 sebagai teman seharian anda
Fungsi smart watch bukan sekadar untuk menjejak langkah, kadar denyutan jantung atau waktu tidur, tetapi boleh menjadi teman setia ketika makan sihat.
1. Track diet harian
Melalui aplikasi Samsung Health yang disambungkan dengan smart watch, pengguna boleh mencatatkan pengambilan makanan harian mereka, termasuk makanan ringan, terus pada jam tangan pintar ini!
Caranya mudah saja, hanya perlu key-in maklumat makanan di dalam Samsung Health. Dari situ, anda akan mendapat track sama ada anda makan cukup protein, serat atau terlebih gula.
2. Running Coach untuk anda
Berita baik untuk yang ingin mula berlari ataupun aktif berlari, Running Coach bakal memudahkan anda dengan sediakan pelan workout yang bersesuaian!
Berikut adalah caranya:
- Anda akan melakukan ujian larian selama 12 minit sambil memakai jam tangan pintar ini.
- Anda bebas memilih aktiviti yang ada daripada tahap 1 hingga 10, seperti melakukan larian 5km sehingga maraton dalam jangka masa yang ditetapkan.
Kini, anda tidak perlu stress kerana feature ini akan membantu anda mencapai target yang diinginkan dan rancang rutin bersesuaian.
3. Pengiraan kalori dalam makanan

Selalunya, ramai yang tidak sedar mereka mengambil lebih kalori daripada yang dibakar.
Luangkan beberapa saat anda untuk masukkan maklumat makanan yang diambil ke dalam jam tangan pintar menggunakan Samsung Health. Dari situ, anda dapat melihat jumlah mengira kalori yang diambil setiap hari.
Dengan itu, lebih mudah untuk anda mengekalkan berat badan yang sihat!
Mengukur indeks antioksidan
Galaxy Watch8 merupakan model canggih terkini yang dilengkapi sensor BioActive untuk menilai indeks antioksidan dan bebas vaskular semasa tidur bersama bacaan parameter yang terdahulu seperti tahap oksigen dalam darah, kadar denyutan jantung, Sp02, suhu kulit, ECG dan tekanan darah.
Bila dipadankan dengan rekod diet, anda boleh tahu sama ada pengambilan makanan tersebut menyokong kesihatan dalaman atau tidak.
Membantu mendapat tidur yang lena
Ya, tidur juga penting ya di dalam mendapatkan berat badan yang ideal dan rutin tidur yang lebih segar. Jika anda mempunyai masalah mengenai tidur, Sleep Coach di dalam Samsung Health akan menawarkan alternatif untuk memperbaikinya.
Ciri ini akan track corak tidur ketika anda tidur. Apabila anda bangun, anda boleh menyemak skor tidur dan menyemak Sleep Analysis.
Berikut ciri yang ada di dalam Sleep Analysis :
- Sleep time
- Deep sleep
- REM sleep
- Restfulness
- Sleep latency
Ciri di dalam Sleep Coach seperti Bedtime Guidance akan membantu anda membina tabiat tidur yang baik. Galaxy Watch8 menggunakan 3 hari data tidur untuk mencari waktu tidur optimum.
Dengan mendapatkan bantuan daripada teknologi pintar ini, anda akan dapat semula waktu tidur ideal dan rehat yang diperlukan. Hari-hari anda akan terasa lebih segar dan lebih bersedia, seperti dicas semula, semua kerana jadual tidur yang diperibadikan!
Kini anda sedar bahawa teknologi seperti ini membantu anda makan sihat dan amalkan rutin yang betul secara konsisten.
Segalanya mudah dengan Galaxy Watch8
Di sinilah jam tangan pintar menjadi pembantu digital atau teman buat anda! Teman yang akan membantu anda peka, lebih disiplin dan lebih bijak membuat pilihan makanan.
Jadi, kalau anda mahu tubuh lebih sihat dan minda lebih cerdas mulakan dengan makan secara sihat dan biarkan jam tangan pintar menjadi coach peribadi anda setiap hari.
Rekaan yang lebih nipis dan pelbagai ciri kesihatan, hanya terdapat pada Galaxy Watch8.
Dapatkan Samsung Galaxy Watch8 di Samsung Online Store sekarang!
[embed-health-tool-bmr]