Timun adalah antara sayur yang paling kerap menjadi pilihan ulam di dalam hidangan masyarakat Malaysia. Terdapat banyak khasiat timun dan kebaikan yang tersendiri, yang baik untuk badan kita.
Ia sangat mudah didapati dan disediakan. Hanya perlu potong untuk dijadikan ulam segera.
Sesetengah orang mungkin menambah cuka untuk digaulkan bersama lobak merah, bawang dan cili sebagai acar.
Apa pun cara hidangan yang anda suka, tahukah anda apa kebaikan timun? Baca artikel ini sehingga akhir untuk mendapatkan jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Khasiat timun kepada kesihatan tubuh
1. Sumber air yang baik
Timun merupakan sejenis sayur yang mempunyai banyak kebaikan dan khasiat yang tersendiri. Hampir 96% daripada kandungan timun adalah air.
Kepentingan air untuk badan sudah lama dimaklumi. Tanpa air yang mencukupi, badan tidak akan dapat berfungsi dengan baik.
Suhu dan keasidan badan akan terjejas menyebabkan banyak sistem terganggu.
Selain minum air, anda boleh ambil sayur ini untuk kekal terhidrat.
2. Khasiat timun kaya dengan nutrisi
Selain kandungan air yang tinggi, ia juga kaya dengan pelbagai jenis nutrisi. Antaranya seperti:
- protein
- serat
- vitamin C
- vitamin K
- magnesium
- potassium
- manganese
Berita baiknya adalah sayur ini rendah kalori. Jadi, anda tidak perlu risau tentang berat badan.
Untuk mendapatkan nutrisi sepenuhnya, elakkan daripada mengupas kulitnya kerana ini akan mengurangkan kandungan serat dan beberapa vitamin yang lain.
3. Mengandungi antioksidan antara kebaikan timun
Antioksidan adalah sejenis molekul yang menghalang proses oksidasi yang menghasilkan radikal bebas.
Jika banyak radikal bebas terkumpul di dalam badan, risiko untuk mendapat penyakit kronik akan meningkat.
Contohnya, kanser, sakit jantung, paru-paru dan penyakit autoimun.
4. Memberikan kesegaran kepada kulit
Anda tentu biasa melihat orang meletakkan timun di atas mata. Kaedah ini membantu memberikan kulit nutrisi serta membuatkannya lebih segar.
Mineral di dalamnya menyumbang kepada manfaat timun ini. Anda juga boleh menggunakan krim berasaskan timun untuk mendapatkan kulit yang sihat.
Jika ingin gabungkan kedua-duanya pun apa salahnya.
5. Mengurangkan berat badan juga antara kebaikan makan timun setiap hari
Bagi yang berniat ingin menurunkan berat badan, timun wajib dimasukkan ke dalam pelan pemakanan anda.
Fakta
6. Pergerakan usus anda lebih baik antara khasiat timun juga
Pertama, air di dalam timun membantu membuatkan badan kekal terhidrat. Ini adalah sangat penting kerana dehidrasi adalah salah satu faktor menyebabkan sembelit dan membuatkan najis menjadi keras.
Kedua, kandungan serat yang tinggi memudahkan lagi pergerakan usus dan pembuangan najis.
Jadi, anda boleh katakan selamat tinggal kepada sakit perut dan sembelit.
[embed-health-tool-bmr]