Adakah bahaya jika garam dalam darah tinggi?
Amnya makanan yang tinggi garam boleh menjadi sangat-sangat mengiurkan. Atas sebab inilah, cukup sukar bagi kita untuk menolak menu-menu makanan segera sepertiayam goreng, burger mahupun piza.
Suka atau tidak, tidak dapat kita nafikan bahawa makanan bertambah sedap apabila ditambah garam padanya, membawa kepada inovasi seperti smoothie karamel bergaram, kulit ikan bergaram dan juga versi telur-masin pelbagai makanan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Berapa banyak garam diperlukan?
Seorang individu dewasa perlu makan tidak lebih daripada 6g garam sehari, atau turut dikenali sebagai natrium – nama lain bagi garam, tetapi kebanyakan daripada kita makan lebih daripada ini.
Kebanyakan garam yang kita makan setiap hari adalah “tersembunyi”.
Kira-kira 80% daripada garam yang kita makan bersembunyi dalam makanan yang diproses seperti roti, biskut dan bijirin sarapan pagi, dan bungkusan bawa pulang (take away).
Hanya 20% adalah datang daripada jumlah kita tambah semasa memasak atau di meja.
Tip cegah garam dalam darah tinggi
- Jangan terlalu mengambil berat tentang jumlah sebenar yang anda makan. 6g sehari adalah jumlah maksimum yang anda perlu makan, lebih kurang adalah lebih baik.
- Pendekatan terbaik adalah cuba untuk sentiasa makan makanan dengan tahap garam yang paling rendah.
- Kurangkan makan makanan yang diproses dan dibungkus. Makanan yang dibungkus dan diproses adalah sebahagian besar daripada natrium dalam pemakanan kebanyakan individu ramai.
- Pada mulanya, makanan tanpa garam boleh rasa hambar, tetapi anda perlu cuba. Ia hanya sama seperti mengurangkan gula dalam teh. Selepas beberapa minggu citarasa anda akan menyesuaikannya dan anda mampu untuk mula menikmati makanan yang kurang garam.
- Di restoran-restoran, tanya mengenai garam yang ditambah ke dalam makanan. Kebanyakan tukang masak akan melangkau atau mengurangkannya jika anda tanya.
Jika anda perlu menggunakannya semasa memasak, tambah pada akhirnya. Anda perlu menambah sedikit.
Kesan garam dalam darah berlebihan
Berikut kesan pengambilan garam yang berlebihan:
Rasa kembung
Apabila anda mengambil terlalu banyak natrium, tubuh anda mula mengekalkan cecair yang berlebihan.
Sebaliknya, cecair yang berlebihan ini menyebabkan anda kelihatan dan berasa kembung kerana anda mempunyai lebih banyak cecair dalam badan anda daripada kebiasaan.
Baca juga: