Anda tahu tentang ‘Special K Diet’? Jika ya, tahukah anda apa maksud diet khas K yang sebenarnya? Ramai percaya ia bagus untuk kawal berat badan!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Anda tahu tentang ‘Special K Diet’? Jika ya, tahukah anda apa maksud diet khas K yang sebenarnya? Ramai percaya ia bagus untuk kawal berat badan!
Mungkin ini adalah salah satu daripada ikhtiar buat mereka yang ingin menurunkan berat badan setelah gagal mencuba pelbagai jenis diet untuk kurus lain.
Persoalannya, adakah diet khas K ini boleh mendatangkan impak yang positif? Jom bersama teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.
Sebenarnya, maksud diet khas K adalah sebuah program yang melibatkan anda menggantikan 2 hidangan setiap hari dengan bijirin dan susu rendah lemak.
Untuk pengetahuan anda, diet ini dinamakan sebagai diet khas K yang merujuk kepada antara syarikat bijirin terkemuka di dunia iaitu Kellogg Company.
Ia bukan sahaja menggalakkan anda makan bijirin bersama susu malah juga mengambil snek ringan seperti bar atau shakes Special K – produk mereka sendiri.
Meskipun dipercayai bahawa diet ini dicipta untuk melariskan produk jualan mereka, ia juga dikatakan mampu untuk menurunkan berat badan dalam masa 2 minggu.
Persoalannya, adakah diet ini benar-benar mendatangkan kesan buat mereka yang ada masalah berat badan? Jom teruskan membaca untuk tahu jawapannya!
Menerusi diet ini, sebenarnya tiada sebarang makanan atau minuman yang perlu dielakkan cuma dikurangkan serta digantikan dengan produk-produk tertentu.
Selain bijirin, bar dan shakes keluaran syarikat ini, diet khas K turut menyarankan anda untuk mengutamakan pengambilan makanan dan minuman seperti berikut:
Untuk lebih faham mengenai diet yang dipercayai boleh menurunkan berat badan ini, berikut adalah contoh pengambilan produk tersebut dalam sehari:
Baiklah, sekarang kita semua mungkin sudah jelas tentang maksud diet ini dan bagaimana ia perlu diamalkan oleh individu. Namun, adakah ia akan berkesan?
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Kellogg’s Co. Ltd, didapati bahawa pengamal diet ini mampu menurunkan 0 hingga 13 paun dalam masa 2 minggu.
Apa yang lebih menariknya, ada juga individu yang mampu membuang sehingga 10% lemak dalam tubuh badan mereka dengan turun berat sekitar 3.5 paun.
Ini disebabkan oleh pengurangan pengambilan kalori dengan purata 673 semasa menjalani diet ini dan lemak yang diambil juga akan kurang sekitar 50%.
Pun begitu, kajian ini hanya melihat kepada penurunan berat badan dalam jangka masa pendek dan kesan selepas 2 minggu menjalani diet ini masih belum diketahui.
Jadi, jawapan mudahnya adalah ya, diet khas K ini mungkin boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan sekiranya ia dilakukan dengan cara yang betul.
Sebenarnya, terdapat beberapa pro dan kontra diet khas K ini yang sangat ketara jika anda memutuskan untuk mengamalkannya, ia termasuklah:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen