Makanan bulan puasa memang meliurkan, terutama sekali yang jarang sekali ditemui pada hari biasa. Walaupun begitu, jangan terlalu asyik mencuba pelbagai hidangan ya!
Makanan bulan puasa memang meliurkan, terutama sekali yang jarang sekali ditemui pada hari biasa. Walaupun begitu, jangan terlalu asyik mencuba pelbagai hidangan ya!
Pernahkah anda berasa haus semasa berpuasa padahal jam belum pun menunjukkan 12 tengah hari? Boleh juga rasa haus yang datang itu disebabkan oleh makanan yang anda ambil ketika sahur.
Jika anda mengambil terlalu banyak makanan masin di waktu sahur, maka boleh jadi hal ini akan terjadi pada anda. Jom ikuti artikel ini untuk ketahui puncanya!
Jika anda terbiasa dengan makanan yang mengandungi garam yang tinggi, maka sebenarnya anda berisiko untuk mengalami dehidrasi lebih cepat.
Garam sebahagian besarnya terdiri dari zat yang disebut dengan natrium.
Di dalam tubuh, zat natrium memang mempunyai peranan utama iaitu sebagai pengatur cecair tubuh, sehingga jika kadarnya tak normal akan mengganggu jumlah cecair.
Sudah tentu terdapat pelbagai makanan bulan puasa yang anda hidangkan semasa berbuka mahupun sahur keesokan paginya. Tanpa disedari, makanan tersebut yang anda beli daripada bazaar mengandungi garam yang tinggi.
Apabila anda makan makanan yang mengandungi banyak garam, badan akan menyerap natrium hingga pada akhirnya masuk ke dalam aliran darah.
Jika jumlahnya terlalu banyak di dalam darah, maka natrium tersebut akan menarik cecair yang ada di dalam sel-sel badan.
Hal ini menyebabkan sel badan mengalami kekurangan cecair dan akhirnya beberapa fungsi badan berubah. Lalu untuk mengatasi keadaan tersebut, badan akan terus menghantar isyarat kepada otak bahawa badan kekurangan cecair.
Dan otak pun memberi maklum balas terhadap isyarat yang diberikan dengan cara memunculkan rasa haus.
Oleh itu, makanan masin dan enak termasuk dalam makanan yang sebaiknya dikurangkan pengambilannya di waktu sahur.
Garam bukan hanya menjadi makanan yang membuatkan haus sahaja, tetapi boleh buat perut anda lebih cepat dan sering berbunyi akibat kelaparan. Bahkan ada beberapa kajian yang telah membuktikan perkara tersebut.
Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Vanderbilt University yang menyatakan bahawa, orang yang mengambil makanan masin secara berlebihan cenderung untuk sering dan cepat rasa lapar berbanding yang tidak mengambil makanan bergaram.
Bagi anda yang tidak mempunyai sejarah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, atau pelbagai penyakit kronik lain, sebaiknya pengambilan garam paling banyak sebesar 6 gram atau satu sudu teh sehari.
Anjuran dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah perlu menghadkan pengambilan natrium maksimum sebanyak 2300 mg sehari dan dianggarkan jumlah natrium tersebut bersamaan satu sudu teh garam.
Apabila anda mengalami tekanan darah tinggi atau penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, penyakit jantung, dan kencing manis, maka had pengambilan natriumnya tidak sebanyak orang yang sihat.
Hal ini bergantung kepada keadaan fizikal masing-masing.
Lalu bagaimana ketika berpuasa? Apakah batasan garam atau natrium masih sama? Ya, batasan pengambilan garam tidak berbeza dengan hari biasa.
Justeru, sebaiknya anda semakin mengehadkan penggunaan garam kerana makanan masin adalah makanan yang menyebabkan cepat haus.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen