Keletihan dan kelesuan antara perkara biasa untuk dialami kebanyakan individu. Tetapi ada makanan penambah tenaga badan yang boleh membekalkan tenaga yang diperlukan. Ingin tahu?
10 jenis makanan penambah tenaga badan
Kekurangan tenaga boleh mendatangkan kesan dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian dan menjadikan anda kurang produktif.
Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kecergasan harian dan artikel ini akan membantu mengenal pasti antara makanan penambah tenaga badan yang boleh diambil dalam diet pemakanan anda.
#1. Pisang
Pisang mungkin merupakan antara makanan terbaik untuk membekalkan tenaga.
Merupakan makanan yang mudah dibawa, ia kaya dengan sumber karbohidrat, potasium, serat dan vitamin untuk tenaga dalam tubuh dan menggalakkan fungsi otot secara berterusan.
#2. Oat
Sejenis makanan karbohidrat kompleks; penuh serat dan nutrien, kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu proses pengeluaran tenaga.
Ia dicerna dengan perlahan dan membekalkan tenaga dengan perlahan-lahan. Mengandungi beta-glucan, sejenis serat larut yang membentuk gel tebal apabila bergabung dengan air.
#3. Ikan berlemak
Ikan berlemak seperti salmon atau tuna adalah sumber protein, asid lemak dan vitamin B yang baik, menjadikannya makanan hebat untuk dimasukkan ke dalam diet anda.
Kandungan asid lemak omega-3 dapat membantu mengurangkan kemurungan dan meningkatkan emosi.
Lemak sihat yang terdapat dalam salmon adalah baik untuk jantung; menurunkan tekanan darah dan menghindari kolesterol buruk.
#4. Makanan penambah tenaga badan: telur
Kandungan kalori sebiji telur hanyalah 70 kalori, tetapi hanya mempunyai 6 gram protein. Ia mempunyai lebih banyak nutrien bagi setiap kalori berbanding kebanyakan makanan lain, yang membantu mengatasi kelaparan.
#5. Ayam
Isi ayam tanpa kulit adalah sumber protein yang sangat sihat. Ia mengandungi kurang lemak tepu yang tidak sihat seperti daging lain; lembu dan kambing. Mengambil sekeping ayam panggang bersama sayuran kukus pada waktu makan tengah hari memberikan ada rasa kenyang sehingga waktu makan malam.
#6. Ubi keledek
Selain memiliki rasa yang enak, ubi keledek kaya dengan sumber tenaga berkhasiat. Kandungan serat dan karbohidrat kompleks yang menjadikannya ia sumber tenaga yang dicerna pada kadar yang perlahan.
Ia juga merupakan sumber tenaga yang membantu dalam fungsi pemecahan nutrien untuk menghasilkan tenaga.
#7. Kopi
Merupakan antara pilihan ramai individu sebagai punca tenaga kafein pagi. Kopi sangat berkesan dalam meningkatkan tenaga dan membuatkan anda lebih fokus.
Tetapi pastikan anda mengambilnya dalam kadar yang sederhana. Pengambilan kafein secara berlebihan boleh membuatkan kegelisahan dan mengganggu tidur.
#8. Air
Kekurangan air menyebabkan dehidrasi yang mengakibatkan kelesuan dan keletihan. Air amat penting dalam kehidupan. Ia mewakili 60% berat tubuh dan melibatkan terlibat dalam pelbagai fungsi dalam tubuh termasuk penghasilan tenaga.
Jika anda rajin bersenam, pastikan anda meminum air yang secukupnya untuk menjadikan anda kekal bertenaga.
#9. Makanan penambah tenaga badan: coklat gelap
Jika anda teringin untuk memakan sesuatu yang manis, coklat merupakan pilihan yang terbaik. Ia rendah kandungan gula berbanding gula-gula atau coklat susu. Ia terbukti dapat meningkatkan emosi dan fungsi otak.
Antioksidan dalam koko membantu melindungi sel, merendahkan tekanan darah dan memperbaiki tekanan darah. Ia dalam menjadikan anda lebih bertenaga dan sihat.
Coklat gelap mempunyai kandungan lemak, jadi semak label dan pastikan jumlah yang kandungannya adalah rendah.
#10. Mentega kacang
Walaupun ia merupakan makanan berkalori tinggi, ia sebenarnya membantu dalam memberikan rangsangan tenaga yang hebat. Lemak, protein, dan serat sihat membantu mencegah kelaparan dan mengekalkan tahap gula dalam darah.
Kesimpulannya
Di atas merupakan antara makanan yang dapat membantu mempertingkatkan tenaga anda. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat, serat dan vitamin yang dapat menjana tenaga dan boleh diambil sebagai tambahan dalam diet pemakanan harian anda.
Sentiasa semak dan nilai apa yang anda ambil dalam pemakanan anda untuk memastikan anda kekal bertenaga di samping memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang lain.
Jika keliru, dapatkan rundingan daripada pakar pemakanan bertauliah, okay?
[embed-health-tool-bmi]