backup og meta

Sebelum Ingin Amalkan Diet Asid Refluks, Ambil Tahu Pro & Kontra Terlebih Dahulu!

Sebelum Ingin Amalkan Diet Asid Refluks, Ambil Tahu Pro & Kontra Terlebih Dahulu!

Terdapat diet yang dirancang untuk melegakan ketidakselesaan asid refluks kronik, dikenali sebagai penyakit refluks gastroesophageal (GERD). Ia adalah penyakit pencernaan kronik yang terjadi apabila kandungan atau asid perut terkeluar semula ke kerongkong.

Rancangan diet asid refluks ini dapat membantu anda mengenal pasti makanan yang menjadi pemicu usai fasa eliminasi sementara.

Ia bukanlah menjadi cara yang pasti untuk menghilangkan simptom, namun dengan mengecam makanan pencetus, anda mungkin ingin menjauhinya.

Teruskan pembacaan untuk ketahui pro dan kontra diet asid refluks. Jom baca!

Kelebihan-kelebihan diet asid refluks

Dari segi kos ke pemakanan hingga pengamalan, diet ini membuktikan pelannya sebagai pola pemakanan sihat yang secara umumnya selamat buat kebanyakan orang.

#1 Nutrisi menyeluruh

Jika diikutkan, anda tidak akan merasa jemu dengan diet ini, kerana kalian masih boleh menikmati pelbagai jenis makanan.

Diet asid refluks juga tidak menunjukkan sebarang kekurangan dalam pembekalan nutrien dan merangkumi kesemua kumpulan makanan yang disyorkan dalam U.S. Dietary Guidelines.

Dalam kebanyakan aspek, diet ini boleh dikatakan serupa dengan diet Mediterranean.

Anda akan makan banyak sayur-sayuran berdaun, bijirin penuh, dan protein rendah lemak.

Bahkan, beberapa penyelidikan menunjukkan diet Mediterranean mungkin turut berkesan dalam merawat penyakit pencernaan kronik ini.

#2 Pengamalan

Oleh sebab diet asid refluks membolehkan anda menikmati pelbagai makanan, ia tentunya tidak susah untuk dipatuhi.

Tambah lagi, yang lebih menyeronokkan, diet ini tidak akan mengekang anda daripada makan di restoran, potluck pejabat, perjumpaan keluarga, atau aktiviti sosial yang lain.

Sebaik sahaja pencetus dapat dikenal pasti, anda mungkin akan lebih bermotivasi untuk menghindarinya sehingga gejala dapat dielakkan.

#3 Tenaga dan kesihatan menyeluruh

Setelah mengamalkan diet asid refluks untuk seketika, anda bakal merasai perubahan positif dengan kesihatan diri secara keseluruhan.

Anda mungkin akan berasa lebih bertenaga, bermotivasi, dan produktif. Bukan itu sahaja, tidur juga akan menjadi lebih berkualiti dan lena!

Tidak mustahil, anda berasa lebih kuat secara fizikal. Ini kerana, badan anda sudah mula dipenuhi nutrisi penting yang memaksimumkan kesemua proses fisiologi badan dan membantu mengatur hormon.

#4 Kos

Jangan risau, pola pemakanan ini tidak akan mengeringkan poket anda sama sekali!

Dengan diet asid refluks, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis makanan menggunakan bahan asas yang boleh diperolehi di mana-mana pasar raya.

Malah, diet ini sebenarnya berupaya membantu kalian menjimatkan lebih banyak wang! Bagus, kan?

Sekiranya anda lebih gemarkan fast food atau ‘tapau’ makanan, maka kalian perlu mencari alternatif yang lebih sihat untuk menjayakan diet asid refluks.

Diet asid refluks, ini kontranya…

Secara keseluruhan, diet asid refluks sesuai untuk kebanyakan orang, terutama penderita penyakit pencernaan GERD yang ingin mengurangkan gejala dialami.

Walau bagaimanapun, sudah menjadi lumrah, setiap diet pasti mempunyai kekurangan tersendiri.

Diet asid refluks ternyata tidak terkecuali. Berikut adalah beberapa kontra yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memutuskan untuk memulakan diet ini.

#1 Nutrisi menyeluruh

Seperti yang dibincangkan di atas, pola pemakanan ini bukan bertujuan untuk mengekang, namun risiko tertentu pasti wujud dengan diet elimination-style.

Ini bermaksud, untuk memperoleh hasil terbaik, anda perlu mengelak makanan yang berupaya memburukkan gejala refluks, sekurang-kurangnya buat sementara waktu.

Bantuan daripada doktor atau ahli diet berdaftar dapat memastikan anda menjaga keseimbangan dan pembekalan nutrien, tanpa berasa jemu dengan pilihan makanan anda.

#2 Pengamalan

Diet pemakanan pasca pembedahan

Seperti kalian sedia maklum, dengan diet ini, anda dibenarkan untuk nikmati kepelbagaian makanan yang akan memudahkan anda untuk kekal patuh dalam jangka masa panjang.

Pun begitu, pada awalnya, anda mungkin perlu mengorbankan beberapa makanan kegemaran.

Contohnya, jika anda sering makan pizza dan terpaksa berhenti dek kerana kandungan tinggi lemak, yang bertentangan dengan konsep diet ini, anda pasti berasa kecewa bukan?

#3 Tenaga dan kesihatan menyeluruh

Setelah anda membiasakan tekak dan diri dengan pola makan baharu yang diikuti dalam diet ini, wujudnya kemungkinan untuk berasa lebih sihat dan segar.

Namun pada awalnya, anda mungkin berasa agak murung dan kecewa, perkara ini cukup normal.

Menyingkirkan makanan yang menjadi amalan secara mengejut berupaya mencetuskan craving (mengidam).

Lebih-lebih lagi, jika anda menghabiskan banyak masa dan tenaga memikirkan makanan yang tidak dapat anda nikmati. Pasti sedih, kan?

Tetapi, sentiasa ingatkan diri bahawa faedahnya akan melebihi kekurangannya dan lama-kelamaan, craving anda bakal mereda.

Justeru, tumpukan perhatian terhadap makanan yang boleh dinikmati, bukannya makanan yang perlu dielakkan, okey?

#4 Kos

Secara keseluruhannya, diet asid refluks tidak memakan kos yang banyak, namun sesetengah makanan yang disyorkan boleh menjadi agak mahal.

Sebagai contoh, diet ini menekankan potongan daging tanpa lemak, dan ia selalunya lebih mahal berbanding potongan yang berlemak.

Di samping itu, anda juga perlu membeli banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, yang mungkin akan kelihatan mahal jika anda sudah biasa membeli makanan diproses dengan harga rendah; bijirin bergula atau kerepek.

Kesimpulannya, walaupun diet ini secara amnya selamat untuk kesemua populasi, sebaiknya rujuk doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Dengan kepakaran dimiliki, mereka akan dapat memberikan nasihat terbaik sama ada diet ini sesuai atau sebaliknya buat anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gerd/symptoms-causes/syc-20361940
  2. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17019-gerd-or-acid-reflux-or-heartburn-overview
  3. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23419381/
  4. https://health.gov/our-work/food-nutrition/previous-dietary-guidelines/2015
  5. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28880991/
  6. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4240228/#:~:text=Ultimately%20food%20can%20be%20considered,another%20part%20of%20the%20body.

Versi Terbaru

27/10/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini 15 Cara Merawat & Melegakan Simptom Asid Refluks GERD, Jom Cuba!

Kerap Alami Pedih Ulu Hati? Jom Amalkan 7 Makanan Ini, Boleh Legakan Asid Refluks!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 27/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan