backup og meta

Nak Buat Telur Masin? Tak Perlu Ada Telur Itik, Guna Telur Ayam Pun Boleh!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/05/2023

    Nak Buat Telur Masin? Tak Perlu Ada Telur Itik, Guna Telur Ayam Pun Boleh!

    Teringin nak makan telur masin? Apa kata anda cuba buat telur masin sendiri di rumah. Sebenarnya, cara buat telur masin sangatlah mudah, anda juga boleh guna telur ayam selain telur itik!

    Telur masin sudah lama menjadi sebahagian daripada makanan rakyat Malaysia. Anda boleh menikmatinya dengan bubur, nasi kerabu atau makan begitu sahaja dengan nasi panas.

    Cara membuat telur masin tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Anda hanya perlukan beberapa biji telur, air garam dan sedikit kesabaran. Anda juga boleh gunakan telur ayam!

    Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan 2 cara buat telur masin guna air garam. Selamat mencuba!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Fakta nutrisi

    cara buat telur masin

    Sebiji telur masin mengandungi 114 kalori – 60% lemak, 13% karbohidrat dan 27% protein.

    Ia juga mengandungi:

  • 460 miligram kolesterol
  • 0 gram serat
  • 1,310 miligram garam
  • 115 miligram potassium
  • Kandungan kolesterol yang tinggi dalam telur masin mungkin boleh mendatangkan mudarat sekiranya diambil secara berlebihan. Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai penyakit, antaranya sakit jantung dan strok.

    Sama jugalah dengan garam. Garam dalam pemakanan harian juga boleh menjadi penyebab penyakit kronik. Benar, badan kita perlukan garam untuk menjalankan fungsinya dengan baik. Namun, terlalu banyak garam boleh mendatangkan mudarat.

    Walau bagaimanapun, telur masin merupakan antara makanan diproses yang kaya dengan nutrisi. Telur yang diawet menggunakan garam boleh menjadi makanan yang sihat asalkan ia diambil secara sederhana.

    Selalunya, telur masin diperbuat daripada telur itik. Namun, ada juga yang menggunakan telur ayam. Apa-apapun, semua terpulang pada selera anda.

    Baca juga:

    Cara buat telur masin biasa

    cara buat telur masin

    Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:

    • 5 biji telur itik
    • 5 sudu besar garam kasar atau 1 sudu untuk setiap biji telur
    • Air secukupnya
    • Balang kuih untuk merendam telur

    Cara buat telur masin:

    1. Basuh telur bersih-bersih. Kemudian, tuskan sehingga kering.
    2. Masak garam dalam air sehingga hancur. Biarkan larutan sejuk.
    3. Masukkan telur dalam balang. Kemudian, masukkan air dalam balang sehingga tenggelam.
    4. Simpan balang di tempat gelap. Biarkan selama 10 hari atau 2 minggu.
    5. Selepas siap, anda boleh uji telur masin. Cuba rebus sebiji dan lihat sama ada ia cukup masin. Jika tidak, teruskan rendaman.

    Tip: Anda juga boleh masukkan seikat daun pandan dalam air garam untuk bau yang lebih enak.

    Cara buat telur masin guna telur ayam

    cara buat telur masin

    Selain telur itik, anda juga boleh gunakan telur ayam untuk buat telur masin:

    Bahan-bahannya:

    • 10 biji telur ayam
    • 250 gram garam kasar atau 1 sudu garam untuk setiap telur
    • Air secukupnya

    Cara buat telur masin guna telur ayam:

    1. Bersihkan telur ayam.
    2. Panaskan air dan larutkan garam. Tunggu hingga larutan sejuk.
    3. Masukkan telur dalam bekas dan tuang air hingga penuh.
    4. Tutup bekas dan rendam selama 10 hingga 15 hari.
    5. Selepas itu, telur sudah sedia untuk direbus. Rebus seperti biasa dan ia sedia untuk dihidang.

    Tip lain yang mungkin dapat membantu

    Selain cara di atas, anda juga boleh lakukan tip di bawah untuk pastikan telur masin anda menjadi:

    1. Pastikan telur yang digunakan bersih. Gunakan span untuk hilangkan semua kotoran. Jika tidak, air garam mudah rosak.
    2. Anda boleh sediakan air garam terlebih dahulu untuk mempercepatkan proses.
    3. Masukkan telur dahulu, kemudian air garam. Pastikan telur tidak terapung dan air garam menutupi permukaan telur sepenuhnya.
    4. Anda boleh masukkan telur dalam beg plastik terlebih dahulu jika bekas yang digunakan terlalu besar. Kemudian, tuang air garam. Ikat beg plastik dan kemudian masukkan dalam balang. Cara ini dapat memastikan semua telur dapat menyerap garam dengan sekata.
    5. Semakin lama anda perap telur, semakin masinlah telur anda. Jadi, jika anda tidak mahu telur yang terlalu masin, anda boleh cuba rebus 1 telur dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan