backup og meta

8 Khasiat Madu Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Menguatkan Sistem Imun Badan!

8 Khasiat Madu Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Menguatkan Sistem Imun Badan!

Madu merupakan satu ciptaan makanan yang sangat istimewa. Terdapat pelbagai kebaikan madu dan ia telah digunakan secara meluas, sama ada dalam aspek perubatan mahupun sebagai makanan. Selain menawarkan rasa yang lazat dan manis, adakah anda mengetahui manfaat madu untuk kesihatan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Fakta ringkas mengenai madu

  • Fakta yang paling penting, jangan pernah memberikan madu kepada kanak-kanak di bawah usia 12 bulan
  • Madu mempunyai hubung kait dengan fungsi penyembuhan luka dan berperanan sebagai antibakteria
  • Boleh digunakan untuk menggantikan gula dalam makanan, dan menjadikan ia satu pilihan yang lebih sihat
  • Madu telah digunakan dalam perubatan untuk lebih 5,000 tahun

Apakah manfaat madu untuk kesihatan?

Berikut adalah beberapa manfaat madu untuk kesihatan:

#1. Membantu dalam mengurangkan berat

kebaikan jogging
Manfaat joging.

Menurut pengarang dan pakar nutrisi, Mike McInnes, madu dapat membakar lemak badan walaupun ketika anda tidur. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk mengurangkan berat.

Waktu terbaik minum madu adalah ketika perut anda masih kosong pada awal pagi atau sebelum tidur. Anda boleh mengambil sesudu madu atau campurkan ia dengan air suam.

Mengambil madu sebagai perkara pertama dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme, yang mana membantu untuk mengurangkan berat dengan lebih pantas.

#2. Kebaikan madu: Mengandungi nutrien

Madu adalah cairan manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu.

Secara nutrisi, 1 sudu madu (21gram) mengandungi 64 kalori dan 17 gram gula, termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa. Ia hampir tidak mengandungi sebarang serat, lemak atau protein.

Ia turut mengandungi beberapa vitamin dan mineral – tetapi jumlah yang perlu diambil adalah tinggi untuk memenuhi keperluan harian.

#3. Kebaikan madu: Menguatkan sistem imun

Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.

Madu buckwheat (campuran bijian yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan), mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu mempertingkatkan imun untuk jangka masa panjang jika diambil setiap hari.

punca sakit tekak
8 cara hilangkan sakit tekak.

#4. Manfaat madu untuk kesihatan: Kekalkan tenaga

Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra.

Ini kerana madu mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik.

Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis, menunjukkan madu adalah pilihan karbohidrat terbaik diambil sebelum bersenam.

Malahan, ia juga dikatakan pilihan yang baik untuk diambil selepas bersenam.

#5. Baik untuk jantung

manfaat madu untuk kesihatan
Madu mencegah penyakit jantung.

Sebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, madu bukan sahaja dapat melindungi dari penyakit jantung, tetapi dapat memperbaiki tahap kolesterol.

Menurut kajian, madu boleh membantu menurunkan hampir 5.8% LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan 3.3% HDL (kolesterol baik).

#6. Merawat masalah kulit, antara khasiat madu untuk wanita

Selain mengandungi antioksidan, madu juga bersifat anti-bakteria dan antiseptik yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan luka terbakar dengan memberikan kelembapan dan meningkatkan aliran nutrien pada bahagian yang berkenaan.

Madu juga dikatakan berkesan untuk membunuh kuman (patogen) seperti E.coli dan methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), yang boleh menyebabkan jangkitan kulit.

Madu juga dipercayai dapat merawat dan mencegah jerawat, kelemumur dan kulit gatal.

#7. Menyuburkan kulit dan muka

Madu asli sangat bermanfaat sebagai pelembap semula jadi terbaik terutama untuk kulit kering. Ia membantu membuka liang pori tersumbat, menyembuhkan bibir kering, menyeimbangkan tona kulit.

#8. Manfaat madu untuk kesihatan: Merawat batuk

Turut dikenali sebagai antara ubatan semula jadi yang terbaik untuk merawat batuk.

Pengambilan 1 sudu madu dapat mengurangkan kerengsaan pada tekak. Ia turut membantu memberikan tidur yang lebih nyenyak.

8 manfaat madu

  • Mengurangkan berat badan
  • Mengandungi nutrien
  • Menguatkan sistem imun
  • Mengekalkan tenaga
  • Baik untuk jantung
  • Merawat masalah kulit
  • Menyuburkan kulit dan muka
  • Merawat batuk

Kini anda telah tahu lapan khasiat madu untuk kesihatan anda. Apa lagi, amalkanlah!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Honey. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-honey/art-20363819. Accessed on March 25, 2019.

The Benefits of Honey + How to Incorporate It Into Your Diet. https://health.clevelandclinic.org/the-benefits-of-honey-how-to-incorporate-it-into-your-diet/. Accessed on March 25, 2019.

The Health Benefits of Honey and Its Nutritional Value. https://www.eufic.org/en/healthy-living/article/the-health-benefits-of-honey-and-its-nutritional-value. Accessed on March 25, 2019.

Health Benefits of Raw Honey. https://organic.org/health-benefits-of-raw-honey/. Accessed on March 25, 2019.

Is Raw Honey Good for You? https://savethebee.org/is-raw-honey-good-for-you/. Accessed on March 25, 2019.

 

Versi Terbaru

20/08/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Madu & Minyak Kelapa, Ini Antara 7 Bahan Yang TIDAK BOLEH Disapu Pada Muka

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan