Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita pasti pernah memakan kubis, terutamanya buat peminat coleslaw. Tetapi adakah anda tahu apakah khasiat kubis yang sebenarnya?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Fakta berkenaan kubis
Kubis adalah sayuran berdaun daripada keluarga “brassicas”. Ia ditanam sepanjang tahun, dan kita memakan bahagian daunnya yang berwarna hijau atau ungu dalam pelbagai jenis hidangan.
Kubis boleh tumbuh daripada hanya 0.5 hingga 4 kilogram dan ia kaya dengan kandungan vitamin dan mineral. Ia hampir tidak mempunyai lemak dan sangat kaya dengan serat yang membuatnya sihat untuk dimakan.
- Sayuran ini adalah sayur-sayuran daripada keluarga Brassicaceae
- Bahan kimia dalam kubis boleh melindungi tubuh daripada kesan negatif radiasi.
- Sulforaphane yang terdapat di dalam sayuran ini boleh membantu melindungi daripada kanser.
- Setengah cawan kubis yang dimasak mengandungi 81.5 mikrogram vitamin K.
Khasiat kubis kepada kesihatan
Sayuran ini amatlah bermanfaat untuk tubuh manusia. Pengubat pada zaman purba mengisytiharkan ia mengandungi moon power kerana ia tumbuh di bawah cahaya bulan.
Sains pemakanan moden memahami manfaatnya berasal daripada kandungan sulfur dan vitamin C yang tinggi.
Berikut merupakan antara kebaikan kubis:
1. Ideal turunkan berat
Terdapat hanya 33 kalori dalam secawan sayuran ini yang telah dimasak, selain ianya rendah kandungan lemak dan tinggi dengan kandungan serat. Ianya adalah smart carb.
Khasiat kubis #2. Makanan otak
Ia penuh dengan kandungan vitamin K dan anthocyanin yang membantu fungsi mental dan penumpuan.
Nutrisi ini juga menghalang kerosakan saraf, meningkatkan pertahanan anda terhadap penyakit Alzheimer dan dementia.
Vitamin K penting untuk penghasilan sphingolipid, pembungkus mielin yang berada di sekitar beberapa sel saraf. Pembungkus ini adalah apa yang melindungi saraf daripada kerosakan dan pereputan.
Oleh itu, pengambilan makanan yang mengandung vitamin K dapat meningkatkan pertahanan diri anda terhadap degenerasi saraf.Kubis merah mempunyai jumlah tertinggi nutrien-nutrien bermanfaat ini.
3. Mencantikkan kulit
Sayuran ini membantu mengeringkan kulit berminyak dan jerawat.
Sulfur adalah penting untuk keratin, bahan protein yang diperlukan untuk rambut, kuku dan kulit yang sihat.
4. Detoksifikasi badan
Kandungan vitamin C dan sulfur yang tinggi dalam sayuran ini menghilangkan toksin (radikal bebas dan asid urik), yang merupakan penyebab utama arthritis, penyakit kulit, penyakit sendi dan gout.
5. Pencegah kanser, salah satu khasiat kubis
Sebatian yang terdiri daripada lupeol, sinigrin dan sulforaphane merangsang aktiviti enzim dan menghalang pertumbuhan tumor kanser.
Satu kajian yang dijalankan keatas wanita menunjukkan pengurangan kanser payudara apabila sayur-sayuran seperti kubis ditambah kedalam diet mereka.
6. Kawal tekanan darah
Kandungan kalium yang tinggi membantu dengan membuka saluran darah seterusnya memudahkan aliran darah.
Khasiat kubis #7. Mengawal gula darah dan anti radang
Pigmen merah semula jadi dalam kubis merah (betalains) dikatakan menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan pengeluaran insulin.
Sudah tentu, ia tidak mempunyai gula putih dan sedikit gula mudah. Betalains mempunyai sifat anti-radang yang kuat sepertimana ubi bit.
8. Kesihatan jantung
Antosianin yang kuat dalam kubis merah yang membantu melindungi daripada kanser telah ditunjukkan keberkesanannya dalam menekan keradangan yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular.
Makanan yang kaya flavonoid amat bermanfaat untuk kesihatan jantung walaupun dalam jumlah yang kecil.
Kandungan polifenol yang tinggi dalam kubis juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan mencegah pembentukan platelet dan mengurangkan tekanan darah.
9. Imuniti dan pencernaan, antara khasiat kubis
Cara yang paling popular untuk memakansayuran ini adalah dalam bentuk yang ditapai seperti sauerkraut dan kimchi.
Makanan yang ditapai mungkin menjadi salah satu perkara terbaik yang boleh anda ambil untuk manfaat sistem imun dan pencernaan anda.
Mikrob yang sihat menghasilkan persekitaran berasid untuk memelihara dan mengembangkan rasa; enzim yang dihasilkan dalam penapaian membuatkan vitamin dan mineral mudah diserap.
Kandungan serat dan air pada sayuran ini juga membantu untuk mengelakkan sembelit dan mengekalkan saluran pencernaan yang sihat.
Baca juga: