backup og meta

Makin Popular, Ini Khasiat Mee Tarik Yang Anda Pasti Tak Sangka!

Makin Popular, Ini Khasiat Mee Tarik Yang Anda Pasti Tak Sangka!

Sebenarnya, ada banyak jenis mi yang popular di negara kita seperti mee tarik, mi kuning, mi sanggul, mi segera, suhun, laksa, laksam, kuey teow, mihun dan yee mee.

Dalam artikel ini, kami akan rungkai lebih lanjut tentang mee tarik dan manfaatnya buat anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Apa itu mee tarik?

Mi tarik atau juga popular dengan nama asli Lamian adalah sejenis mi dengan tekstur yang kenyal lagi lembut dan diperbuat daripada tepung gandum, sama seperti jenis mi lain.

Cara mi ini dibuat adalah dengan kaedah memintal, melipat, meregang serta menarik doh tepung yang telah diuli sehingga ia menjadi helaian mi yang nipis, panjang dan elastik.

Perbezaan di antara mi ini dengan jenis mi lain adalah mi tarik akan diproses menggunakan tangan sedangkan mi lain pula diproses menggunakan mesin. Dalam erti kata lebih mudah, mee tarik adalah homemade.

Memandangkan mi ini homemade, ramai percaya bahawa ia adalah pilihan yang jauh lebih sihat terutama jika individu itu sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.

Disebabkan itu pula, tidak kurang ramai individu yang memilih untuk menggantikan makanan ruji seperti nasi atau pasta kepada mi ini dan langkah mereka itu mungkin agak tepat.

mee tarik

Apa variasi mee tarik?

Bahan utama dalam doh mi tarik sebenarnya tidak banyak dan hanya menggunakan 3 bahan utama iaitu tepung gandum, garam dan air. Namun, mungkin ada banyak cara penyajian mi ini.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 3 versi popular mi tarik yang telah lama ada termasuk:

  1. Mi tarik goreng: Digoreng bersama kicap, telur, daging dan sayur pilihan.
  2. Mi tarik sup: Dicampur ke dalam sup bersama telur, daging dan sayur pilihan.
  3. Mi tarik sos: Dicampur ke dalam sos bersama telur, daging dan sayur pilihan.

Walau apa pun versi yang anda minat dan makan, tidak dapat dinafikan bahawa mi ini masih sihat dan sangat sesuai buat mereka yang ada masalah berat badan tidak terkawal.

[embed-health-tool-bmi]

Benarkah ia sihat dan bagus untuk berat badan?

Mungkin ramai yang menyangka bahawa mi itu sendiri adalah sangat tidak sesuai jika individu ingin mengamalkan diet sihat ekoran ia tinggi dengan kalori, karbohidrat serta lemak.

Dan seperti mana yang kita semua sudah tahu juga, kalori, karbohidrat dan lemak adalah antara anasir utama individu mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Pun begitu, lain pula halnya jika mi yang anda ambil itu adalah mi tarik kerana ia tinggi manfaat!

mee tarik

Apa yang ada di dalam Lamian?

Bagi setiap semangkuk hidangan mi tarik, ia mungkin mengandungi nutrien seperti yang berikut:

  • Kalori – 410 kcal
  • Karbohidrat – 37 g
  • Lemak – 20 g
  • Protein – 19 g
  • Sodium – 1270 mg
  • Kolesterol – 55 mg

Menurut angka di atas, kandungan yang ada risiko untuk menggemukkan iaitu kalori, karbohidrat dan lemak di dalam mi ini adalah lebih rendah berbanding dengan jenis mi lain.

Tambahan itu lagi, ia mungkin lebih tinggi dengan protein di mana nutrien ini dapat membantu anda membina dan merangsang otot badan agar ia lebih besar, kuat serta sihat.

 Ia jenis mi yang paling sihat!

Sebenarnya, anda mungkin tidak salah jika punya fikiran bahawa mi itu sendiri adalah pilihan makanan yang kurang bijak dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Namun, Lamian adalah alternatif yang paling bagus dalam kalangan jenis mi yang lain.

Dalam pada itu, mee tarik ini juga tentu lebih baik berbanding dengan makanan ruji seperti nasi atau pasta.

Contoh resepi yang anda boleh cuba!

mee tarik

Apa yang anda perlukan di dalam resepi masakan ini juga tidak sukar dan perlu ada bahan berikut:

  • 150 g mi tarik asli gandum
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 liter cawan air
  • 1 jalur kek ikan
  • 1 biji telur ayam
  • 50 g isi daging
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar kicap manis @ masin
  • 1 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 susu kecil sos tiram
  • 1/4 ikat sayur sawi
  • Sedikit daun bawang @ daun sup

Caranya juga mudah sahaja yakni dengan panaskan minyak masak kira-kira 5 minit. Kemudian, masukkan air, garam, dan variasi jenis sos di atas tadi untuk digaul sehingga sebati.

Selepas itu pula, masukkan mi bersama dengan bawang, kek ikan, telur ayam, daging, sayur dan kacaukan. Tuangkan kicap pilihan anda ke atas mi sementara ia sedang dimasak.

Akhir sekali, letak daun bawang atau daun sup ke atas mi dan hidangkan! Amat mudah, bukan? Ayuh cuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Noodles, https://www.smchealth.org/general-information/noodles, Accessed May 5 2022.
  2. Choose the Healthiest Noodles, https://www.consumerreports.org/nutrition-healthy-eating/choose-the-healthiest-noodles/, Accessed May 5 2022.
  3. Know Your Noodles!, https://www.georgeinstitute.org/sites/default/files/know_your_noodles_2016.pdf, Accessed May 5 2022.
  4. Traditional Chinese Rice Noodles: History, Classification, and Processing Method, https://www.cerealsgrains.org/publications/plexus/cfw/Documents/CFW-60-3-0515.pdf, Accessed May 5 2022.
  5. Noodles, traditionally and today, https://www.researchgate.net/publication/307875115_Noodles_traditionally_and_today, Accessed May 5 2022.

Versi Terbaru

12/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Siapa Kata Mi Segera Tidak Berkhasiat? Ini 3 Hidangan Sihat Berasaskan Mi Instant

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan