backup og meta

Patutlah Ramai Yang Suka Minum Air Barli, Rupanya Ia Lebih Bagus Dari Nasi!

Patutlah Ramai Yang Suka Minum Air Barli, Rupanya Ia Lebih Bagus Dari Nasi!

Rasanya, ramai orang hanya akan minum air barli untuk demam bukan? Apa yang mungkin agak menarik, ada banyak manfaat minum air ini kepada individu! Jom terus baca artikel ini untuk tahu.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Manfaat pemakanan air barli

Bagi mereka yang masih tidak mengetahui dengan tepat berkenaan khasiat yang dimiliki oleh minuman barli, ia mengandungi pelbagai potensi bermanfaat terhadap kesihatan tubuh badan.

Mengurangkan tekanan darah

Selain mengurangkan pengambilan garam bagi menurunkan tekanan darah, pengambilan kalium juga penting untuk tujuan ini.

Kandungan kalium, kalsium dan magnesium yang terdapat di dalam barli telah didapati mampu untuk mengurangkan tekanan darah secara semula jadi.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Dietetic Association telah merumuskan bahawa peningkatan pengambilan makanan berasaskan bijirin penuh sama ada tinggi dengan serat larut atau tidak larut, boleh menurunkan tekanan darah dan membantu mengawal berat badan. 

air barli

Air bali dan kesihatan tulang

Kandungan zat besi, fosforus, kalsium, magnesium, mangan dan zink yang terdapat di dalam air barli menyumbang kepada pertumbuhan dan pengekalan kekuatan serta struktur tulang.

Walau bagaimanapun, pengambilan fosforus dan kalsium perlulah seimbang memandangkan pengambilan terlalu banyak fosforus dengan kalsium yang terlalu sedikit boleh menyebabkan osteoporosis.

Air bali dan keradangan kronik

Minuman barli turut mengandungi kandungan kolin, yang merupakan sejenis nutrien yang penting dalam membantu tubuh dalam hal berkaitan tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan memori.

Kolin turut membantu mengekalkan struktur membran sel, membantu transmisi impuls saraf selain mengurangkan keradangan kronik.

Bali meningkatkan sistem dalam perut

Serat pemakanan yang terdapat dalam bijirin ini membantu memudahkan pelepasan sisa makanan untuk melalui saluran pencernaan.

Barli juga menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran pencernaan tubuh.

Beta-glucan yang terkandung dalam bijirin ini bertindak sebagai sumber makanan bakteria usus yang sihat dan seterusnya meningkatkan aktiviti probiotik.

Barli mengurangkan risiko sakit jantung

Bijirin ini kaya dengan kandungan niasin, yang merupakan sub jenis vitamin B yang boleh mengurangkan jumlah kolesterol dan LDL atau kolesterol jahat.

Niasin juga boleh membantu mencegah radikal bebas daripada mengoksidasi LDL, yang hanya menjadi berbahaya kepada dinding saluran darah selepas pengoksidaan.

Niasin juga dapat membantu mengurangkan agregasi platelet, iaitu penggumpalan platelet yang dapat mengakibatkan pembentukan gumpalan darah.

Bijirin ini (hulled) juga membantu mengurangkan kolesterol jahat atau LDL dan berpotensi mengurangkan tekanan darah melalui kandungan serat larut yang dimilikinya.

LDL dan tekanan darah yang tinggi adalah merupakan dua faktor risiko yang diketahui menyebabkan penyakit jantung. 

air barli

Adakah air barli lebih bagus daripada nasi?

Sekiranya kita ingin membuat perbandingan antara barli dan nasi, ia sebenarnya bergantung kepada jenis nasi atau beras yang anda ambil.

Sekiranya anda mengamalkan diet yang tidak mengandungi gluten, beras perang adalah pilihan terbaik memandangkan air barli mengandungi kandungan gluten.

Beras perang juga mengandungi kandungan vitamin E dan folat lima kali lebih tinggi berbanding air barli.

Walau bagaimanapun, barli mengandungi kandungan kalsium dan serat dua kali lebih tinggi berbanding beras perang dan 30% lebih rendah kalori. 

Bagaimana pula dengan beras putih?

Untuk makluman anda, bijirin ini mengandungi kandungan mineral yang jauh lebih baik berbanding beras putih walaupun beras putih adalah lebih popular berbanding bijirin ini dan beras perang.

Antara perbezaan terbesar yang dimiliki oleh bijirin ini adalah kandungan serat yang terdapat di dalamnya. Barli (pearled) mengandungi sebanyak 3.8 gram serat pemakanan berbanding hanya 0.4 gram di dalam beras putih bagi setiap 100 gram.

Berpandukan maklumat daripada FDA, nilai harian bagi serat yang perlu diambil oleh setiap individu adalah sebanyak 25 gram sehari.

Kekurangan pengambilan serat setiap hari boleh memberikan kesan terhadap gula darah dan kesihatan gastrousus.

air barli

Selain itu, air barli (pearled) mengandungi lebih banyak kandungan magnesium dan zink berbanding beras atau nasi putih.

Walau bagaimanapun, beras putih merupakan sumber vitamin B9 atau folat yang lebih baik kerana ia telah diperkayakan dengan penambahan nutrien.

Sebenarnya, bijirin jenis pearled ini tidak mempunyai banyak perbezaan yang ketara dengan beras putih memandangkan masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Tetapi, sekiranya anda membandingkan antara beras putih dan barli jenis hulled iaitu jenis barli bersekam yang dianggap sebagai jenis bijirin penuh, barli jenis ini jauh lebih baik berbanding beras putih.

Ini kerana barli jenis hulled mengandungi kandungan serat yang jauh lebih tinggi malah lebih baik berbanding barli jenis pearled dengan jumlah sebanyak 17.3 gram bagi setiap 100 gram.

Barli jenis hulled turut mengandungi kandungan protein dan nutrien penting lain yang lebih besar berbanding beras putih.

Mungkin selepas ini, anda boleh cuba secara perlahan-lahan menukarkan diet anda dengan pengambilan bijirin ini secara berselang seli dengan pengambilan nasi.

Kami percaya anda juga tidak berselera jika hanya memakan bijirin ini setiap hari tanpa nasi dan lauk-pauk lain memandangkan nasi telah menjadi makanan ruji masyarakat Malaysia sejak dahulu.

Tetapi sekiranya anda mampu untuk mengambil minuman barli dalam hidangan harian anda, anda boleh meneruskan niat anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 29 Benefits Of Barley You Probably Never Knew, https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/29-benefits-barley-you-probably-never-knew.html, Accessed Aug 19 2020.
  2. Barley Water: Benefits, Side effects & Its Recipe, https://www.freedomfromdiabetes.org/blog/post/barley-water-benefits-side-effects-its-recipe/1425, Accessed Aug 19 2020.
  3. HEALTH BENEFITS OF BARLEY, https://wholegrainscouncil.org/whole-grains-101/whole-grains-101-orphan-pages-found/health-benefits-barley, Accessed Aug 19 2020.
  4. 12 Health and Beauty Benefits of Barley You Probably Didn’t Know, https://amazingbarley.org/12-health-and-beauty-benefits-of-barley-you-probably-didnt-know/, Accessed Aug 19 2020.
  5. Barley, https://nutritionfacts.org/topics/barley/, Accessed Aug 19 2020.

Versi Terbaru

13/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Sedap Dan Berkhasiat! Ini 2 Resipi Agar Agar Milo MESTI CUBA Untuk Minum Petang

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan