Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Pentingnya Probiotik Untuk Usus Sihat & Imuniti Yang Kuat!
Sebenarnya, probiotik untuk apa ya? Tahukah anda, probiotik ialah mikroorganisma hidup seperti bakteria dan yis yang memberikan manfaat kepada kesihatan apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Ia boleh didapati dalam makanan seperti yogurt, kefir, tempe, kimchi dan juga dalam bentuk suplemen.
Jadi, probiotik untuk apa sebenarnya? Probiotik bukan sekadar untuk penghadaman, tetapi jauh lebih besar iaitu untuk keseimbangan bakteria baik dalam usus yang menyumbang kepada kesihatan keseluruhan, terutamanya imuniti.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Probiotik untuk apa? Kenapa probiotik penting?
Fungsi utama probiotik ialah mengimbangi mikrobiom usus iaitu komuniti bakteria baik dan jahat yang hidup dalam saluran penghadaman. Apabila bakteria baik menguasai usus, ia membantu mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya, melindungi lapisan usus dan menyokong penyerapan nutrien.
Secara amnya, probiotik akan melawan virus atau bakteria jahat demi manfaat di dalam tubuh badan.
Banyak produk probiotik dirumus dengan bakteria dan yis yang bermanfaat untuk tujuan mencegah atau memulihkan daripada jangkitan bakteria atau yis di bahagian badan anda yang berbeza, termasuk:
Ketahui kenapa probiotik penting untuk tubuh badan.
Menurut Mayo Clinic, kesan sampingan daripada probiotik dan prebiotik jarang sekali berlaku. Hal ini kerana, kebanyakan orang dewasa yang tidak mempunyai masalah kesihatan boleh menambah makanan yang mempunyai prebiotik dan probiotik ke dalam diet mereka dengan selamat.
Risiko kesan berbahaya daripada probiotik adalah lebih besar pada orang yang mempunyai penyakit teruk atau sistem imun yang terjejas. Apabila probiotik dipertimbangkan untuk individu berisiko tinggi seperti bayi pramatang atau pesakit yang sakit tenat, potensi risiko probiotik harus dipertimbangkan.
Makanan terbaik untuk usus lebih sihat.
Bila waktu terbaik makan probiotik?
Waktu terbaik makan probiotik ialah pada waktu pagi sebelum makan.
Jika anda terlupa, probiotik boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang hari dan masih mendapat hasil yang baik.
Makanan yang berfungsi dengan baik dengan probiotik
Cleveland Clinic mengatakan dengan menggabungkan probiotik dengan ketiga-tiga makronutrien dapat memberikan probiotik peluang terbaik. Makronutrien adalah:
Susu dan yogurt mempunyai ketiga-tiga makronutrien, melainkan ia bebas lemak.
Makanan yang ditapai seperti yogurt juga mengandungi probiotik mesra usus.
Makanan yang perlu dielakkan apabila mengambil probiotik
Namun diingatkan juga untuk elakkan daripada mengambil probiotik dengan makanan berasid seperti:
Kopi dan jus oren tidak sesuai diambil bersama probiotik.
1. Kopi 2. Jus oren 3. Buah nanas 4. Jus tomato atau sos
Makanan di atas akan menambah asid tambahan pada perut. Jadi, lebih baik tunggu sehingga anda makan hidangan yang lebih neutral pH dan kemudian barulah mengambil probiotik.
Kesimpulan
Kini, anda telah tahu manfaat probiotik untuk apa kepada tubuh. Dengan pengambilan yang betul dan kerap, pasti tubuh anda kelihatan lebih baik berbanding sebelumnya! Mikrobiom di dalam tubuh pasti gembira dengan sistem tubuh anda yang lebih sihat.
Kalkulator BMR
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Probiotics. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/14598-probiotics . Diakses pada 3 Julai 2025
When Should I Take Probiotics for Best Results? https://health.clevelandclinic.org/best-time-to-take-probiotics. Diakses pada 3 Julai 2025
Probiotic Supplements: Does Time of Day Matter? https://internationalprobiotics.org/home/probiotic-supplements-does-time-of-day-matter/. Diakses pada 3 Julai 2025
Nutrition and healthy eating
https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/probiotics/faq-20058065. Diakses pada 3 Julai 2025
Probiotics: Usefulness and Safety. https://www.nccih.nih.gov/health/probiotics-usefulness-and-safety. Diakses pada 3 Julai 2025
Versi Terbaru
26/09/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim