home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Alamak! Jadi Vegetarian Akan Jejaskan Senyuman Anda?

Alamak! Jadi Vegetarian Akan Jejaskan Senyuman Anda?

Setiap kali berkenalan dengan seorang vegetarian, pasti akan terdetik di dalam hati kita bahawa mereka adalah orang yang sihat, kan? Ya, secara umumnya ia mungkin benar. Pun begitu, ada sesuatu tentang mereka yang mungkin akan mengubah persepsi anda ini. Nak tahu apakah ia? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut.

Kajian terbaharu oleh pakar gigi

Menurut Dr Mervyn Druian yang merupakan pakar gigi dari London Centre for Cosmetic Dentistry, keputusan untuk jadi seorang vegetarian mungkin akan jejaskan senyuman anda. Ini kerana beliau telah melihat peningkatan pesakit yang mengalami gigi reput datang berjumpanya. Apabila ditanya, mereka mengaku bahawa mereka adalah vegan.

Apakah kaitannya? Beliau menjelaskan lagi bahawa golongan vegetarian ini cenderung untuk mempunyai kekurangan protein dan kalsium dalam tubuh badan, yang sebenarnya sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Selain itu, mereka juga lebih banyak makan makanan bergula dan berkanji seperti buah dan bijian, yang merupakan punca gigi cepat reput.

Disebabkan itu, golongan vegan akan lebih cepat mengalami gigi reput serta pelbagai lagi kondisi yang akan menjejaskan senyuman.

L-arginine

Menurut kajian daripada University of Michigan dan Newcastle University, ada sebab lain mengapa golongan vegan berisiko tinggi mengalami kerosakan pada gigi iaitu kekurangan L-arginine. Apakah ia?

L-arginine adalah sejenis asid amino yang secara semula jadi boleh ditemui dalam daging lembu, daging ayam, ikan dan produk tenusu. Seperti mana kita semua tahu juga, golongan vegan tidak akan mengambil makanan seperti ini. Ia sekali gus akan menyebabkan mereka kehilangan atau kekurangan manfaat asid amino ini.

Asid amino ini berfungsi meleraikan plak pada gigi yang boleh menyebabkan kaviti dan penyakit gusi. Jadi, pengambilannya sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan mulut anda. Oleh itu, kebanyakan produk gigi kini sudah mempunyainya. Namun, lebih baik jika anda ambil sumber asid amino ini melalui pemakanan, bukan?

Konklusi

Kesimpulannya, menjadi seorang vegan itu adalah pilihan anda sendiri. Namun, anda perlu tahu bahawa ia ada pro dan kontranya terutamanya kepada aspek kesihatan mulut. Jadi, fikir masak-masak sebelum anda sendiri memutuskan untuk jadi seorang vegetarian, ya?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

HEALTH NOTES: How a vegan diet can lead to tooth decay. https://www.dailymail.co.uk/health/article-7541013/Vegan-diet-lead-tooth-decay-warns-leading-dentist.html. Accessed on October 11, 2019.

 

Why being vegetarian could be BAD for your teeth: Compound found in meat breaks down dental plaque – and could treat gum disease. https://www.dailymail.co.uk/health/article-3076582/Why-vegetarian-BAD-teeth-Compound-meat-breaks-dental-plaque-treat-gum-disease.html. Accessed on October 11, 2019.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada [date}
x