Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan diet sihat, maka diet militari 3 hari mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk tujuan itu.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan diet sihat, maka diet militari 3 hari mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk tujuan itu.
Namun mendengarkan namanya yang agak lasak itu, ramai yang takut untuk mencuba kerana khuatir terpaksa menjalani diet yang ketat selama beberapa hari.
Persoalannya, apakah yang dimaksudkan diet militari 3 hari dan adakah ia berkesan? Relaks, jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu jawapannya!
Untuk pengetahuan anda, diet ini adalah antara diet yang paling popular di dunia dan dikatakan mampu mengurangkan 5 kg berat badan dalam masa seminggu.
Ia dinamakan sebagai military diet kerana berasal daripada diet para askar di Amerika Syarikat yang berhasrat mengekalkan berat badan yang ideal lagi sihat.
Diet militari 3 hari akan melibatkan anda mengikuti pelan diet yang agak ketat selama 3 hari diikuti pula dengan cheat day selama 4 hari pula sejurus selepas itu.
Diet ini mungkin akan berlangsung selama beberapa minggu lamanya dengan turutan yang sama sehinggalah berat badan yang ingin dicapai oleh anda tertunai.
Persoalannya, bagaimana cara diet ini dilakukan? Adakah ia akan melibatkan pelan makan dengan waspada selama 3 hari dan makan seperti biasa selama 4 hari?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, diet sihat ini terbahagi kepada 2 fasa yakni fasa 3 hari dan fasa 4 hari yang akan dijalankan selama 7 hari.
Untuk 3 hari yang pertama, anda mesti mengikuti diet rendah kalori untuk sarapan pagi, makan tengah hari serta makan malam tanpa snek di antara waktu makan.
Selama 3 hari yang sangat penting ini, jumlah kalori yang dibenarkan untuk diambil hanyalah sekitar 1,100 ke 1,400 kalori sehari – agak rendah bagi orang dewasa!
Untuk 4 hari yang seterusnya pula, anda boleh amal diet sihat dengan sedikit kelonggaran namun dengan syarat kalori dalam sehari itu tidak boleh terlalu tinggi.
Jadi, memang benar bahawa ia melibatkan pelan makan dengan waspada selama 3 hari dan makan seperti biasa selama 4 hari yang akan berulang dalam beberapa minggu.
Tidak tahu apa jenis makanan atau minuman yang perlu diambil sepanjang menjalani diet militari 3 hari ini? Tenang, anda boleh cuba contoh menu di bawah ini:
Untuk hari pertama, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,400 kalori.
Untuk hari kedua, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,200 kalori.
Untuk hari ketiga, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,100 kalori.
Justeru, adalah penting untuk anda tahu semasa ketiga-tiga hari ini anda digalakkan untuk minum air kosong dengan cukup seperti mana yang disarankan oleh pakar.
Untuk 4 hari berikutnya pula, tiada sebarang garis panduan yang diberikan kerana anda bebas mengambil apa-apa jenis makanan dan minuman namun dengan syarat.
Syarat tersebut adalah anda harus memastikan pengambilan kalori dalam sehari tidak lebih daripada 1,500 untuk mengelakkan pertambahan kalori yang tidak perlu.
Meskipun diet sihat ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik, namun pengehadan pengambilan kalori sudah pasti akan dapat mengurangkan berat badan anda.
Jadi, boleh dikatakan bahawa diet ini adalah berkesan dan tidak berisiko tinggi kerana ia langsung tidak melibatkan hari untuk anda tak mengambil makan atau minum.
Namun, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor atau pakar diet terlebih dahulu sebelum anda memutuskan untuk cuba diet militari 3 hari ini ya.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen