Di dalam laman carian Google, kata kunci menu intermittent fasting Malaysia adalah agak tinggi. Ini mungkin kerana ramai individu mahu tahu apakah diet IF yang sebenarnya.
Dalam pada itu, ada juga mereka yang mungkin keliru akan kaedah pemakanan ini dengan puasa di bulan Ramadan kerana kedua-duanya akan melibatkan proses berpuasa.
Persoalannya, adakah wujud menu intermittent fasting Malaysia atau diet IF? Jom teruskan baca artikel ini!
Apa itu diet IF dan menu intermittent fasting Malaysia?
Untuk pengetahuan anda semua, IF atau diet puasa ini adalah sejenis metode yang mengawal atau mengatur pola makan individu dengan cara berpuasa selama beberapa waktu.
Sebagai contoh yang jelas, anda mungkin hanya boleh makan dari waktu pagi sehingga petang dan berpuasa dari waktu petang sehingga malam atau mungkin juga sebaliknya.
Berbeza dengan istilah diet yang biasa merujuk kepada aspek pengurangan atau pembatasan kadar makan, metode ini lebih cenderung kepada perubahan waktu makan individu.
Jika diet lain lebih menumpukan kepada apa dan berapa yang anda makan, diet jenis IF ini pula akan lebih menumpukan kepada bila anda makan. Jadi, ia adalah jenis diet yang unik.
Secara logik akal, mungkin benar bahawa IF adalah lebih kurang sama sahaja dengan anda yang berpuasa di bulan Ramadan cuma ia adalah pilihan dan bukan tuntutan agama.
Apa manfaat diet IF?
Sama juga dengan jenis diet lain, metode ini bertujuan untuk mengekalkan atau mengurangkan berat badan individu agar tidak terjadi masalah berat badan terlebih atau obesiti.
Dalam pada itu, tubuh badan juga akan terima manfaat lain seperti mengawal tekanan darah, merangsang insulin, mengendali kolesterol serta membakar lemak dengan lebih baik.
Kesannya, maka tubuh badan akan lebih mudah dan cepat untuk melaksanakan proses-proses pembaikan serta peremajaan sehingga mampu buat anda lebih cergas, kuat dan sihat.
Selain berpuasa wajib di bulan Ramadan, ada beberapa kaedah untuk menjalani diet ini iaitu:
- Puasa malam hari
- Puasa pada waktu yang terhad
- Puasa sepanjang hari
- Puasa selang sehari
- Puasa dengan melangkau waktu makan
- Puasa ikut-hari-anda
- Puasa 5:2
- Puasa 16/8
Tanpa mengira kaedah diet IF yang anda guna, manfaatnya tetap sama seperti mana di atas tadi.
Menu intermittent fasting Malaysia yang ideal!
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi juga, diet ini mungkin lebih mementingkan aspek waktu bila anda makan dan bukan apa atau berapa banyak yang anda makan.
Pun begitu, masih ada beberapa menu intermittent fasting yang anda boleh amalkan:
Menu intermittent fasting Malaysia #1. Air kosong
Perbezaan utama di antara puasa biasa di bulan Ramadan dengan diet IF adalah kita tidak boleh makan namun masih boleh minum pada waktu berpuasa terutamanya air kosong.
Ini kerana minum cukup air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari adalah kunci utama kerana tubuh badan perlukan cecair ketika sedang berpuasa.
Maka tidak hairan jika anda yang sedang menjalani intermittent fasting perlu minum minimum 8 gelas ke maksimum 13 gelas air kosong sehari untuk elak daripada masalah dehidrasi.
Anda perlu ambil #2. Teh hijau
Sebagai alternatif air kosong, anda juga mungkin boleh ambil teh hijau untuk menahan atau mengawal rasa lapar kerana ia amat tinggi dengan kandungan epigallocatechin gallate.
Kandungan ini adalah sangat penting untuk meningkatkan penghasilan dan perembesan hormon cholecystokinin untuk menghantar isyarat kenyang daripada tubuh badan ke otak.
Bukan itu sahaja, teh hijau juga dipercayai mampu membantu dalam membakar lemak dengan lebih cepat dan kesannya ia boleh menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
Menu intermittent fasting Malaysia #3. Sumber protein
Di saat sedang berpuasa, adalah amat penting juga anda untuk masih ambil nutrisi dengan cukup terutama protein kerana tanpanya tahap kesihatan tubuh badan anda akan menurun.
Ini kerana kekurangan protein akan menyebabkan kemerosotan otot yang mungkin membuat anda lebih kurus namun dengan cara tidak sihat. Jadi, sila ambil menu ini ketika tidak berpuasa.
Anda digalakkan untuk mengambil protein daripada sumber seperti daging merah, daging putih, tenusu, telur atau suplemen tambahan lain agar keperluan protein tubuh badan anda masih cukup.
Menu diet IF #4. Asid amino
Sama juga dengan protein, tubuh badan anda masih perlu untuk ambil asid amino daripada produk seperti daging, tenusu, telur dan lain-lain untuk sumber tenaga ketika berpuasa.
Selain untuk sumber tenaga, makanan-makanan yang tinggi dengan kandungan asid amino ini juga dapat mengawal nafsu makan lantas membuat anda rasa kenyang lebih lama.
Oleh itu, sila ambil menu yang tinggi dengan branched-chain amino acids (BCAA) atau suplemen tambahan lain agar tubuh badan lebih cergas sepanjang tempoh puasa tersebut.
[embed-health-tool-bmr]