backup og meta

Minyak Ikan Kaya Dengan Asid Lemak Omega-3, Salah Satu Manfaatnya, Baik Untuk Jantung!

Minyak Ikan Kaya Dengan Asid Lemak Omega-3, Salah Satu Manfaatnya, Baik Untuk Jantung!

Mengapa kita perlu mengambil minyak ikan? Sebenarnya, ada banyak manfaat dan kebaikan minyak ikan, terutamanya untuk kesihatan jantung. 

Sejak dahulu lagi, asid lemak omega-3 dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan. Ia disyorkan untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit, termasuk penyakit jantung. Walau bagaimanapun, tubuh kita tidak dapat menghasilkan asid lemak omega-3 sendiri.

Jadi untuk memastikan pengambilan yang mencukupi, anda perlu sama ada mengambil makanan tambahan atau menambah minyak ikan dalam diet anda.

Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan lebih lanjut mengenai kebaikan minyak ikan omega 3. Jom, teruskan pembacaan anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Kebaikan minyak ikan atau asid lemak omega-3

kebaikan minyak ikan

Asid lemak tepu yang terdapat dalam daging dipercayai menjadi penyebab untuk peningkatan kolesterol yang tinggi.

Namun berbeza pula dengan ikan. Ikan kaya dengan asid lemak omega-3 yang tidak tepu.

Antara manfaat minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 tidak tepu ialah ia bertindak sebagai agen anti-radang yang membantu menurunkan triglycerides dalam darah, menjaga paras darah, mengurangkan darah beku dan strok.

Individu yang tidak mempunyai asid lemak omega-3 yang mencukupi berkemungkinan akan berdepan risiko untuk mengalami masalah kegagalan jantung kongestif dan jantung tidak normal (arrhythmia).

[embed-health-tool-bmi]

Ikan dan asid lemak omega-3

kebaikan minyak ikan

Untuk mendapatkan khasiat yang baik dari hidangan ikan, anda perlu memilih ikan berlemak seperti salmon, sardin atau tuna.

Kebanyakan makanan laut mempunyai tahap asid lemak omega-3 yang tertentu. Jadi, makanlah makanan laut kegemaran anda, dan ia mungkin memberikan anda manfaat kesihatan.

Namun, hadkan pengambilan ikan keli dan tilapia kerana ia mengandungi asid lemak tidak sihat. Tahap kebaikan hidangan ikan anda juga bergantung kepada cara penyediaannya, hidangan ikan anda akan menjadi lebih sihat jika anda memilih untuk merebus atau membakarnya berbanding menggoreng.

Walaupun terdapat sesetengah penyelidikan mencadangkan ikan liar adalah lebih sihat, tetapi kandungan asid lemak omega-3 sebenarnya lebih tinggi pada ikan ternakan seperti salmon berbanding ikan yang hidup secara habitat liar.

Baca juga:

Jumlah yang diperlukan

kebaikan minyak ikan

Berapa banyak yang perlu diambil untuk mendapatkan kebaikan minyak ikan? 7 auns ikan seminggu adalah jumlah yang disyorkan untuk individu dewasa. Kebanyakan individu takut terhadap kandungan merkuri dan toksin semula jadi lain yang terdapat pada ikan.

Kebaikan yang diberikan oleh asid lemak omega-3 adalah jauh lebih tinggi berbanding risikonya.

Merkuri boleh berkembang dalam tubuh jika mengamalkan pengambilan ikan untuk tempoh yang panjang.

Berita baik, merkuri tidak mendatangkan masalah kesihatan kepada individu dewasa. Namun, ia boleh memudaratkan janin dan kanak-kanak. Jadi untuk ibu hamil dan kanak-kanak harus menghadkan pengambilan ikan untuk mengelakkan diracun oleh toksin semula jadi yang terdapat dalam ikan.

Sekiranya anda mengalami alahan kepada ikan, anda mungkin boleh mengamalkan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Pilihan lain adalah termasuk kacang walnut, kacang soya, dan biji rami (flaxseed).

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Omega-3 in fish: How eating fish helps your heart. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/omega-3/art-20045614. Accessed on February 7, 2022.
  2. Omega-3 Fatty Acids: An Essential Contribution. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/what-should-you-eat/fats-and-cholesterol/types-of-fat/omega-3-fats/. Accessed on February 7, 2022.
  3. Omega-3 Fatty Acids. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17290-omega-3-fatty-acids. Accessed on February 7, 2022.
  4. Omega-3 Supplements: In Depth. https://www.nccih.nih.gov/health/omega3-supplements-in-depth. Accessed on February 7, 2022.
  5. Omega 3 fats. https://www.heartuk.org.uk/low-cholesterol-foods/omega-3-fats. Accessed on February 7, 2022.

 

 

Versi Terbaru

20/02/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ingin Beli Minyak Ikan Omega 3 Di Farmasi Untuk Turunkan Kolesterol? Lihat 6 Perkara Ini Dulu!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan