Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Minum Susu Almond Sebab Lebih Sihat? Ini 5 Manfaat, Tapi Tak Semua Orang Sesuai Ambil!
Biasa kita minum susu lembu, kambing atau soya sahaja bukan? Mutakhir ini pula, kebaikan susu almond atau badam sudah kian popular sebagai alternatif selain susu-susu pelopor yang lain! Jom terus baca artikel untuk tahu apa manfaat yang susu ini bawakan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Susu kacang badam, benarkah ia alternatif sihat?
Beberapa tahun yang lepas, susu badam telah mencipta trend pemakanan yang sihat di mana ia menjadi ikutan dalam kalangan masyarakat kita. Ya, ketahuilah perkara ini mungkin benar.
Menurut soal selidik majalah TIME, 4 daripada 5 orang pakar kesihatan bersetuju jika susu badam dikatakan memiliki lebih banyaknutrisi berbanding susu-susu lain yang jauh lebih popular.
Untuk pengetahuan anda semua, setiap 100ml susu ini mungkin mengandungi nutrisi berikut:
Kalori – 13 kcal
Protein – 4 g
Lemak – 1 g
Karbohidrat – 1 g
Serat – 4 g
Dalam pada itu, ia juga mempunyai pelbagai jenis vitamin dari jenis D dan E selain mineral seperti kalsium, potasium serta lain-lain lagi. Dalam erti kata lebih mudah, ia memang sangat sihat selain mampu mempelbagaikan lagi pilihan minuman susu individu!
Persoalannya, kenapa orang ramai cenderung memilih susu badam? Adakah susu badam baik untuk diet? Apakah manfaat yang lain?
Berikut adalah 7 manfaat susu badam!
Dahulu, mungkin cuma golongan pengamal diet vegetarian atau vegan itu sahaja yang suka minum susu dari kekacang seperti soya atau badam. Kini, individu lain juga sudah mula beralih kepada jenis susu ini.
Apakah khasiat kacang badam? Berikut adalah manfaat yang mungkin boleh anda dapatkan.
#1. Bagus untuk orang yang mempunyai intoleransi laktosa
Sebenarnya, bukan golongan vegetarian atau vegan sahaja yang akan menolak susu hasil haiwan, malah mereka yang ada masalah intoleransi laktosa juga begitu. Tujuannya, untuk mengelak reaksi alergi.
Oleh itu, mereka kini sudah ada alternatif selain susu soya dengan rasa yang lebih sedap dan sihat!
Kebaikan susu almond #2. Menurunkan berat badan
Menurut Pakar Diet Kristin Kirkpatrick, kandungan kalori di dalam susu badam adalah 50% lebih rendah berbanding susu-susu yang lain. Jadi, ia bagus diambil untuk menurunkan berat badan.
Tentunya, golongan sasaran yang amat disarankan untuk minum susu ini adalah penderita obesiti atau yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Namun, itu bukan bermakna orang lain tidak boleh ambil.
Kebaikan susu almond #3. Menguatkan tulang badan
Susu almond ini mampu menguatkan tulang badan anda.
Seperti mana yang kami katakan di atas tadi, susu ini tinggi dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral yang bagus untuk tubuh badan kita. Atau lebih spesifiknya, susu ini baik untuk kekuatan tulang badan individu.
Sama juga dengan jenis susu yang lain, ia bukan sahaja mampu menambah kekuatan tulang malah mencegah kerapuhan tulang sekali gus mengelakkan masalah seperti osteoporosis dan lain-lain.
#4. Baik untuk jantung dan sistem kardiovaskular
Kandungan lemak dan karbohidrat adalah sangat rendah di dalam susu badam selain ia juga bebas kolesterol. Ini memberikan kebaikan buat susu almond yang baik untuk organ jantung dan sistem kardiovaskular di dalam tubuh badan setiap individu itu.
Kesannya, risiko penyakit berkaitan seperti tekanan darah tinggi, strok atau jantung lebih rendah!
Selain kondisi pada jantung, susu ini juga mampu membantu individu mencegah penyakit kencing manis. Alasannya, ia mungkin kurang gula, lemak, karbohidrat serta rendah indeks glisemik.
Namun, masih wujud risiko di mana produk susu badam itu ditambah dengan bahan lain termasuk gula dan lain-lain yang tidak bagus jika anda ada diabetes. Jadi, sila periksa label sebelum minum.
Awas, ia mungkin tidak sesuai untuk semua orang!
Jangan terus beli dan minum ya! Anda kena tahu jika kebaikan susu almond itu tidak semua betul kerana wujud banyak produk tiruan atau produk dengan bahan tambahan seperti pemanis, perasa, pewarna serta pengemulsi yang boleh membahayakan tubuh badan.
Dalam pada itu, elakkan daripada memberi susu ini kepada bayi atau kanak-kanak di bawah umur 1 tahun kerana ia mungkin tidak cukup dengan nutrien lantas boleh membawa isu malnutrisi.
Susu hasil haiwan atau tumbuhan lain turut termasuk di dalam kategori ini. Sebaiknya, berikan si manja anda susu badan atau formula sahaja untuk menjamin tumbesaran dan perkembangan.
Sekiranya anda punya sebarang permasalahan atau persoalan lanjut, dapatkan nasihat doktor ya!
Kalkulator BMR
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Almond Milk, https://nutritionfacts.org/recipe/almond-milk/, Accessed Aug 12 2022.
Almond Milk, https://uwyoextension.org/uwnutrition/newsletters/almond-milk/, Accessed Aug 12 2022.
11 Benefits of Almond Milk You Didn’t Know About, https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/benefits-almond-milk.html, Accessed Aug 12 2022.
What Are the Benefits of Almond Milk? Here’s Why You Should Drink It, https://www.peta.org/living/food/almond-milk-benefits/, Accessed Aug 12 2022.
What You Need to Know When Choosing Milk and Milk Alternatives, https://health.clevelandclinic.org/what-you-need-to-know-when-choosing-milk-and-milk-alternatives/, Accessed Aug 12 2022.
Versi Terbaru
11/09/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim