Ramai daripada kita yang ingin menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat. Namun tahukah anda, diet air kosong boleh membantu anda mencapai matlamat ini? Berikut merupakan cara pengambilan air kosong yang betul dan juga kepentingan air bersih dalam diet kita.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Tip diet air kosong yang boleh anda ikuti
Diet air ini bukanlah bermakna anda tidak mengambil sebarang makanan dan hanya meminum air sepanjang hari.
Tetapi ia lebih kepada kaedah dan aturan minum air yang betul untuk membantu anda menurunkan berat badan dalam masa yang ditetapkan.
Ini beberapa cara dan tip yang anda patut lakukan:
#1. Elak minuman manis, banyakkan air kosong
Salah satu punca mengapa perut mudah buncit adalah kerana pengambilan gula setiap hari 1.
Ini termasuklah minuman manis seperti teh bergula, air berkarbonat mahupun air minuman kotak. Perkara pertama dalam diet air kosong yang perlu anda lakukan adalah dengan menghentikan pengambilan minuman manis.
Anda perlu memperbanyakkan minum air kosong setiap hari kerana air kosong tidak mempunyai kalori.
Selain itu, air kosong juga boleh membantu tubuh badan membakar lebih banyak kalori 2.
#2. Minum air kosong sebelum makan
Antara tabiat sihat lain yang boleh anda amalkan adalah dengan meminum air kosong terlebih dahulu sebelum makan. Mengapa?
Ini kerana, jika anda minum satu atau dua gelas air sebelum makan, ia boleh membantu mengurangkan selera makan anda 3.
Minum air terlebih dahulu boleh membuatkan perut berasa sedikit kenyang lebih awal 3 dan seterusnya menghantar isyarat kepada otak untuk makan dengan kuantiti yang lebih sedikit.
#3. Minum air ikut separuh berat badan anda
Selain itu, anda juga disarankan untuk mengambil air kosong separuh daripada jumlah berat badan anda dalam perkiraan auns 4.
Sebagai contoh, jika berat badan anda ialah 60 kilogram, maka anda perlu meminum sebanyak 30 auns air.
Jika ditukarkan unit auns ini ke dalam mililiter, ini bermakna anda perlu mengambil sekitar 800 mililiter air setiap hari.
Keadah diet air kosong ini juga boleh membantu membakar kalori badan dengan lebih cepat.
#4. Diet air kosong: Minum air selepas bangun tidur
Mungkin ramai yang tidak biasa dengan rutin ini. Namun, cuba biasakannya selepas ini.
Caranya mudah sahaja, bawa sebotol air ke bilik tidur anda sebelum tidur dan minum air sejurus selepas anda bangun pagi.
Jika anda minum air terlebih dahulu selepas bangun pagi, ia boleh membantu menyekat selera makan anda ketika bersarapan 5.
Dengan itu, anda kurang mengambil jumlah kalori pada waktu pagi.
#5. Buat tanda pada botol air anda
Ambil satu botol air kosong dan tandakan dengan menggunakan pen penanda setiap jam dalam hari anda.
Caranya, mulakan tanda di atas botol, tulis waktu atau jam seperti 7 pagi, 9 pagi, 11 pagi dan seterusnya.
Ini bermakna, anda perlu minum air sehingga ke paras mengikut tanda jam seperti yang telah anda tandakan.
Cara ini boleh menggalakkan anda untuk sentiasa minum air kosong dan mencapai sasaran kuantiti air yang perlu diambil setiap hari.
#6. Minum air berperisa ganti gula
Salah satu cara yang boleh anda lakukan untuk terus mengamalkan diet air kosong adalah dengan meminum air berperisa.
Tidak dinafikan ada sesetengah individu yang mungkin sukar meninggalkan minuman manis dalam sehari.
Oleh itu, sebagai ganti gula, cuba masukkan sedikit perisa semula jadi dalam air kosong anda 6.
Antaranya seperti perahan limau nipis, lemon atau daun pudina. Ini boleh membantu anda mengurangkan ketagihan gula dan terus dengan rutin pengambilan air kosong.
Kepentingan air bersih dalam diet air kosong anda
Selain daripada mengelakkan minuman bergula, pemilihan jenis air yang bersih juga amat penting untuk keperluan tubuh.
Lebih baik lagi jika anda mengambil air yang telah ditapis daripada penapis air yang boleh menghasilkan air terion beralkali, kurang berasid dan lebih tulen.
Air seperti ini bebas daripada bahan-bahan berbahaya yang sering ada dalam air paip biasa seperti bahan kimia tertentu, bakteria dan juga partikel virus.
Ada jenama penapis air di pasaran yang mampu memproses air dengan nilai pH yang stabil iaitu kurang daripada 10.
Bukan itu sahaja, ada penapis yang berkemampuan untuk mengekalkan segala zat dan mineral air, di samping menapis bahan-bahan berbahaya daripada air yang ingin diminum.
Ini kerana ia telah dilengkapi dengan sistem penulenan air 4 tahap.
Air seperti inilah yang sangat disarankan untuk anda kerana ia bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, tetapi juga sebagai sumber air yang selamat dan sihat untuk keperluan badan sepanjang hari.
Kini anda telah tahu manfaat dan kepentingan air bersih dalam kehidupan.
[embed-health-tool-bmr]