backup og meta

Tip Mengatasi Rasa Lapar Selepas Bersenam

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

    Tip Mengatasi Rasa Lapar Selepas Bersenam

    Selepas 60 minit bersenam di gimnasium, anda mungkin letih dan kehilangan tenaga sepenuhnya. Anda akan memerlukan sesuatu untuk menambah kalori yang hilang tetapi anda juga tidak mahu makan terlalu banyak dan membazirkan usaha senaman anda. Abs anda mungkin terbentuk di gim tetapi hanya dapat dikekalkan di dapur. Adalah amat penting untuk mengetahui bahawa diet akan memberi kesan kepada 80%  hasil senaman anda. Baca artikel di bawah untuk memahami dan tahu bagaimana untuk mengalahkan kelaparan selepas senaman.

    Minum banyak air

    Selepas satu jam bersenam dan mengeluarkan peluh di gim, anda perlu mengisi badan anda dengan banyak cecair untuk kekal hidrat dan untuk menstabilkan kadar jantung anda. Air mineral disyorkan oleh pakar-pakar berbanding air kosong kerana mengandungi mineral, ion dan vitamin untuk menjana tenaga anda. Sebagai alternatif, protein shake boleh membantu juga.

    Ingat untuk minum perlahan-lahan dan satu tegukan pada satu masa. Meneguk air dengan terlalu laju boleh menyebabkan sistem badan anda terkejut dan menyebabkan pening kepala.

    Abaikan semua minuman sukan kerana kebanyakannya mengandungi pemanis tiruan dan diperbuat daripada bahan-bahan kimia, yang tidak memberi manfaat kepada matlamat kecergasan siapa pun.

    Rancang hidangan anda

    Sediakan makanan berkhasiat untuk anda terlebih dahulu. Sebagai contoh, habiskan masa selama 5 minit untuk menyiapkan beberapa ais krim pisang, protein shake atau smoothie dan masukkannya ke dalam peti sejuk sebelum keluar untuk larian pagi. Bungkus hidangan anda dan bawanya ke tempat kerja jika anda merancang untuk berehat makan tengah hari di gimnasium. Masak makan malam anda sebelum keluar supaya apabila anda selesai dengan sesi malam, satu-satunya perkara yang anda perlu lakukan adalah meletakkannya dalam ketuhar dan panaskan semula.

    Ramai orang bersenam 7 hari seminggu tetapi masih tidak melihat banyak peningkatan kerana mereka akan mengambil beberapa kentang goreng dan makanan ringan selepas satu sesi berat. Memasak makanan anda tiap hari mungkin kelihatan seperti menyusahkan tapi anda boleh menghabiskan satu hari untuk memasak bekalan seminggu dan simpan dalam bekas. Dengan amalan ini, anda akan mempunyai kawalan mutlak terhadap bahagian makanan, bahan-bahan makanan dan masa makan.

    Makan dalam masa 30 minit

    Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan dalam masa 30 minit selepas bersenam mengambil kurang kalori berbanding dengan orang yang makan 1 atau 2 jam kemudian. Walau bagaimanapun, jika anda tidak boleh makan dalam masa 30 minit, pastikan anda makan secepat mungkin selepas itu.

    Jana tenaga senaman anda

    Memakan hidangan ringan sebelum bersenam adalah cara yang bijak untuk membolehkan anda sentiasa bertenaga semasa bersenam dan kurang lapar selepas sesi bersenam. Ini bergantung kepada orang, ada yang boleh melompat terus untuk bersenam 5 minit selepas makan, ada yang merasa loya jika mereka segera bekerja di luar.

    Mempunyai makanan ringan sepanjang hari juga boleh mengurangkan rasa lapar anda selepas senaman. Ini akan menstabilkan tahap tenaga anda untuk sekolah atau kerja. Saintis membuktikan bahawa mengambil hidangan kecil dengan kerap lebih berkesan untuk membantu menurunkan berat badan berbanding makan 3 hidangan sehari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan