backup og meta

Nak Diet Makan Sayur? Kenali Beza Diet Sayuran Vegan Dan Vegetarian!

Nak Diet Makan Sayur? Kenali Beza Diet Sayuran Vegan Dan Vegetarian!

Mungkin ramai individu yang akan sangka bahawa diet jenis vegan dan vegetarian itu adalah sama sahaja ekoran nama yang hampir serupa sedangkan kedua-duanya berbeza.

Selain itu juga, turut wujud pelbagai diet jenis lain yang orang mungkin selalu keliru di antara satu sama lain seperti pescatarian, flexitarian, carnitarian dan macrobiotic.

Persoalannya, bagaimana untuk membezakan kesemua jenis diet itu? Jom teruskan baca artikel!

Variasi jenis diet mana yang sesuai buat anda?

Individu cenderung untuk memilih dan mengamalkan jenis diet yang sesuai dalam usaha mendapatkan manfaat serta mengelakkan mudarat terhadap kesihatan tubuh badan mereka.

Ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh faktor luaran seperti pilihan, alahan atau kepercayaan dalam aspek agama dan budaya sekali gus mengamalkan jenis diet yang tertentu.

Ia adalah sangat penting bagi menepati cita rasa, kemahuan serta keperluan nutrisi utama bagi individu mempunyai tahap kesihatan tubuh badan di paras terbaik.

Menurut Pakar Diet Vanessa Lennie, kesemua jenis diet yang telah kami sebut di atas tadi adalah tidak sama dan berikut ini adalah penjelasan perbezaan diet-diet tersebut.

vegan dan vegetarian

Perbezaan vegan dan vegetarian serta lain-lain!

Jika hanya baca pada nama jenis diet ini sahaja, anda mungkin tidak akan faham perbezaannya:

Apa itu vegan?

Diet jenis vegan akan menyingkirkan segala produk yang berasal daripada haiwan seperti daging, organ, telur, tenusu, lemak, stok, madu, kolagen, gelatin dan sebagainya.

Dalam pada itu, ada juga pengamal veganisme yang turut memperjuangkan hak untuk melawan penggunaan serta penjualan produk selain makanan yang melibatkan haiwan.

Apa itu vegetarian?

Diet jenis vegetarian juga menyingkirkan segala produk yang berasal daripada haiwan seperti daging, organ, telur, tenusu, lemak, stok, madu, kolagen, gelatin dan sebagainya.

Pun begitu, perbezaan di antara vegan dan vegetarian adalah dalam aspek sub-sub jenis diet itu:

  • Diet lacto-ovo vegetarian – Menyingkirkan daging haiwan namun masih ambil telur dan tenusu
  • Diet lacto-vegetarian – Menyingkirkan daging haiwan namun masih ambil tenusu
  • Diet ovo-vegetarian – Menyingkirkan daging haiwan namun masih ambil telur

Jadi, vegan dan vegetarian itu tidak sama!

Dalam erti kata lebih mudah, tidak semua pengamal diet jenis vegetarian itu adalah vegan kerana masih ada dalam kalangan mereka yang mungkin akan ambil produk-produk yang berasal daripada haiwan seperti telur, tenusu dan lain-lain.

vegan dan vegetarian

Diet Pescatarian

Pengamal pescatarian akan menyingkirkan segala produk daging haiwan daripada diet kecuali daging, ikan dan makanan laut lain seperti udang, sotong, kerang dan sebagainya.

Sebaliknya, mereka cenderung untuk ambil kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan laut yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang penting untuk kesihatan.

Diet Flexitarian

Pengamal flexitarian tidak menyingkirkan segala produk daging haiwan namun hanya akan ambil ia dari semasa ke semasa sekali gus menjadikan mereka semi-vegetarian.

Tiada angka tetap yang menyatakan mereka akan ambil daging haiwan sama ada sekali seminggu, sekali sebulan atau seterusnya kerana ia sangat bergantung pada individu.

Diet Carnitarian

Pengamal carnitarian tidak menyingkirkan segala produk daging haiwan namun hanya akan ambil sumber makanan darat serta tidak ambil sumber makanan daripada laut.

Diet jenis ini kebiasaannya diamalkan oleh mereka dengan kondisi alahan makanan laut ataupun sekadar tidak gemar atau suka dengan rasa, bau dan tekstur makanan laut itu,

Apa pula macrobiotic?

Dipopularkan oleh masyarakat Jepun, diet jenis macrobiotic ini bukan sekadar berkaitan dengan apa yang patut anda ambil atau elak, sebaliknya bersandar kepada keseimbangan pilihan makanan.

Pengamal diet jenis ini digalakkan untuk ambil lebih banyak makanan daripada produk tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin dengan purata 40% – 60%.

vegan dan vegetarian

Selebihnya, anda mungkin boleh ambil daging putih sihat seperti ikan atau ayam namun cuba elak daripada daging merah, telur, tenusu, makanan bergula, berempah atau diproses.

Apa yang lebih menarik adalah pengamal diet jenis ini disarankan untuk menggunakan alat makan seperti pinggan, mangkuk, cawan, sudu, garfu dan lain-lain daripada bahan semula jadi.

Pengamalan diet itu harus sesuai dengan anda!

Konklusinya, masih ada banyak lagi jenis diet selain vegan dan vegetarian serta yang kami telah nyatakan di atas tadi. Jadi, terpulang kepada anda untuk memilih dan mengamalkannya.

Apa yang paling penting, sila segera berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu jika anda terlintas untuk mengamalkan sebarang jenis diet sihat seperti vegan ataupun vegetarian dan lain-lain.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vegan, Vegetarian, Pescatarian, Flexitarian and Macrobiotic Diets – What’s the Difference?, https://www.northshore.org/healthy-you/vegan-flexitarian-vegetarian-pescatarian-and-macrobiotic-diets–whats-the-difference/, Accessed Jan 17 2022.
  2. What’s the Difference Between Vegetarian and Vegan?,
    https://www.peta.org/living/food/whats-the-difference-between-vegetarian-and-vegan/, Accessed Jan 17 2022.
  3. Pescatarian, https://www.unh.edu/healthyunh/blog/nutrition/2020/09/pescatarian, Accessed Jan 17 2022.
  4. What is the flexitarian diet, and how does it impact your customers?, https://www.escoffier.edu/blog/culinary-arts/what-is-the-flexitarian-diet-and-how-does-it-impact-your-customers/, Accessed Jan 17 2022.
  5. The Macrobiotic Diet, https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=202719%20, Accessed Jan 17 2022.

Versi Terbaru

16/03/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Risau Tak Cukup Zat Kalau Jadi Pengamal Vegetarian? Ini Cara Nak Pastikan Nutrisi Anda Mencukupi

Ramai Tak Tahu, Rupanya Ada Beza Antara Diet Vegetarian & Vegan, Kedua-duanya Tak Sama!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan