backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Sedap Dan Berkhasiat! Ini 2 Resipi Agar Agar Milo MESTI CUBA Untuk Minum Petang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

Sedap Dan Berkhasiat! Ini 2 Resipi Agar Agar Milo MESTI CUBA Untuk Minum Petang

Teringin nak makan agar agar milo susu? Manisan ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, malah ia juga sesuai dimakan pada waktu panas. Sekiranya anda sedang mencari resepi agar-agar yang mudah, jom, cuba buat agar-agar milo untuk dijadikan manisan mulut pada waktu petang.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai resepi agar agar milo dan juga agar agar milo susu yang mudah dan confirm menjadi!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Pemanis mulut, adakah ia sihat untuk badan?

agar agar milo

Kebaikan pemanis mulut untuk kesihatan:

  1. Kaya dengan nutirisi.
  2. Pemanis mulut boleh buatkan anda gembira!
  3. Makan pemanis mulut merupakan cara terbaik untuk ambil lebih banyak buah.
  4. Dapat membantu anda mengawal berat badan.
  5. Bagi mereka yang tidak lalu makan, pemanis mulut seperti puding dan agar-agar dapat bantu mereka lebih berselera ketika makan.

Siapa sangka, pemanis mulut mempunyai banyak khasiat dan mungkin baik untuk kesihatan. Benar, ada banyak pemanis mulut di luar sana yang terlalu manis dan tidak sihat untuk badan.

Namun, pemilihan pemanis mulut yang betul dapat menambah tenaga harian kita. Ia juga dapat membuatkan kita rasa gembira dan kurang tertekan! Jika anda kurang stres, berat badan pun tidak akan naik dengan mendadak!

Sebagai contoh, pai labu coklat mengandungi karbohidrat, vitamin, serat dan banyak jenis antioksidan yang diperlukan badan. Selain itu, coklat gelap juga merupakan antara manisan sihat yang sangat berkhasiat untuk badan.

Agar-agar susu juga tidak ketinggalan. Ia mengandungi kalsium dan vitamin D yang penting untuk tulang. Malah, agar-agar juga merupakan manisan kegemaran ramai orang meliputi pelbagai lapisan masyarakat.

Namun, bukan semua agar-agar mempunyai nutirisi yang sama. Ada yang sihat, ada juga yang membawa mudarat! Jadi, hati-hati sebelum makan. Kita boleh makan makanan manis. Namun, janganlah terlalu kerap pula ya, kena diabetes pula nanti!

Tip makan pemanis mulut secara sihat:

  1. Makan dalam saiz yang kecil.
  2. Alas perut dengan makanan seperti nasi atau biskut supaya anda tidak terlebih makan manisan.
  3. Kurangkan gula dalam manisan.
  4. Makan manisan yang anda benar-benar inginkan.
  5. Jangan makan manisan di restoran. Selalunya, manisan ini mengandungi banyak kalori, gula dan juga lemak!
  6. Jangan makan coklat, aiskrim atau kek setiap kali selepas makan. Hanya ambil manisan pada waktu-waktu yang istimewa sahaja.

Resepi agar agar milo tradisional

agar agar milo

Sedapnya agar-agar milo. Benar, manisan yang popular ini sangat mudah untuk disediakan. Sebelum bermula, ada beberapa bahan yang perlu anda sediakan:

Bahan-bahan:

  • 1 pek agar-agar tali
  • 5 gelas air
  • Sesenduk gula pasir
  • ½ tin susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, masak agar-agar dengan air. Tambahkan gula dan sedikit garam. Kacau sehingga sebati. Masak sehingga gula benar-benar hancur.
  2. Bancuh milo dengan sedikit air panas. Kemudian, tambahkan susu pekat. Tambahkan campuran ini ke dalam larutan gula sebentar tadi. Kacau dan tunggu air mendidih sekali lagi. Gunakan api sederhana.
  3. Tuang dalam loyang pilihan anda.
  4. Untuk pastikan permukaan agar-agar licin, sudukan semua buih yang ada pada permukaan agar-agar.
  5. Biarkan agar-agar menyejuk dan mengeras sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Baca juga:

Resepi agar agar milo susu

agar agar milo

Bosan dengan agar-agar biasa, inilah masanya untuk anda cuba resepi agar agar milo susu. Caranya hampir sama dengan agar-agar biasa, namun ia mempunyai 2 lapisan yang berbeza!

Bahan-bahan:

Bahan A

  • 1 pek agar-agar tali
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair
  • Secubit garam

Bahan B:

  • ½ cawan milo
  • ½ cawan serbuk koko

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air, agar-agar tali, garam dan daun pandan yang disimpul ke dalam kuali. Kemudian, bahagikan larutan tersebut kepada 2 bahagian.
  2. Campurkan susu cair dalam 1 bahagian. 1 bahagian lagi campurkan milo dan serbuk koko. Kemudian, kacau sehingga sebati.
  3. Tuangkan bancuhan susu dalam loyang. Biarkan keras seketika. Kemudian, lorekkan permukaan agar-agar dengan garpu supaya dua lapisan ini melekat.
  4. Tuangkan pula bancuhan milo ke atas lapisan tadi. Tunggu sehingga agar-agar sedikit sejuk dan keras. Kemudian, masukkan dalam peti ais.

Selamat mencuba!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan